Wednesday, December 23, 2009

Terpaksa

Hajat hendak berubat 5 kali terbantut jadi hari ini terpaksa balik ke Pahang walaupun belum sempat untuk berjumpa dengan sahabat yang duduk di Melaka ni.. Kehadiran ke Melaka yang semata-mata ingin berubat penyakit batu karang di Kampung Gangsa ini terbantut sekali lagi kerana Tok Moh Jamil telah dimasukkan ke hospital buat kali kedua akibat kesihatan yang tidak mengizinkan. Semalam semasa berubat dengan Tok Moh tersebut beliau menyatakan masih lagi demam namun digagahkan jua sebab sudah bercuti selama 4 hari akibat masuk wad. Namun apakan daya pagi ini aku ke rumahnya dan telah diberitahu bahawa Tok Moh masuk semula ke hospital petang semalam.

Kehebatan Allah mengatasi segalanya di atas muka bumi ini. Jangan ingat Tok Moh tidak boleh sakit sedangkan mereka semua juga adalah makhluk Allah. Alhamdulillah dapat juga sekali berubat dengannya dan berhajat akan datang lagi ke Melaka sebelum tarikh temujanji dengan doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan bulan Januari nanti.

Salam untuk semua............


Monday, December 21, 2009

Lega

Sekarang sudah 3 hari berada di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah untuk pergi menyambung perubatan batu karang. Namun untuk hari Sabti dan Ahad yang lalu terpaksa dibatalkan kerana tok moh pulak yang sakit........camne nak buek...... Tok Moh pun manusia juga....

Apabila tidak berubat makanya mengambillah kesempatan untuk berjalan-jalandan shopping sikit....belum beli lagi barang2 untuk anak sekolah. Nak kena tunggu awal tahun depan kot2 ada pasaraya yang buat penghabisan akhir tahun....murah sikit...he he...

Kepuasan juga....kalau tahu begini jadinya hari ini baru datang ke Melaka untuk pergi berubat kalau tahu Tok Moh sakit demam....ini tak tahu....Lega lepas habis peperiksaan OUM terus nak berjalan-jalan dengan meninggalkan dua orang anak di rumah nenek di Keratong kerana Angah ada kelas tambahan musim cuti sekolah untuk persiapan peperiksaan UPSR tahun 2010. Along cuma dapat 4A 1B UPSR lalu dan diharapkan kecemarlanganditeruskan dengan keputusan 5A pulak oleh Angah.

Persiapan sekolah tahun depan belum lagi...cuma apa yang boleh digunakan lagi ....kena gunalah dulu cuma tambahan peralatan tertentu sahaja yang perlu dibeli. Maklumlah kerajaan Malaysia sekarang ini juga menyuruh rakyat Malaysia amnya supaya berjimat cermat kerana kesusahan yang mendatang belum diketahui jadi beringat sebelum susah. Memadai dengan apa yang ada dan jangan mengikut keupayaan orang lain yang boleh menyediakan segalanya.

Salam untuk semua....

Tuesday, December 8, 2009

Cuti sekolah

Seminggu bercuti balik ke Jengka tidak kesempatan untuk update blog memandangkan line "EDGE" atau liputan "GPRS" sahaja yang membuatkan nak buka labtop pun malas dengan keadaan tersebut. Balik beraya haji kali ini dapatlah berkumpul dengan sanak saudara satu moyang yang diadakan di Kampung Sentang. Namun aku hanya mengenali hanya satu generasi sahaja daripada anak-anak moyang tersebut iaitu daripada keluarga sebelah datuk aku....sedangkan bahagian adik beradik datuk serta anak pinaknya langsung tidak dikenali. Nasib baik ada Datuk Helmi dan Datuk Mahmud yang ingin mengusahakan perjumpaan tersebut.

Terdapat jua dalam perjumpaan tersebut Datuk Ariffin Said bekas pensyarah UPM yang juga pengkaji muzik dan seni tradional Pahang salah seorang daripada keluarga besar keturunanku.....tapi sebelah mana tak tau le...Di samping perasmian surau dan majlis korban juga diadakan pada hari tersebut.

# sebahagian keluargaku daripada satu ibu...... banyak lagi yang tidak dapat menghadirikan diri ke majlis tersebut


Apabila dah balik ke Keratong pun masih malas nak membuka labtop untuk update blog kerana kesibukan untuk membaca buku kerana tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan OUM di Batu Pahat.

Salam untuk semua.............

Sunday, November 22, 2009

Berjalan lagi

Semenjak semalam kami sekeluarga berada di Labis bagi mengunjungi sahabat lama yang sama-sama menduduki rumah guru di Chaah tempohari dan kini telah pun membeli rumah yang berharga ratusan ribu di Labis. Sambil2 melawat dan bermalam sebelum ke IPTHO Batu Pahat untuk belajar.

Semua tugasan telah pun dibereskan dan menunggu keputusan aje. Sememangnya semuanya berasa lega dengan tugasan yang telahpun disiapkan.

Badan yang agak letih kerana asyik berjalan aje dan kekurangan tidur semenjak beberapa hari ini membuatkan rasa mengantuk sangat apabila berada di dalam kelas. Nasib semuanya hanya perbincangan mengenai peperiksaan yang akan dijalankan pada pertengahan bulan Disember nanti.

Sempat le nak balik ke kampung di Jengka sementara menunggu waktu peperiksaan dijalankan. Sekali lagi percutian akhir tahun terpaksa dipendekkan kerana anak2 dan aku mempunyai kelas dan tugasan yang perlu dilaksanakan.

Salam untuk semua...............

Friday, November 20, 2009

Berita Gempat

Bertungkus lumus menyiapkan beberapa perkara sebelum persekolahan tahun 2009 melabuhkan tirainya dan akan berjumpa di tahun 2010 pula satu berita yang agak mengejut ramai guru iaitu terpaksa kehilangan 2 orang guru yang telahpun lama berkhidmat di SK Keratong 6. Ini disebabkan kedua-dua telah diarahkan berpindah ke SK Keratong 1 iaitu Cikgu Mohd Saad dan SK Keratong 4 isterinya Siti Zubaidah. Memang SK Keratong terdapat lebihan guru kerana kekurangan bilik darjah namun senarai pendek nama guru telah pun dihantar ke PPD Rompin untuk dikeluarkan dari SK Keratong 6 namun belum pun tutup sekolah JPN Pahang telah pun menyenaraikan nama tersebut.

Kehilangan yang begitu dirasakan oleh ramai guru namun bagiku ianya sudah agak biasa kerana aku pun telah berpindah 5 buah sekolah sepanjang perkhidmatanku selama 13 tahun. Namun begitu bagi Cikgu Saad yang rajin berborak dan banyak mengeluarkan idea bagi mengatasi permasalahan yang berlaku di SK Keratong 6 denganku di bilik guru menyebabkan aku jua rasa agak terkilan dan akan membuatkan senyap di tahun hadapan. Maklumlah ramai guru terutamanya lelaki mempunyai bilik persembunyian tersendiri dan jarang2 berada di bilik guru.

Walaupun masih lagi berada di kawasan Keratong dan berpindah dari Kelompok Chanis ke Kelompok Bandar Tun Razak namun perhubungan akan jadi kurang mesra apabila bertemu nanti. Apa-apa pun didoakan kebahagiaan untuk semua.....

Salam untuk semua............

Thursday, November 19, 2009

Sibuk lagi

Jam 6.30 aku dah bergerak ke Johor Bahru dari Simpang Renggam melalui highway PLUS. Namun kesesakan berlaku juga di Jalan Tebrau yang menyebabkan kelewatan sampai di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Jam menunjukkan baru 7.40 pagi apabila aku sampai ke Pakar Kanak-kanak di HSA JB dan mendapat angka giliran yang ke 10.

Setelah mendapatkan nombor giliran aku berdua beranak ke kantin hospital terdahulu untuk menikmati sarapan pagi. Memang aku sudah pasti kedatangan doktor pakar untuk memberikan rawatan. Setelah selesai sarapan pagi kami berdua pun menunggu di luar bilik rawatan kerana nombor angka giliran masih belum bergerak lagi. Sambil2 tu sempat jua membaca akhbar dan menonton televisyen manakala anakku berlari ke sana dan ke sini.

Memang memenatkan untuk menunggu seperti ini.....orang atau pesakit semakin ramai datang mendaftar dan menunggu namun nombor giliran masih belum bergerak-gerak lagi. Sempat jua melayari internet tetapi namun baik x de plug untuk mengecas bateri laptop kalau tak memang lama le menggunakannya. Jam 10.05 baru nombor giliran angka 001 bergerak.... bayangkan le masa yang perlu diambil di hospital kalu macam ini. Bagaimana pula yang datang lewat dan angka gilirannya banyak......

Setelah masuk ke bilik rawatan yang tidak sampai 5 minit pun baru aku terus bergerak balik ke Keratong. Semasa perjalanan balik bertalu-talu mesej dari orang lain yang memberitahu keputusan UPSR dan bertanyakan keputusan UPSR anak sulungku. Cuma apa yang dapat ke beritahu PPD Rompin terlalu dekat untuk pergi sehingga 120km....jadi keputusan bagi sebahagian daripada sekolah di daerah Rompin ini agak terlewat diberikan. Memang agak berdebar juga menunggu keputusan UPSR kerana anak pertama yang juga dikatakan contoh buat adik-adik yang lain di masa akan datang.

Jam 12.45 tengahari barulah keputusan UPSR anak sulungku Irahani Izma dapat diketahui dan anakku mendapat 4A dan 1B. Apa yang agak diralatkan ialah yang mendapat B adalah subjek Sains. Namun apa pun tahniah juga kepada anakku yang juga berjaya menempatkan di kalangan antara orang yang cemerlang......masih panjang masa untuk perlu berusaha ke arah kejayaan dan UPSR baru langkah yang pertama.

Dalam perjalanan balik sempat pula singgah di SK Seri Bali, Chaah yang kebetulan di laluan utama perjalanan balik. Setelah berjumpa dengan sahabat handai yang berada di situ dan SK Seri Bali hanya 7 orang yang mendapat 5A namun dari segi peratus keseluruhannya agak menurun berbanding tahun lepas. Manakala di SK Keratong 2 sekolah anakku terdapat 10 orang yang mendapat 5A sedangkan di sekolahku sendiri iaitu SK Keratong 6 cuma 4 orang sahaja yang mendapat 5A namun peratus kelulusannya antara 10 yang terbaik di daerah Rompin dengan 89%.

Setelah menjamu selera di SK Seri Bali kerana pengusaha kantin meraikan guru-guru barulah aku bergerak balik ke Keratong. Sesampai sahaja aku memeluk anakku dan mengucapkan tahniah kepadanya walaupun tidak berjaya mendapat 5A namun 4A dan 1B juga adalah antara yang tercemerlangan. Berbandingan dengan sepupunya hanya mendapat 2A 2B dan 1C (Safarudin anak Kak Nor) dan 2A 1B dan 2C (Amirin anak abang Kholil). Moga semua berjaya di dunia dan di akhirat..........

Salam untuk semua........


Ke Johor Bahru

Pergerakan yang berterusan ........... hari ini jam 6 petang aku bergerak pula ke rumah sahabat di Simpang Renggam dengan membawa anak yang ke 4. Tujuan utama adalah untuk temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru pada keesokan harinya.

Sempat pula singgah sebentar menghantar assingment pada sahabat di Labis sebelum meneruskan perjalanan ke Simpang Renggam. Biarpun agak keletihan namun perjalan perlu diteruskan jua. Sesampai di Simpang Rengam kami berdua makan terlebih di sebuah gerai. Apa yang diorder telah tersalah menyebabkan berair mata anakku kerana kepedasan mee goreng yang dimakan. Nasib baik pemilik kedai bersetuju menggantikan semula mee goreng tersebut kalau tidak aku bercadang nak belah begitu aje.

Setelah itu aku ke Masjid Jamek Simpang Renggam dan bercadang ingin menunaikan solat namun keadaan di masjid tersebut yang bukan sahaja gelap dan menakutkan ....... langsung terus mematikan hasrat untuk bersembahyang terlebih dahulu. Memang kedatangan kami ke situ jam 9.30 malam namun satu lampu pun tiada dipasang di sekeling atau koridor masjid. Bagi orang baru yang belum pernah ke situ .......bukannya mudah untuk mencari suisnya. Aku pun menunggu rakan di situ aje le...nampaknya.

Setelah sahabat Mohd Khairi sampai di situ kami pun bergeraknya ke rumah yang baru dibelinya. Nampak gayanya alamat lama lagi le dok kat Johor kalau rumah pun dah dibelinya. Masih banyak barangan yang tiada di rumah sahabat maklumlah baru seminggu berpindah dan barang-barang pun masih belum dikemaskan dengan sempurna lagi. Duduk di rumah berborak sehingga jam 12 malam barulah masuk ke bilik tidur. Namun aku meneruskan program seperti biasa sambil diperhatikan oleh sahabat yang juga belum tidur.

Salam untuk semua...........

Tuesday, November 17, 2009

Minggu Akhir Persekolahan

Berada di minggu-minggu terakhir persekolahan ini agak sibuk dengan tugasan yang perlu untuk memasuki tahun 2010. Segala kerja yang berkaitan dengan kelas perlu diselesaikan dengan segera. Bagi guru-guru yang diamanahkan untuk menjaga kelas memang agak sibuk sedikit dengan tugas-tugas pengkeranian terutama sekali Tahun 1 dan Tahun 6.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaaan sama ada dengan murid atau sesama guru telah diadakan bagi merancang persiapan tugasan tahun 2010. Memang kebanyakan sekolah suasananya agak gamat ditambah lagi dengan tugasan guru yang perlu menyiapkan segera beberapa tugasan. Suasana murid tahun 6 pula semakin berdebar untuk mengetahui keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari Khamis nanti seperti yang dikhabarkan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom.

Seorang rakan guru Puan Nurul Liyana telahpun berjaya melahirkan puteri seperti yang diharapkan. Moga semuanya berbahagia.... dengan beberapa orang lagi guru dalam senarai menunggu. Cuti persekolahan ini juga akan memberikan banyak kegembiraan kepada guru dan kakitangan SK Keratong 6 yang akan melangsungkan perkahwinan. Moga semuanya berbahagia.........................

Salam untuk semua...........

Monday, November 16, 2009

Ke Klinik Urology

Setelah kepenatan semalam apabila dari Kuala Lumpur dan tidak terlarat badan ini untuk meneruskan pemanduan ke Kuantan untuk rawatan di HTAA sementelah beberapa kali tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk makanya jam 8.00 pagi barulah bertolak ke Kuantan. Memang tidak perlu terkejar-kejar kerana waktu temujanji ialah jam 12.00 tengahari.

Sesampai ke HTAA yang mendatang masalah kepada semua pengunjung adalah tempat letak kereta yang terlalu kurang. Namun pengalaman yang sudah berulang kali kali ke HTAA walaupun terlewat namun tempat parking pasti ada buat aku ni.....expect le tu.....he he...

Menghampiri jam 12.00 tengahari terus sahaja namaku dipanggil untuk bertemu dengan dengan doktor. Walaupun bukan doktor pakar yang sepatutnya kau berjumpa namun ianya sudah memadai kerana temujanji ini adalah untuk review daripada temujanji IVU yang dibuat pada bulan lalu. Tarikh 28/1/2010 telah diberi untuk dilakukan pembedahan terhadap masalah batu karang yang ada di buah pinggang aku ini dan 11/1/2010 sekali lagi akan ke HTAA untuk mengambil ujian darah dan air kencing.

Nasib lambat lagi tarikhnya dan aku sendiri bercadang untuk berada seminggu di Melaka bertemu dan berubat dengan Tok Moh Batu Karang terlebih dahulu semasa cuti sekolah yang akan menjelang tidak lama lagi.

Setelah selesai menjalani rawatan dan mengambil ubatan baru aku ke Kuantan Parade sekejap untuk membaiki printer yang telah lama rosak. Alhamdulillah semua ok namun printer aku diganti dengan yang baru kerana tidak mahu menunggu lebih lama.

Setelah itu barulah ke rumah bapa saudara yang berada di Kampung Seri Damai Kuantan berehat sebentar sebelum bertolak balik ke Keratong.........

Salam untuk semua..................


Sunday, November 15, 2009

Konvo OUM

Semalam selepas awal pagi menghantar Angah dan Uda untuk mengikuti rombongan ke Melaka dan kami pula membawa mak dan abah ke Batang Kali Selangor kerana ingin melihat abang ipar yang mengajar di sini akan dianugerahkan Ijazah Muda Pengajaran oleh Universiti Terbuka Malaysia ( OUM ). Perjalanan merentasi Negeri Sembilan melalui perjalanan Keratong - Kuala Pilah - Seremban - Kajang - Cheras - Segambut - Batang Kali. Perjalanan tersebut menyebabkan emak yang sememangnya tidak boleh tertahan rasa loyanya.....cuma x termuntah sahaja.

Beberapa kali tersalah hala tujuan namun masih boleh diperbetulkan maklum bandarayabesar pasti ada saja jalan keluar sekiranya mengetahuinya..... kalau x pening kepala dibuatnya. Pepagi lagi sudah ke Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) tempat Konvokesyen OUM ke 7 diadakan. Memang meriah namun tempat meletak kereta di Stesen Bas Putra menyebabkan kelewatan berjalan yang amat dirasakan. Semapat juga semasa di situ membeli sehelai baju Alumni OUM maklumlah aku pun pelajar yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dengan OUM.

Oleh kerana anak kecil menangis kelaparan jadi kami terpaksa kembali semula ke tempat parking kereta semasa majlis konvo sedang dijalankan. Setelah anak kekenyangan barulah kami kembali semula ke PWTC namun perasaan hampa sedikit apabila majlis tersebut telah pun selesai diadakan. Dalam kekalutan mencari arah dan keluarga abang ipar terpandang satu wajah yang amat dikenali iaitu sahabat yang berasal dari Kelantan serta mengajar di Terengganu. Beliau juga salah seorang peserta Konvokesyen OUM pada hari ini iaitu Al-Ahamadi. Mengenali beliau dan berkawan rapat dengan beliau semasa bersama-sama mengikuti KSPK 1 tahun di Maktab Perguruan Kuala Terengganu tahun 2004/2005 dahulu.

Biarlah dia terlebih dahulu dan aku akan menyusul pula di lain masa untuk konvokesyen itu nanti. Memang menyeronokkan apabila dapat segulung ijazah walaupun usia sudah agak lewat namun belajar sebenar tiada erti kata yang terlewat.

Salam untuk semua..............


Friday, November 13, 2009

Meriah

Semalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Keratong 6 dengan jayanya. Pengikhtirafan diberikan kepada murid yang berjaya memperolehi markah yang tertinggi bagi setiap mata pelajaran. Di samping itu juga sijil-sijil juga dianugerah kepada mereka yang layak menerimanya. Pentas yang disediakan memang hebat seperti majlis meraikan pengantin saja layaknya. Begitulah komitmen tugasan yang diberikan kepada guru untuk menjayakan majlis yang seperti ini.

Kehadiran para ibubapa ke Majlis Anugerah Kecemerlangan ini juga amat membanggakan. Biar pun seperti kebiasaannya kaum ibu lebih ramai berbanding dengan kaum bapa. Memang itu menjadi kebiasaan pada setiap majlis yang diadakan oleh pelbagai pihak....mungkin ketidakhadiran kaum bapa adalah disebabkan mereka sedang berkerja.

Semoga semua murid yang diraikan dan yang mendapatkan anugerah meneruskan dan mengekalkan pencapaian mereka di dalam pelajaran. Juga diharapkan mereka dapat meneruskan kecemerlangan ini di masa-masa hadapan untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Salamu untuk semua...............

Wednesday, November 11, 2009

Sibuk

Esok diadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi SK Keratong 6. Hari ini sibuk sedikit membuat persiapan akhir bagi majlis tersebut. Nampak macam agak terburu-buru sedikit kerana baru sahaja habis peperiksaan minggu lepas dan ramai guru yang menghadiri mesyuarat dan bercuti pada awal minggu baru-baru ini.

Namun majlis tetap diadakan mengikut perancangan pihak sekolah yang telah ditetapkan. Hari ini juga diadakan raptai bagi penerima hadiah pada majlis yang akan diadakan keesokan hari. Mungkin tidak se'gah' majlis yang dihadiri oleh wakil-wakil rakyat atau orang politik namun majlis anugerah perlu juga diadakan bagi menunjukkan dan memperlihatkan kepandaian dan kecerdikan murid-murid yang telah melalui peperiksaan akhir tahun yang lalu.

Tahniah kepada yang berjaya agar meneruskan usaha tersebut di tahun-tahun hadapan. Manakala yang kurang berjaya tingkatkan usaha agar lebih berjaya dan berjaya di tahun depannya. Tetapi bagi murid Tahun 6 pastinya keputusan UPSR yang paling dinantikan dan bakal diumumkan pada minggu hadapan. Debaran semakin memuncak dan perasaan tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan. Cumanya hanya sebahagian yang merasakan perasaan tersebut kerana bagi mereka keputusan tersebut bakal menjadikan titik tolak kepada keseluruhan kehidupan di masa hadapan. Biar pun cuma UPSR tetapi kesungguhan murid-murid dan guru mengalahkan mengambil peperiksaan SPM......

Salam untuk semua......................

Saturday, November 7, 2009

Bergerak lagi

Hari ini sedikit awal ke Labis bagi menyiapkan tugasan atau assignment OUM bersama teman di Labis. Memang dari dahulu lagi tugasan yang sentiasa dibuat olehku untuk mengedit assignment yang telah pun siap bagi mengindah dan mencantikan lagi assignment...........kononnya. Ini bermakna sekali lagi aku terpaksa sekali meninggalkan anak dan isteri di rumah sendirian setelah minggu lepas aku balik ke Jengka apabila selesai mendapatkan rawatan di HTAA, Kuantan.

Setelah menyiapkan assignment dan binding sempat juga untuk melayan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. Namun memang sesuatu yang menghampa apabila melihat dan menonton perlawanan akhir yang dimainkan seperti ini. Sekiranya inilah mutu yang ditunjukkan memang agak payah bagi negara Malaysia untuk menjadikan permainan bola sepak yang disegani. Atau padang yang becak kerana hujan yang berterusan menyebabkan perlawanan akhir ini begitu membosankan dan kedua-dua pasukan tidak dapat menunjukkan gerakan yang betul-betul menarik. Asyik berlaku tackle dan slaiding yang menyebabkan tiupan wisel sering dibunyikan. Namun begitu permainan pemain Negeri Sembilan sedikt teratur dan menarik berbanding Kelantan. Keputusannya Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia dengan menewaskan Kelantan dengan keputusan 3 - 1.

Biarlah esok perlawanan yang ditunggu olehku iaitu antara pasukan favourite Chelsea akan bertemu dengan Manchester United di Stamford Bridge. Sekali lagi ingin melihat Manchester United tewas setelah ditewaskan oleh Liverpool tempohari. Biarpun perlawanannya dilangsungkan jam 12 malam namun tiada masalah bagi menyaksikan antara perlawanan terhebat di EPL.

Salam untuk semua..................

Friday, November 6, 2009

Hujan sudah bermula

Nampaknya musim tengkujuh sudah bermula di Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menyebabkan Negeri Terengganu dan Kelantan telah berlaku banjir dan sudah ada mangsa banjir telah dipindahkan. Negeri Pahang juga tidak terkecuali menerima hujan yang banyak. Sudah kelihatan beberapa peniaga ikan sungai yang menjual ikan-ikan air tawar yang memberikan rezeki kepada mereka. Setiap hari hujan turun yang menyebabkan terpaksa membataskan pergerakan .. nasib aku ni bukan jenis orang yang suka berjalan.

Walau bagaimana pun memang hujan ini rezeki yang sentiasa diturunkan oleh Allah sekitar bulan Oktober berlanjutan hingga ke bulan Januari. Cumanya penurunan hujan yang banyak boleh menyebabkan keselamatan penduduk agak terancam......itu pun bagi yang tidak mendengar arahan dari pihak yang berwajib.

Banjir yang sering berlaku di Pantai Timur kebiasaannya terkadang merebak hingga ke utara Semenanjung Malaysia. Begitu juga yang pernah berlaku di Johor seketika dahulu sehingga ada yang mengatakan Kota Tinggi sudah tenggelam kerana rendahnya tanah di situ tidak seperti nama bandarnya.

Salam untuk semua................

Monday, November 2, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Bermula hari ini hingga Khamis nanti kebanyakan sekolah rendah di Negeri Pahang akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Memang agak sibuk anak-anak yang bersekolah dan ramai juga yang sebelum ini tidak hadir ke sekolah telah pun datang untuk menghadapi peperiksaan. Begitu juga dengan anak-anakku yang menghadapi peperiksaan tetapi nampak macam rileks aje....menghadapi peperiksaan manakala ibubapa pula yang sibuk mengingatkan peperiksaan tersebut..

Hari ini di SK Keratong 6 diadakan pertandingan membaca puisi dan sajak bagi murid-murid tahun 6. Mereka yang hadir ke sekolah tanpa menghadapi lagi peperiksaan akhir tahun.....konon nak bagi rileks kepala yang mana sebelum ni telah pun berhempas pulas menghadapi peperiksaan UPSR. Kelonggaran yang diberikan namun kebanyakkan mereka tetap hadir ke sekolah tanpa berehat panjang di rumah menunggu keputusan UPSR diumumkan tidak lama lagi. Bagi memberikan tarikan dan keseronokan datang ke sekolah di hujung persekolahan seperti ini jadi pelbagai perancangan telah dibuat untuk mereka semua.

Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar peperiksaan yang dihadapi oleh anak2 murid dan didoakan semoga semuanya berjaya. Termasuk juga anak2 sendiri yang mengharapkan imbuhan dan hadiah sekiranya pencapaian yang akan didapati mengikut target yang telah ditetapkan...

Salam untuk semua............

Celcom

Alhamdulillah sewaktu balik ke Jengka tempohari selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan capaian internet broadband Celcom agak memuaskan. Kebiasaannya hanya paparan GPRS tetapi kali ini paparan EDGE telah diperolehi. Mulanya mencuba di bahagian dapur kemudian ke bahagian keluarga dan seterusnya ruang tamu semuanya mendapat signal EDGE. Nampaknya semuanya sudah diperbaiki berbanding dahulu oleh Celcom.

Walaupun tidak mendapat signal 3G/HSDPA sekurang-kurangnya ianya memberikan sedikit kelegaan bagi yang selalu online untuk mendapatkan berita. Barulah dikatakan ' liputan terluas di mana-mana dan bila-bila masa sahaja '. Memang masih perlu dipertingkatkan setaraf dengan slogan yang dicipta agar tidak di 'POTONG' macam dalam iklan broadband yang satu lagi.

Sehingga jam 2 pagi mencuba internet yang baru diperolehi dan sampai membawanya ke dalam kelambu untuk tidur bersama. Memang ucapan terima kasih yang tidak terhingga dengan Celcom yang memberikan capaian internet walaupun mengharapkan yang lebih baik seperti berada di bandar besar di dalam Malaysia. Jangan pula nanti apabila pengguna dah semakin ramai maka berlaku pula yang sebaliknya dan semakin buruk pula rangkaiannya...

Salam untuk semua..............

Friday, October 30, 2009

Lega.......

Alhamdulillah hari ini segala urusan berjalan lancar jam 8.30 pagi aku dah tertunggak dekat bilik pemeriksaan IVU di HTAA. Namun terpaksa pula menunggu hingga jam 10.30 pagi baru namaku dipanggil untuk masuk ke bilik pemeriksaan. Memang giliran aku yang ke 5 jadi terpaksa le menunggu lama. Ingatkan macam biasa sebab semua temujanji tu jam 8.00 pagi rupanya pihak pengurusan mengikut giliran yang telah ditetapkan.

Setelah berbaring di atas katil dan dimasukkan dan disuntikkan ubat 'iodin' aku rasa semacam aje bermula daripada tekak hinggalah ke kawasan peha. Ini semua kesan ubat yang telah disuntik untuk memerhatikan apa yang sebenarnya berada di dalam buah pinggang aku. Akhirnya setelah berkali-kali diambil gambar dan ditunggang terbalikkan aku akhirnya selesai juga masalah yang dihadapi. Keputusannya masih ada batu karang yang agar besar di dalam buah pinggang ku ini.

Setelah keluar dari bilik tersebut rasa sakit di bahagian pinggang agak perit dan terasa sakit. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengambil ubat namun terpaksa berkejaran ke Klinik Urologi terlebih dahulu untuk meminta pendapat doktor di sana. Hampa rasanya kerana di Klinik Urologi semua doktor tiada kerana pergi menjalankan operasi pembedahan. Setelah dinasihatkan pembantu yang bertugas di situ akhirnya aku ke bahagian kecemasan bagi mendapatkan ubat untuk dimakan. Setelah dapat berjumpa dengan doktor dan diarahkan aku untuk mendapatkan x-ray terlebih dahulu aku pun pergi ke bilik x-ray namun sekali lagi kehampaan melanda kerana bilik x-ray telah ditutup kerana hari ini adalah hari Jumaat. Jadi aku terpaksa menunggu setelah selesai Solat Jumaat terlebih dahulu. aku pun mengambil keputusan untuk makan terlebih dahulu bagi menunggu selesai Solat Jumaat.

Hari ini aku bermusafir jadi.............. aku keluar ke Kuantan Parade sementara menunggu bilik x-ray dibuka terlebih dahulu. Di Kuantan Parade sekali lagi aku sengaja seolah-olah tidak mengetahui pelan perniagaan yang mengajak orang ramai untuk diberikan hadiah percuma. Sengaja aku melayan sehingga akhirnya ayat ditunggu keluar .......... abang diberikan hadiah penyedut udara dan periuk tahan karat sepanjang hayat secara percuma bernilai RM5330 dan abang diberikan voucer RM100 dan mesti membeli barangan yang syarikat kami jual pada hari ini......... Sah penipuan perniagaan kelas pertama dengan memberikan hadiah percuma untuk mendapatkan penjualan barangan yang tidak laku. Aku menyatakan yang aku tidak berminat untuk mendapatkan barangan percuma kerana penipuan yang berlaku dan barangan yang ditawarkan tidak pernah pun aku kedengaran dan kelihatan. Aku pun belah begitu sahaja..........

Setelah itu aku pergi semuala ke hospital untuk meneruskan rawatan. Jam 2.47 ptg aku dah berada dekat bilik x-ray. Namun apa yang memeranjatkan setalah 1 jam menunggu namaku masih belum dipanggil sedangkan orang baru datang telah banyak kali keluar masuk dari bilik x-ray tersebut. setelah 1 jam lebih aku pun pergi ke kuanter untuk bertanya dan alangkah terperanjatnya apabila didapati surat x-ray aku diletakkan di bawah meja......... patutlah namaku tak dipanggil-panggil.

Setelah itu berlaku kekecohan dan bertolak-tolak tempat rawatan yang perlu aku hadapi. Akhirnya setelah berkali-kali berulang alik dari bilik x-ray dan ke bilik kecemasan sehingga memakan masa 40 minit barulah selesai. Setelah bertemu doktor di bilik kecemasan dan mendapatkan spesikasi ubatan yang diperlukan barulah aku keluar daripada bangunan tersebut untuk mendapatkan ubat.

Akhirnya jam 5.00 petang barulah aku keluar daripada HTAA. Bayangkan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berada di situ.....meletihkan dan memenatkan. Namun itulah sebahagian daripada kisah perubatan di hospital kerajaan....... Jam 7.10 malam aku sampai jua ke Jengka seorang diri....

Salam untuk semua............

Thursday, October 29, 2009

Pertemuan kali ke 3

Hari ini aku ke Kuantan lagi untuk proses temujanji dengan HTAA yang telah ditunda sebanyak 2 kali. Memang sesuatu yang agak meletihkan apabila acap kali ke Kuantan semata-mata untuk proses temujanji ini namun hampanya apabila diberitahu .......... kena tunda lagi. Nak buat macam mana ...............x tertahan kena berpuasa yang berbeza dengan puasa Ramadhan.

Hari ini aku betul2 cuba berpuasa seperti yang diarahkan............menggeletar rasanya kaki ini apabila perut yang kelaparan..............namun kali ini cuba juga supaya tak perlu lagi mengulang pertemuan atau temujanji ini lagi. Harapan memang besar tapi andainya masih lagi terpaksa mengulang lagi temujanji ni.....nak wat camne ekk??? Nak pergi swasta maklum aje le.... cakap aje dah ratus2 kena keluar belum lagi belum pembedahan ke apa........... mana nak cekau duit??

Tadi sempat juga aku berjumpa sahabat bernama Todin nama glamournye yang dah hampir 19 tahun tidak bertemu. Memang gembira dapat berjumpa .......... maklumlah banyak kenangan bersama sewaktu di zaman sekolah menengah dahulu dengan sahabat ini. Promosi untuk kengkawan yang nak nak servis kereta Perodua kerana beliau bekerja di pusat servis Perodua di Cenderawasih, Kuantan. Sebenarnya masih ramai lagi kengkawan yang mencari makan di Kuantan ni...... maklumlah bandar terbesar di Pahang yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan namun masih belum lagi bertemu lagi.

Harapan untuk esok hari.................

Salam untuk semua..............

Tuesday, October 27, 2009

Kem Membaca 1Malaysia

Semalam lagi dilancarkan untuk Kem Membaca 1Malaysia bagi seluruh Malaysia. Tumpuan kepada seluruh pusat pembelajaran yang ada di seluruh pelusuk negara. Pelbagai acara akan diadakan bagi Kem Membaca 1Malaysia. Membaca 10 minit semasa perhimpunan telah dijalankan semlam dan hari ini pula Kuiz dan latihan nyanyian untuk Majlis Perasmian yang akan diadakan pada hari Jumaat nanti.

Banyak lagi program yang dirancang oleh pihak sekolah bagi menjayakan Kem Membaca 1Malaysia yang dijalankan sehingga minggu depan. Ini sungguh bertepatan kerana pada minggu depan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 akan diadakan bagi kebanyakkan sekolah di seluruh Daerah Rompin. Terdapat juga sekolah yang mengadakan Karnival Membaca bagi tujuan yang sama semasa kempen membaca ini dijalankan.

Semuanya sekarang banyak jenama 1Malaysia telah pun keluar daripada buah fikiran Perdana Malaysia yang keenam Malaysia iaitu Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak. Macam-macam kedengaran 1Malaysia di mana-mana sekarang ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang patuh dan taat setia perkara-perkara yang baik sebegini perlu dijayakan bersama bagi menjayakan misi dan visi Malaysia yang tercinta. Kem Membaca 1Malaysia perlu dilihat dari sudut yang positif tanpa prejudis fahaman politik dan perkauman malah Agama Islam amat menggalakkan umatnya membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Agar semuanya berjalan lancar dan memberikan impak yang baik bagi semua warga sekolah khasnya.

Salam untuk semua...................

Monday, October 26, 2009

Menarik

Walaupun agak lambat balik daripada Labis kerana hujan yang agak lebat dan sempat menyinggah di rumah kawan di Labis. Nak tengok rumah yang baru diduduki........ besar mmmmmmmm. Sempat le 4 kali sembahyang duduk di rumah Jasni tu....

Selepas maghrib dan jamak Isya' barulah bertolak balik ke Keratong dan menyinggah lagi di Segamat untuk membeli barangan keperluan pula. Hinggakan Extra Link 2 pun dibeli untuk menyambung Astro ke 2 tv.

Walaupun keletihan balik dari IPTHO,Batu Pahat semalam kerana menghadiri kelas OUM namun semangat hendak melihat Manchester United tewas akhirnya berjaya ditewaskan oleh musuh tradisi di EPL iaitu Liverpool dengan keputusan 2 - 0. Tak terasa mata ni mengantuk apabila melihat perlawanan yang hebat seperti ini.

Tahniah juga buat pasangan beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Bong Heong yang menjuarai Kejohanan Super Series Terbuka Denmark dengan mengalahkan Mathias Boe dan Carsten Mogensen dengan kemenangan 20 - 22, 21 - 14 dan 21 - 17.

Salam untuk semua.............


Friday, October 23, 2009

Perkhemahan Ibadah dan Unit Beruniform

Sejak semalam SK Keratong 6 mengadakan Perkhemahan Ibadah dan Unit Beruniform bagi murid-murid Tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Semuanya berjalan lancar dengan program-program yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan. Perkhemahan yang diadakan di waktu persekolahan ini mendapat kerjasama yang begitu baik daripada guru-guru SK Keratong 6.
Semalam sewaktu hari pertama diadakan perkhemahan murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai pembelajaran secara langsung dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bacaan dalam solat dan amali. Manakala hari ini didedahkan pula dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perkhemahan sepeti cara ikatan, kawad, pertolongan cemas dan membuat gadjet. Ini semua bagi membolehkan pelajar mendapatkan satu input yang amat berguna dalam kehidupan seharian kelak.
Semalam juga murid-murid yang baru mengikuti perkhemahan tidak melelapkan mata sehingga jam 2.oo pagi!!!!... Berborak, bercerita dan bermacam lagi perkara apabila berkumpul bersama-sama di dalam khemah yang menyebabkan mata tidak dapat dilelapkan walaupun berulang kali disuruh senyap dan tidur oleh Kem Komandan dan guru-guru. Biasalah .......budak-budak memang payah untuk tidur apabila perkhemahan sebegini dilakukan. Manakala jam 4.30 pagi tanpa digerakkan oleg guru yang bertugas peserta perkhemahan telahpun bangun untuk mandi dan bersiap-siap untuk solat Subuh.....
Malam kedua mungkin semuanya berjalan lancar untuk mereka ini tidur kerana masing-masing telah keletihan mengikuti perkhemahan ini selama dua hari. Harapan begitu namun budak-budaklah katakan............. kalau tidur pun nak buat camne.....
Salam untuk semua..............

Tuesday, October 20, 2009

Ulang lagi

Sekali lagi semalam pergi ke HTAA untuk membuat imbasan IVU namun keputusannya masih sama iaitu terpaksa ditunda akibat gara-gara tidak menurut arahan 'berpuasa' yang telah ditetapkan. Memang agak membosankan akibat tertunda lagi.............namun apakan daya semuanya telah ditetapkan oleh Ilahi.

Memang agak meletihkan kerana saban minggu terpaksa berulang alik keluar daripada Keratong kerana belajar dan urusan di hospital yang tidak sudah-sudah. Badan pun dah sengal-sengal akibat tidak cukup rehat sepenuhnya. Setiap cuti hujung minggu terpaksa berjalan melebihi 300km. Duit pun mengalir laju pula.............dah le gaji keluar awal dan terpaksa menunggu hujung bulan November pulak tu..........pegh.....nasib baik le.....ada penyokong kuat...

Minggu ni selepas Perkhemahan Ibadat dan Unit Beruniform di SK Keratong 6 akan pergi pula ke Batu Pahat hari Ahad untuk belajar OUM di IPTHO. Masih ada satu subjek lagi yang sampai hari ini tidak mendapat tajuk kertas kerja " assingment" untuk dibuat. Kalau mengikut arahan hanya tidak 3 minggu lagi untuk menyudahkan semua assingment tersebut. Keputusan peperiksaan yang lalu masih ada satu lagi yang belum keluar keputusannya. Harapannya agar keputusannya nanti akan menambahkan lagi CGPA yang sedia ada......doa...doa...

Salam untuk semua..........


Thursday, October 15, 2009

Gaji awal

Tak tahu nak kata macam mana ...........sekiranya terjadi sebegini. Apabila gaji bulan Oktober dimasukkan awal kerana perayaan Deepavali dan gaji berikutnya melangkaui dan menghampiri 2 bulan. Memang terasa agak seksa dan memeritkan apabila keadaan ini berlaku..... Dalam radio juga mengingatkan semua pekerja yang bergaji bulan agar berjimat cermat untuk memastikan keadaan kewangan dan perbelanjaan dapat dikawal. Gunakan perbelanjaan atau gaji yang diberikan seperti mana seperti biasa..............itu peringatan yang diberi....

Duit..........duit ..... boleh dikawal ke????????? Bagi yang mempunyai lebihan gaji pada setiap atau banyak simpanan ianya bukanlah satu bebanan tetapi bagi yang hanya cukup-cukup aje memang rasa agak tertekan. Untuk mengawal kewangan bukanlah sesuatu tugas yang mudah tetapi memerlukan kekuatan mental yang jelas dan sedar terhadap kemungkinan yang akan berlaku di hari atau bulan yang akan datang.

Bagiku............. macam mana nak berjimat cermat sangat sebabnya pada setiap hujung minggu semenjak lepas raya Aidil Fitri yang lalu terpaksa akan keluar dari Keratong ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kiranya masih bernasib baik kerana ada sedikit sokongan kekuatan kewangan pada setiap hujung bulan.....jadi tidak perlu risau dengan keadaan yang berlaku sekarang ini. Harapannya selalu tinggi dengan.............................

Minggu ini balik ke Jengka dan hari Isnin pula akan pergi lagi ke HTAA kerana rawatan perubatan IVU yang lalu. Jadi seorang atau kesemua anakku akan ponteng sekolah pada hari Isnin tersebut kerana bagi menjimatkan kos tidak mahu balik ke rumah terlebih dahulu. Nak buat camne ...........ek....

Salam untuk semua................

Monday, October 12, 2009

Belajar lagi

Hari Ahad yang lepas aku ke IPTHO untuk menyambung pembelajaran sesi September OUM. Sesudah minggu sebelumnya terpaksa menguzurkan diri kerana membuat persediaan untuk ke HTAA berjumpa dan membuat pemeriksaan IVU yang tak jadi tu...... Memang meletihkan kerana jarak menghampiri 400km pergi dan balik ke Batu Pahat, Johor. Namun semangat untuk menghabiskan pembelajaran dengan mendapatkan segulung ijazah tetap membara dan bersemangat.

Setelah sesi pembelajaran awal satu jam berakhir sempat juga pergi beraya di rumah kengkawan di Labis. Hajatnya minggu ini nak pergi ke Chaah dan Labis sekali lagi mungkin tidak kesampaiaan disebabkan anak yang sulung akan menghadiri sesi temuduga untuk kemasukan ke Maahad Sultan Ahmad Shah di Bandar Jengka pada penghujung minggu ini. Jadi minggu ini aku dan keluarga akan balik ke Jengka pula............berjalan x henti selepas raya ni.... Kalau difikirkan memang nak berehat pula tetapi pelbagai urusan dan sesi pembelajaran yang baru bermula terpaksalah bergerak ke sana sini tanpa henti setiap hari cuti Sabtu dan Ahad.

Nasib dan alhamdulillah badan ini bertambah segar dan sihat .....kalau x macam manalah nak menghadapi semua ini. Syukur........syukur......syukur......alhamdulillah

Salam untuk semua.........


Tuesday, October 6, 2009

Kena ulang

Apa ntah punya doktor yang buat temujanji dahulu............tanpa usul periksa dan pertanyaan yang yang teliti terus memberikan borang untuk mengambil temujanji. Apabila hari ini pergi ke Unit Pengimejan dan Diagnostik untuk membuat IVU barulah doktor di dalam bahagian tersebut membuat semakan dan bertanya terlebih dahulu. Setelah diberitahu bahawa aku pernah alahan atau ada alergik maka doktor membuat keputusan bahawa IVU yang patut diadakan pada hari ini perlu ditunda ke satu tarikh yang lain pula.

Bayangkan kedatangan yang melibatkan lebih kurang 140km perjalanan sehala tetapi apabila sampai ke destinasi ianya tidak dapat dilakukan. Bukannya dekat......sudah le terpaksa menumpang di rumah bapa saudara di Kg.Seri Damai, Jaya Gading Kuantan semalam kerana tidak mahu terkocoh-kocoh kalau bertolak dari Keratong di waktu pagi. Kena pergi lagi.......sedangkan keputusannya amat diperlukan bagi melihat keberkesanan Tok Moh Batu Karang yang telah aku lalui pemeriksaan dan perubatannya.

Memang kalau difikirkan hendak saja pergi semula ke Klinik Urologi dan berjumpa dengan doktor bagi menuntut bayaran kedatangan untuk temujanji tersebut. Apa punya doktor kalau macam ni............ atau pun kerajaan perlu menambahkan lagi gaji bagi mereka supaya kerjanya bertambah bermutu.

Tarikh 19/10 pula aku diberikan untuk ke Unit Pengimejan dan Diagnostik untuk membuat IVU sebelum 28/10 ke Klinik Urologi HTAA. Nampaknya bulan ini kena berulang-alik 3 kali ke HTAA bagi menyelesaikan masalah batu krang yang dihidapi ini. Sabor......je.....le

Salam untuk semua..............

Sunday, October 4, 2009

Tak Perasan

Sambil2 beraya sempat jugak membeli belah dan melawat Planeterium Melaka dan Taman Buaya Melaka. Maklumlah 2 -3 hari pergi ke Melaka, telefon member yang ada di sana semuanya ada program sendiri. Daripada duduk memerap di rumah baik berjalan membawa anak-anak. Dapat 2 kali lagi pergi Hj.Jamil untuk berubat batu karang dan walaupun pergi agak awal ke rumahnya namun nombor giliran kali ini 32 & 28. Kedua-dua pertemuan ini berakhir jam hampir pukul 10. Masalah punyalah ramai orang berbanding bulan puasa terdahulu. Namun yang peliknya masih ada batu karang yang ditarik keluar daripada badan ini. Memang badan atau pinggang ini semakin selesa dan tidak merasa sakit lagi. Alhamdulillah ..........semuanya kuasa dan ketentuan Allah.

Sewaktu balik dari Melaka sebenarnya 2 - 3 kali terlelap mata sewaktu memandu pulang. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku....memang mengantuk antara sebabnya sudahlah tutup tv jam 2.30 pagi kerana ingin melihat Manchester United tewas di tangan Sunderland tidak menjadi kenyataan. Bangun pula pagi untuk mengambil giliran berjumpa Tok Bomoh dan terus tidak tidur sehinggalah balik semula ke Pahang.

Mengelabah mencari borang temujanji sewaktu hendak pergi ke Kuantan. Sudahlah keletihan kerana baru balik dari berhari raya di Melaka. Telefon member untuk mintak pertolongan semuanya x ada .........akhirnya jam 6.45 petang terpaksa pergi ke sekolah untuk mencari borang temujanji tersebut. Alhamdulillah borang tersebut ada di atas meja ......maklumlah masa sibuk2 menganyam ketupat tempoh hari........... fail tersebut tertinbum oleh ketupat yang telah dianyam. Setelah itu barulah bertolak semula ke Kuantan untuk pertemuan dan temujanji di HTAA esok hari.

Salam untuk semua..............

Friday, October 2, 2009

Sambutan Aidil Fitri

Hari ini meriah dengan semua murid SKK 6 telah pun memakai pakaian berwarna warni iaitu pakaian baju raya ke sekolah kerana Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah. Banyak kuih muih raya yang murid-murid bawa ke sekolah untuk jamuan tersebut. Guru-guru yang mula sibuk dari sejak semalam lagi kerana menyediakan pelbagai juadah untuk sambutan hari ini.


Pagi ini juga pesta membakar sate telah dilakukan............. semoga dengan majlis seperti ini akan lebih mengeratkan silaturrahim antara semua anak-anak murid dengan semua guru.




Untuk melihat lebih banyak gambar silalah kunjungi ke URL di bawah dan menjadi member facebook.......

http://www.facebook.com/home.php?#/profile.php?id=100000304805591&ref=name

Salam untuk semua................

Wednesday, September 30, 2009

Rumah Terbuka

Bagi anak yang bersekolah di SKBTR hari ni terburu-buru balik ke rumah pagi tadi setelah mendapati bebudak lain berpakaian baju raya sedangkan dia hanya berbaju sekolah. Nasib baik rumah dekat bersebelahan aje dengan rumah kalau tak memang malu le sorang2 pakai baju lain daripada orang lain.

Di sekolah pula sibuk menganyam ketupat untuk Sambutan Majlis Aidil Fitri di sekolah yang akan diadakan pada hari Jumaat nanti. Hari ini juga barulah pembelajaran membuat ketupat jantung beroleh kejayaan yang memberangsangkan. Disebabkan terlalu lama meninggalkan ketupat jenis tersebut maka sudah lama tidak menganyamnya dan menjadi lupa.

Hari ni kekenyangan kerana menghadiri rumah terbuka iaitu salah seorang pekerja SKK 6 selepas balik dari sekolah. Memang musim rumah terbuka menyebabkan puasa sunat enam hari di bulan Syawal belum sempat dilakukan walaupun sehari. Entahlah.................kalau asyik rumah terbuka macam ini ............ tak tahu bila nak mula puasa sunat tersebut. Walaupun masih berbaki belasan hari di bulan Syawal tetapi kalau berterusan rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri.....

Malam pula masih ada bebudak anak-anak guru di kawasan rumah ni datang beraya di rumah. Maklumlah lama lagi Syawal.......sambil2 datang mengutip duit raya...he he

Salam untuk semua..................

Tiada kesempatan

Selepas balik ke Jengka pada raya ke 2 yang lalu langsung broadband ini yang disewa terus disimpan untuk jangka masa seminggu. Sudahlah signal broadband Celcom kurang liputan di rumah kediaman ibu di Jengka bertambah pula gangguan yang berlaku pada line Celcom di seluruh negara setiap kali musim cuti perayaan Aidilfitri. Bukan sahaja broadband malah handset pun x boleh digunakan. Entahlah.............memang memboringkan.

Bilalah agaknya Celcom ingin mengembang dan meluaskan liputan rangkaian 3G di seluruh kawasan dan daerah seperti yang diiklankan. Sebagai pengguna yang menyewa memang mengharapkan yang terbaik daripada pihak Celcom.

Nasib baik program raya tahun ni menawarkan pakej berterusan setiap hari iaitu keluar pagi dan baliknya malam. Sehingga ke Kuantan raya kali ini kami pergi dengan menaiki 6 buah kereta dan balik ke kampung dengan 7 buah kereta. Meriah raya kali ini.....

Baru hari ini sempat untuk melakarkan sedikit cerita di blog ini yang sudah lama tidak diupdate disebabkan .....................

Salam untuk semua...............

Sunday, September 20, 2009

Fantastic.............

Malam-malam raya ni pergi beraya ke mana pun, lagipun ada perlawanan hebat EPL menemukan antara Manchester United dengan jiran tetangga Manchester City. Memang meriah menyaksikan perlawanan ini apatah ada jiran yang datang sambil beraya. Memang gamat apabila menyaksikan gol demi gol berbalas dan akhirnya ............

Memang tuah pemain gantian Manchester United iaitu Micheal Owen yang menggantikan Dimitar Berbatov apabila menyumbangkan gol kemenangan Manchester Uniter di minit ke 90+6 dengan kedudukan 4 - 3. Masa tambahan berlarutan hingga ke 6 minit yang menyebabkan Menchester United yang bertali arus menyerang Menchester City...........akhirnya itulah keputusan yang memang drastik.

Sekali lagi ingin melihat Manchester United tewas tidak kesampaian namun EPL masih lagi baru bermula dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain Manchester United yang menjadi kelab fatatik di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kalaulah semangat pemain Malaysia juga sebegitu dan layak pula ke Piala Dunia....................pegh....x dapat dibayangkan rasanya.....

Salam untuk semua................

Raya Raya Raya...........

# Kenangan beramai-ramai

# Adik-beradik sebelah isteri seramai 9 orang ada bujang 4 orang lagi

Selepas menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri seperti biasa bersalam-salaman antara ahli keluarga yang menjadi amalan baik bagi mengeratkan persaudaraan yang memang terjalin. Bagi anak-anak bersalaman disamping mengutip sampul duit raya yang sememangnya dinantikan.

# Menantu baru 5 orang

# Baru 10 orang yang renek-renek anakku saja 5 orang

Kesemua adik-beradik beraya di Keratong pada raya kali ini dan alhamdulillah semuanya selamat dan berada bersama-sama meraikan hari yang berbahagia ini.

Jam 10.45 pagi kami bersama-sama rombongan pergi berziarah ke rumah jiran yang berhampiran dengan diketuai oleh emak tersayang. Sehingga jam 2.30 petang barulah selesai rombongan berziarah dan kesemua kepenatan dan kekenyangan. Berehat di rumah lantas terlelap akhirnya ...................ZZZZZZZZZZZZZZ

Salam untuk semua.............

Saturday, September 19, 2009

Raya Aidil Fitri 1430H




Persiapan menghadapi raya dilakukan setelah semua adik beradik telah pun pulang ke rumah pada hari semalam dan hari ini. Memang agak riuh apabila dah berkampung reramai cam gini. Meriahnya tidak terhingga dan tak terkata. Namun begitu sambutan selepas raya di Johor lebih hebat lagi dirasakan.



Malam ini Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidil Fitri pada hari Ahad bersamaan 20 September.

Teringat jugak emak di Jengka yang hanya ada Abang Kholil dan Jedi aje di sana.....mengayuh dodol pada tahun ni...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa

Lisan kadang-kadang tak terjaga
Janji kadang-kadang tak tertunai
Hati kadang-kadang berprasangka
Sikap kadang-kadang menyakitkan

1 batu sudah cukup untuk memecahkan gelas
1 saat sudah cukup untuk mencipta persahabatan
1 detik sudah cukup untuk menjalin kemesraan
1 perkataan sudah cukup untuk melukakan hati dan perasaan


SO

Di kesempatan Syawal yang mulia ini ku memohon keampunan dan kemaafan daripada semua....

Salam untuk semua..........

Thursday, September 17, 2009

Cuti Raya bermula

Pepagi lagi telah diumumkan di corong radia bahawa hari Jumaat oleh Datok Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia bahawa cuti khas bagi sekolah-sekolah dan semua IPT di Malaysia. Perihatin dengan masalah lalulintas yang yang dilalui oleh warga kerja apabila diadakan serentak dengan cuti sekolah. Ia juga boleh memberikan perancangan yang lebih baik bagi keluarga yang ingin pulang bercuti ke kampung sempena cuti hari raya ini.


# Majlis Khatam dilangsungkan

Namun petangnya anakku pula terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran di SK Keratong 2. Nasib baiknya tahun ni giliran beraya di Keratong kalau tak .....petang tu dah cabut balik. Setelah selesai majlis tersebut diadakan sekali Majlis Berbuka Puasa meraikan semua guru SK Keratong 2 dan murid-murid taun yang seramai 20 orang yang terlibat dengan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran tersebut.

# sebahagian hadirin yang dijemput hadir




Salam untuk semua..............

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Khatam Al-Quran SKK6 2009


# Majlis Khatam sedang dilangsungkan



Hari ini SK Keratong 6 mengadakan Majlis Khatam Al-Quran tahun 2009. Sejak dari 1 September sehingga semalam majlis tadarus telah diadakan melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Namun begitu murid tahun 6 hanya dilibatkan setelah mereka menduduki peperiksaan UPSR tempohari.

Majlis tadarus yang diadakan pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga waktu rehat. Ini menurut Guru Besar boleh memberikan manfaat kepada semua warga sekolah dan mendapat pahala daripada Allah. Guru Besar SK Keratong 6 cukup sporting dan menggalakkan program sebegini dijalankan.
# mengaminkan bacaan doa


# hadiah bunga telur kepada semua murid

Pada malamnya pula diadakan Majlis Berbuka Puasa bagi Kelab Guru dan Kakitangan SK Keratong 6. Alhamdulillah semua guru hadir ke majlis tersebut kecuali Guru Besar yang ada urusan di Kuantan.

Salam untuk semua...............

Monday, September 14, 2009

Pengesahan

Setelah pulang dari Melaka berhenti sebentar di rumah mengambil tenaga ..............ZZZZZZZZZZZ terus ke Kuantan semalam dan sempat berbuka puasa di rumah bapa saudara yang tinggal di Kampung Seri Damai, Kuantan.

Hari ini aku ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk berjumpa dengan doktor pakar mengenai penyakit batu karang yang dialami. Agak awal juga ke HTAA walaupun mengikut appointment tu jam 11.30 pagi tetapi risau mengenangkan kejadian terdahulu menyebabkan datang awal sedikit ke HTAA.

Hari ini penuh sesak dengan kenderaan yang melawat HTAA jadi terpaksa meletakkan kereta berhampiran bangunan MPK di tepi sungai. Risau juga hati ini takut di saman kerana tidak mempamerkan kupon.

Setelah berpusing-pusing mencari Klinik Urology dan akhirnya dengan berkat mulut yang tak segan bertanya ni....akhirnya berjumpa juga dengan klinik tersebut. Angka giliran yang ke 27 telah ku dapat setelah lewat tiba ke klinik tersebut. Namun perbincangan nurse yang bertugas menyatakan hendaklah mengikut temujanji yang tercatat di kad appointment. Pegh...........lambat lagi kalau cam ni kerana baru jam 9.30 pagi.

Disamping menunggu giliran berborak kejap dengan beberapa pesakit yang ada di situ hinggakan namaku yang sudah dipanggil 5 kali barulah pergi ke kuanter. Nasibku agak baik kerana tanpa menggunakan nombor giliran tersebut aku telah dipanggil berjumpa dengan Doktor Hashimah tetapi bukan doktor pakar yang bertugas di situ. Mungkin penyakitku ini memerlukan pertemuan demi pertemuan akan datang jadi x perlulah aku bertemu dengan doktor pakar lagi. Setelah hampir selesai pertemuan tersebut dan mendapat appointment baru pada 5 Oktober nannti aku pun menunjukkan batu yang diambil daripada badanku di Melaka tempohari. Doktor Hashimah mengesahkan bahawa begitulah batu karang yang sebenar dan menjangka ukurannya hampir menyamai ukuran batu karang yang terdapat di dalam buah pinggangku. Namun ujian IVU perlu dilakukan pada 5 Oktober bagi mengesahkan penyakit batu karang yang dihidapi ini......

Tak kisahlah pertemuan demi pertemuan ini kerana adat yang biasa bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Bukan sekejap tetapi memakan masa yang agak lama kerana bukan penyakit yang perlu disegerakan. Nampaknya kena bulan madu di Kuantan lagi le ...................

Salam untuk semua.........................

Sunday, September 13, 2009

Memalukan

Sebelum balik ke Pahang sempat lagi ke Jaya Jusco untuk mencari keperluan hari raya terutama baju anak-anak yang belum lagi dicari dan dibeli. Setelah puas memusing dan mengelilingi serta turun naik Jaya Jusco tetapi masih kurang berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Semacamnya potongan yang diberikan langsung tidak berbaloi atau pun jenama yang dibeli di Jaya Jusco memang mahal untuk orang-orang biasa seperti saya ni.... tapi yang peliknya penuh parking kereta tambahan di sebelah kiri Jaya Jusco tu.

Setelah puas berjalan-jalan sempatlah lepak di tempat permainan kanak-kanak yang disediakan di Jaya Jusco tersebut. Setelah semuanya selesai dengan hanya sedikit sahaja barangan belian yang dapat diraih maka kami bercadang untuk pulang ke Pahang. Dalam perjalanan ke tempat kereta sempat saya mengerling ke dalam KFC yang berada di bahagian bawah dan kelihatan seorang perempuan yang sedang ditemani oleh suami agaknya sedang makan nasi di dalamnya. Memang memalukan bagi saya yang menonjolkan sikap tidak prihatin kepada masyarakat bukan Islam terutamanya tentang kewajipan berpuasa ke atas umat Islam.

Kalau ye pun tak berpuasa .....janganlah makan secara terangan begitu hinggakan anak saya yang berumur 5 tahun tu pun bertanya kenapa orang tu makan..... saya tak terkata apa .... cuma berdoa di dalam hati agar anak-anakku tak menjadi sebegitu kelak.

Salam untuk semua...........

Sekali lagi...

Pagi Ahad jam 6.10 pagi sekali lagi ke rumah Hj. Jamil untuk mendapatkan rawatan batu karang. Kali ini pergi bersama abang ipar yang petang semalam pergi mendapatkan injection sejarum kerana kesakitan pinggang yang teramat sangat. Akibat suntikan jarum tersebut kelopak mata abang ipar membengkak kedua-dua belah. Kata saya " tak pe esok kita bersam-sama pergi ke rumah Hj.Jamil mana nak tahu kalau-kalau ada batu karang"

Hari ini pun berjumpa Cikgu Hasbullah yang mahu mendapatkan rawatan lagi. Tak puas agaknya semalam dah masih ada terasa sakit-sakit di bahagian pinggang. Hari ini ramai orang Cina dan India yang ingin juga mendapatkan rawatan dan hari ini mendapat giliran ke 17....pegh rasanya dah pagi dah.......

Hari ini masuk bersama dengan abang ipar dan rawatan untuk dia dahulu........... keluar sebiji batu dari badan dia....dan saya pun masih lagi keluar batunya tetapi banyak serbuk-serbuk halus yang keluar bersama...

Kalau inilah rawatan yang menyebabkan aku menjadi sihat......terlebih dahulu ucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t yang menemukan cara rawatan sebegini. Mungkin jua kadar rawatan yang dibayar mengikut seikhlas hati mungkin juga rawatannya dimakbulkan Allah.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan cara kampung bagi penyakit batu karang saya sarankan dan sekadar ingin mencuba. Hj. Jamil di talian 016-6166696 Kg.Gangsa Duriam Tunggal, Melaka.

Salam untuk semua................

Saturday, September 12, 2009

Takjub

Setelah menyelesaikan solat Subuh terus bersiap untuk ke rumah Tok Bomoh batu karang yang tinggal di Kampung Gangsa, Durian Tunggal. Setelah sampai jam 6.45pg dan mendapatkan giliran ke 14 untuk berjumpa dengan Hj. Jamil Tok Bomoh Batu Karang. Ingatkan pergi atau sampai di pagi hari orang tiada rupanya dah ramai menunggu untuk masuk berjumpa dengan Hj. Jamil.

Sementara menunggu giliran sempat berkenalan dengan Cikgu Hasbullah dari Alor Gajah yang mengajar di SBPI Selandar yang juga pelanggang tetap bagi mengeluarkan batu karang. Menurut Cikgu Hasbullah memang di waktu hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad memang ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan berbanding hari bekerja biasa. Giliran ke 14 masih dikira awal lagi untuk kami. Banyak pengalaman dan cerita yang dapat dikongsi dengan Cikgu Hasbullah yang telah mengamalkan perubatan tersebut sejak 2004 yang lalu. Beliau memang selalu mendapatkan rawatan apabila tiba bulan puasa pada setiap tahun disebabkan kekurangan meminum air yang dimasak apabila tiba bulan puasa sebegini.

Memang anugerah Allah kepada Hj. Jamil yang diberikan kobolehan mengeluarkan batu karang daripada tubuh badan orang yang berpenyakit ini. Menakjubkan kebolehan tersebut semacam ahli silap mata dengan hanya menggosok ubat dan bacaan doa kemudian mengurut-urut sehingga boleh mengeluarkan batu karang.

Setelah selesai mendapatkan rawatan dan melihat sendiri batu karang yang diambil daripada badan barulah pulang semula ke rumah abang ipar yang menetapkan di Taman Rahim Tamby Chik. Sebelum pulang sempat lagi Cikgu Hasbullah mengingatkan sudah alang-alang datang biarlah mencubanya sekali lagi pada keesokan harinya. Menurutnya beliau pernah mendapatkan rawatan tersebut sehingga tidak ada lagi batu karang yang dapat dibawa keluar dari tubuh badannya.

Petangnya sempat pula kami dua keluarga ke Pasaraya Mydin MITC untuk membeli keperluan hari raya. Gaji belum dapat lagi jadinya kad kreditlah sebagai penyelamat, memang sudah agak berkurang menggunakan kad kredit jadi banyaklah lagi kredit yang boleh digunakan. Malamnya pula berjalan pula ke Central Melaka untuk membelah lagi dan kali ini mencari kuih raya pulak..........pegh...kuih raya cari di Melaka.

Letih sungguh malam ni...........

Salam untuk semua.............

Friday, September 11, 2009

Berpuasa di Melaka

Setelah ber'chatting' dengan kawan yang mengatakan ada Tok Bomoh yang boleh mengubat batu karang aku mengambil keputusan untuk ke Melaka. Kebetulan rumah Tok Bomoh tersebut adalah sekampung dengan ipar ipar yang menetap di Melaka.

Akhirnya jam 6.35 petang kami sekeluarga sampai ke rumah abang ipar di Taman Rahim Tamby Chik. Pada malamnya hanya anak sahaja yang berterawih di surau berhampiran sedangkan aku pula pergi meronda ke rumah Tok Bomoh tersebut.

Entah apa malangnya anakku Uda ....... telah terjatuh di dalam longkang sewaktu pulang berterawih dari surau. Bengkak dan membiru pada lututnya dan jalan pun terhinjut-hinjut...apa le malangnya nasibnya....atau inilah penyebab anakku yang seorang ini akan diam sementara....hehe...

Esok barulah episod berubat secara kampung sebagai ikhtiar untuk membaiki batu karang yang bersarang di dalam buah pinggangku ini.....moga diberikan kemudahan dan keselamatan oleh Allah....

Salam untuk semua.....................

Thursday, September 10, 2009

Berakhirnya UPSR



Hari ini merupakan hari yang terakhir peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2009 dan anak sulungku juga adalah salah seorang daripada calon tersebut. Apa pun yang sudah berlalu, akan berlaku adalah ketentuan daripada Allah s.w.t.

Borang sekolah menengah di Maahad Sultan Ahmad Shah di Bandar Jengka telah diambil dan telah diproses. Cuma harapan bagi calon UPSR ialah mendapatkan keputusan yang yang terbaik bagi menempatkan diri ke sekolah yang menjadi pilihan dan terbaik di Malaysia ini. Namun bagi diriku yang berasa kasihan dan belum pernah berenggang dengan anak ini merasakan tidak perlu terlalu berjauhan sangat dengan keluarga memadai sekolah yang berhampiran sahaja. lagipun anak perempuan. Tetapi sekiranya keputusan yang dicapai adalah memberangsangkan terpulang kepadanya untuk menentukan masa depan tempat pembelajarannya.

Apapun sebagai penjaga atau ibubapa perlu menyokong segala usaha mereka yang mahu belajar kerana tidak semua ibubapa atau penjaga yang mampu memberikan kemewahan di masa hadapan selain peruntukan kewangan di dalam pembelajaran anak-anak.

Moga segalanya berjalan lancar dan harapannya tumpuan pencapaiaan 5A adalah sasaran utama kepada seluruh calon UPSR. Moga diperkenankan doa dan harapan setelah usaha yang berterusan tanpa mengenal penat dan lelah terdahulu.

Salam untuk semua....................

Wednesday, September 9, 2009

UPSR telah pun bermula

Hari ini adalah merupakan hari kedua peperiksaan UPSR telah dijalankan di seluruh negara. Salah seorang calonnya ialah anak perempuanku yang sulung.... Ada yang menyampuk...awak umur berapa anak dah ambil UPSR? Kenapa tak percaya...............jawabku ringkas. Bukan tak percaya......tapi tengok pada muka masih muda lagi..... Ye ke aku ni muda lagi.....rasanya dah banyak nikmat dunia Allah tarik dengan memberikan beberapa peringatan kepada diriku ini... Entahlah ...biarlah pada pandangan orang sahaja namun aku sendiri mengetahui setakat mana kemudaan, keremajaan dan ketuaan aku.....he he

Sebenarnya semalam lagi kami di SK Keratong 6 telah bersama-sama mendoakan murid-murid di sekolah kami dengan bacaan Yasin dan hari ini mengadakan Solat Sunat Dhuha dan juga Solat Sunat Hajat. Kami melakukannya hanya satu tujuan iaitu ingin memohon kepada Rabbul Jalil terhadap kemurahan dan kerahmatanNya agar diberikan keputusan yang terbaik dalam UPSR untuk sekolah kami. Hari esok pun kami akan melakukannya lagi.... Juga aku selitkan doa untuk anak perempuan sulungku yang juga mengambil UPSR agar anakku ini menjadi contoh terbaik dalam peperiksaan bagi adik-adiknya akan datang.

Namun apa pun usaha yang gigih telah dilakukan, doa telah dipanjatkan dan nanti tawakkal pula dihadapkan kepada Allah. Apa-apa pun keputusan yang akan dan bakal diterima nanti perlu dihadapi dengan redha dan pasrah. Semua keputusan pada keputusan UPSR tahun ini adalah merupakan usaha-usaha yang dibuat oleh murid-murid sendiri dengan bantuan para guru. Kejayaan mereka adalah tulen dengan kebolehan murid itu sendiri.....

Esok hari terakhir murid akan menjawab soalan UPSR 2009 dan esok juga merupakan penentuan peratusan pencapaian keseluruhan UPSR bagi kebanyakan sekolah terutama di kawasan luar bandar. Namun sekarang subjek Bahasa Inggeris bukan lagi masalah bagi murid-murid sekarang ini untuk menjawab peperiksaan tetapi dalam hubungan seharian atau pun percakapan masih lagi merupakan masalah terbesar. Ini semua bergantung pada kebiasaan dan penggunaan bahasa percakapan di rumah atau persekitaran tempat kediaman.

Harapan pada akhirnya ialah semua calon UPSR mendapat keputusan yang terbaik bagi memenuhi cita-cita di masa hadapan yang diimpikan. Bagi yang mendapat keputusan yang baik tentulah peluang dan harapan untuk memenuhi cita-cita tersebut akan berjaya. Namun kepercayaan yang mantap terhadap Qada' dan Qadar Allah membuat seseorang tidak akan kecewa dengan apa sahaja keputusan yang diterima dan dilalui................Moga semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...................

Salam untuk semua...........

Saturday, September 5, 2009

Sayang sekali

Mungkin hari cuti Sabtu, Ahad dan Isnin atau semalam aku kemalangan menyebabkan hari ini tiada orang bersembahyang terawih di Surau KIP Bandar Tun Razak ni........sayang juga tapi apakan daya kaki ni yang bengkak dan kelihatan ada 3 lebam. Nak sembahyang pun terpaksa dalam dalam keadaan yang tidak selesa apatah lagi nak mengimamkan solat terawih.

Lagi pun tempat yang dekat ada untuk sembahyang terawih tanpa perlu keluar dari kawasan KIP ni tetapi tiada orang untuk membawa atau menjadi imam menjadikan penghuni di KIP mencari altenatif lain dan bersembahyang di tempat lain sama ada di masjid atau surau yang berdekatan.

Nampak gayanya kena tunggu kaki yang yang membengkak tu surut sepenuhnya barulah surau tu dapat dihidupkan semula. Bukan tak mengharapkan orang lain tetapi kalau golongan ustaz yang tidak memulakannya siapa lagi nak diharapkan.................

Nampaknya malam ni terawih sendiri aje di rumah.........buat tetap buat untuk merebut malam terbaik di bulan Ramadhan ni....

Salam untuk semua...................
Salam untuk semua

Malam yang malang

Entah apalah kaffarah ke atas diriku ini sedang solat witir di Surau KIP Bandar Tun Razak seorang budak jatuh terlentang ke atas kakiku........... Fikirlah ketika betul-betul kaki menegak ke atas tetiba budak betul-betul jatuh atas tumit sehingga mengeluarkan bunyi.......keletup....Hanya Alah s.w.t sahajalah yang tahu sakitnya pada ketika itu, tapi masih menahan diri untuk menghabiskan solat witir tersebut. Setelah selesai sembahyang terus merebahkan diri ke belakang akibat kesakitan yang teramat sangat.

Setelah solat selesai barulah bercerita mengenai kejadian yang telah menimpa ke atas diriku ini. Memang semenjak sembahyang Isyak lagi aku telah memberi amaran supaya berkeadaan senyap ketika sembahyang kerana budak tersebut bercakap tidak berhenti semenjak rakaat pertama lagi sehingga selesai sembahyang. Memang mengganggu jemaah yang lain untuk khusyuk sembahyang namun untuk mendidik anak-anak kecil sembahyang biarlah mereka mengikutinya walaupun tidak sempurna sembahyang.

Rupa-rupanya amaran tidak berkesan sehingga budak tersebut boleh bermain dengan melakukan balik kuang sehingga menimpa tumitku........tengok lepas sembahyang entah ke mana lesapnya ....kalau tunggu memang dapat faedah.

Malam tu juga kawan abah datang dan mengurut kakiku dan mengatakan sendi telah lari daripada ibu jari kaki. Masyaallah............... memang perasan lepas kena tu....macam dah rasa x de kaki akibat kebas yang bersangatan.

Dah dua malam jadi imam terawih tetapi malam ni kebetulan ada imam yang utama jadinya aku hanya menjadi makmum aje le...... itulah qada' yang telah ditentukan yang menjadi penyebab rahsia Allah ke atas hambanya.... Tak tahulah terawih malam berikutnya nanti kerana ianya menjadi semakin membengkak.....

Salam untuk semua................

Friday, September 4, 2009

Majlis Restu UPSR 2009




Hari ini SK Keratong 6 telah mengadakan Majlis Restu UPSR 2009. Hampir kesemua penjaga murid Tahun 6 telah menghadirkan diri ke majlis tersebut. Semoga dengan usaha yang telah dilakukan oleh para guru sebelum ini dibalas dengan keputusan yang cemerlang, cemerlang dan gemilang oleh murid-murid yang akan menghadapi UPSR pada 8 - 10 September 2009 nanti.

Salam untuk semua..............

Thursday, September 3, 2009

Solat Hajat UPSR

Hari ini diadakan Majlis Solat Hajat UPSR di SK Keratong 6. Disamping itu juga diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih yang diadakan di Surau SK Keratong 6. Namun hajat untuk bersama-sama meraikan dan mendoakan kejayaan murid-murid SK Keratong 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 8 - 10 September nanti tidak tercapai jua.

Cuma sedikit masalah sahaja yang dihadapi untuk bersama-sama di majlis tersebut dan boleh diatasi sekiranya ditambah dengan keazaman yang kuat. Jarak 25km ke sekolah merupakan salah satu sebab yang menyebabkan ketidakhadiran ke majlis tersebut. Setelah mengajak dan bertanyakan beberapa teman yang juga duduk di persekitaran ini tidak juga dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Jadi kesempatan diambil dengan alasan yang sama juga.

Apa pun sekali lagi malam ini menjadi imam solat terawih di Surau KIP Bandar Tun Razak. Alhamdulillah malam ini bertambah lagi bilangan makmumnya. Cuma tiada anak-anak kecil yang mengikuti Solat Terawih hingga selesai kecuali anakku pada malam ini. Moga malam-malam berikutnya surau tersebut penuh dengan jemaah yang semakin bertambah pulak...............

Salam untuk semua............

Ramadhan bulan menyucikan jiwa

Salam Ramadhan................

Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita menyucikan jiwa. Inilah masa untuk melentur jiwa supaya patuh dan taat pada perintah Allah. Jiwa yang selama ini melakukan maksiat kepada Allah, perlu disucikan. Tidak ada peluang yang lebih baik untuk menyucikan diri selain Ramadhan kerana di bulan yang penuh dengan limpahan keberkatan ini, syaitan dibelenggu sebagai tanda kemuliaan Ramadhan. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Apabila datang Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai / dibelenggu para syaitan”

(HR al-Bukhari dan Muslim)


Jiwa kita diumpamakan sebagai sebuah mentol yang terang. Namun setiap kali kita melakukan dosa dan maksiat, satu titik hitam akan melekat ke dalam hati dan jiwa kita. Lama kelamaan mentol yang bersinar terang itu akan dilitupi oleh titik hitam sehingga mentol yang terang itu tidak dapat lagi menembuskan cahayanya. Begitulah jiwa kita, yang perlu dibersihkan supaya cahayanya dapat memancar untuk menunjuk jalan. Oleh itu, sucikanlah jiwa dengan banyak beristighfar mohon keampunan daripada Allah. Bertaubat diatas keterlanjuran sama ada terhadap Allah atau sesama makhluk. Bertaubatlah dengan taubat nasuha iaitu:

1. Segera meninggalkan maksiat yang dilakukan.

2. Menyesal di atas perlakuan maksiat yang telah dilakukan.

3. Berazam untuk tidak akan mengulangi lagi maksiat.


Itulah syarat taubat nasuha yang dapat menyucikan jiwa. Apabila jiwa telah suci akan terpancarlah hidayah Allah. Apabila jiwa telah dipenuhi dengan hidayah Allah dan syaitan pula telah dibelenggu dengan kemuliaan Ramadhan, maka inilah masanya.


Salam untuk semua...........................


Tuesday, September 1, 2009

Alhamdulillah.......

Setakat hari hari cuma dua hari pertama sahaja anakku yang ke 4 tu tinggal puasanya. Sudah masuk hari ke sebelas dia berpuasa cumanya semalam dia bertanya " Ba, esok puasa lagi ke? " "Sampai bila kita kena puasa" Semua soalan dijawab dengan penuh motivasi agar anakku ini meneruskan puasanya hingga ke hari terakhir.

Bulan puasa ini memang membuatkan perbelanjaan hariah bertambah daripada biasa maklumlah terpaksa menyuntik semangat dan motivasi kepada semua anakku untuk meneruskan puasa. Tiap2 hari perlu mencari juadah untuk berbuka.

Moga dengan latihan yang ditimba semasa baru berumur 5 tahun ini akan memberikan semangat untuk masa depan. Sudah ada berita orang Islam dewasa yang ditangkap kerana tidak berpuasa serta makan dan minum di siang hari dan khalayak ramai. Apakah mereka2 ini tidak menghormati Agama Islam itu sendiri atau tidak pernah melalui latihan semasa umur kecilnya..????

Salam untuk semua.......................

Bosan

Sewaktu cuti penggal yang lalu sempat jugak menjejakkan kaki dan singgah di Celcom untuk menukarkan plan broadband yang telah digunapakai ke pakej kuntuk kakitangan kerajaan. Dapatlah kurang sedikit bayarannya.........

Bila dah mengambil pakej yang baru maka yang lama terus terminate jadinya terpaksalah menunggu selama satu hari untuk memulakan surfing dengan menggunakan line broadband yang baru. Namun setelah mencuba banyak kali tetap jugak perlahan dan lebih banyak tidak boleh digunakan. Memang membosankan sekiranya ianya berlaku............... iklan saje yang menarik namun sebaliknya berlaku.......... atau memang pihak Celcom tidak mahu orang-orang di kawasan Jengka mendapatkan informasi mengenai berita-berita terkini sehingga ada bapak menteri menyuruh agar menyekat kebebasan internet.

Disebabkan oleh itu blog yang sudah hampir seminggu tidak diupdate......apa nak buat.... Diharapkan pihak Celcom mengambil perhatian mengenai perkara ini kerana hanya di Bandar Jengka yang terletak sekitar 7 km mendapatkan signal 3G tetapi tempat lain.......hampessss.... Bayar mahal tapi.................

Salam untuk semua......................


Tuesday, August 25, 2009

Akhirnya

Alhamdulillah dengan sedikit umpan dan suntikan semangat akhirnya anakku Irsam Syamil berjaya juga menghabiskan puasanya pada hari semalam walaupun tidak bangun bersahur. Sebagai balasannya dihadiahkan untuk pergi memilih sendiri juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadhan. Inilah kali pertama aku ke situ semenjak memulakan puasa tempoh hari. Hari ini masih lagi meneruskan puasanya setelah bangun bersahur pada pagi tadi.


# anakku bersama sepupu dan Pak Su Lukman

Namun apa yang membanggakan ialah bagaimana anakku yang baru berusia 5 tahun bersama-sama sepupunya yang berumur 4 tahun boleh menahan makan dan minum hingga saat berbuka. Kalau diikutkan kewajipan ke atas mereka langsung tidak dikenakan namun sebagai ibubapa yang mendidik perlu memastikan agar ajaran Rasul ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan sebagai menandakan keimanan dan keikhlasan hati sebagai umat Islam. Walaupun mereka ini masih lagi kecil dan kurang berupaya untuk melakukannya. Bak kat pepatah Melayu " Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya "

Apa yang dikesalkan ialah bagaimana ada segelintir umat Islam terutama yang sudah difardhukan ke atas mereka untuk berpuasa namun masih tidak dapat melaksanakan perintah Allah ini dengan taatnya. Malah kekadang terjumpa segelintir yang tidak berpuasa melakukan perbuatan yang mengundang rasa tidak hormat bangsa dan agama lain terhadap agama Islam itu sendiri seperti makan dan minum di khalayak ramai atau juga menghisap rokok. Inilah hasil ketidakpatuhan umat Islam yang juga kurang didikan agama terhadap tanggungjawab berpuasa.

Anak kecil boleh dan sanggup menahan lapar dan dahaga tetapi golongan dewasa yang tidak berpuasa ini bagi saya sungguh memalukan. Memang ada hukuman dunia yang telah disyariat oleh setiap negeri dalam Malaysia namun ianya hanya tertumpu di sebahagian tempat sahaja. Malah kakitangan untuk menjadi pemantau bagi yang tidak berpuasa ini tidak menyeluruh. Kalau yang terkena cekup tidak berpuasa tu kira nasib dia tidak baik pada hari tersebut macam cerita Senario............. Kalau kawasan yang berjauhan dengan Pejabat Agama atau pun Penguatkuasa berjauhan nampaknya kebebasanlah sedikit bagi yang tidak berpuasa........... x pe azab dunia lepas lah korang............tapi tunggu............

Salam untuk semua.................

Monday, August 24, 2009

Bersahur

Hari masuk hari ke 3 berpuasa namun anakku yang ke 4 yang berumur 5 tahun iaitu Irsam Syamil masih belum lagi dapat menghabiskan puasanya. Cuma beransur maju dalam menahan lapar dan dahaga. Hari pertama sempat sehingga jam 2.30 petang dan hari yang kedua pula sehingga 4.00 petang. Tak tahu le hari ini............... Memang tidak terlalu memaksa untuk berpuasa dan menahan makan serta minum hanya sekadar yang termampu sahaja dulu. Kalau nak mengajar anak berpuasa biarlah daripada kecil lagi jangan tunggu dah besar nanti agak payah..............

Satu perkara yang penting di dalam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan ini ialah bersahur. Memang agak liat nak bangun bersahur kerana suasana yang baru kena dan terpaksa untuk bangun pepagi hari lagi.....memang berat. Nasib baik permulaan Ramadhan ni cuti sekolah dapatlah anak-anak menyambung tidurnya selepas solat Subuh.

Sahur bermaksud mengambil makanan ketika hampir waktu Subuh. Menurut Zamakhsyari, masa terbaik untuk bersahur adalah dua jam sebelum masuk waktu Subuh. Malah lebih hampir dengan waktu Subuh adalah lebih baik. Alangkah beruntungnya orang yang bangun bersahur. Dia mendapat dua kebaikan. Pertama, dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua, dapat ganjaran pahala dan kerberkatan.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seseorang kamu hanya minum seteguk air”

(HR Ahmad)


1. Kita akan mendapat pahala apabila bersahur kerana ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.


2. Dengan bersahur kita juga mendapat keberkatan kerana ia menguatkan jasmani orang yang berpuasa untuk beribadat dan meningkatkan rohani orang yang berpuasa dari segi keikhlasan beribadat.


3. Bersahur dapat menolong mengurang dan menghilangkan perasaan marah yang disebabkan kelaparan.


4. Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah s.w.t.


5. Pada waktu dinihari ketika bersahur, seseorang itu mendapat lebih peluang untuk mengingati Allah s.w.t. dengan cara berzikir dan berdoa.


6. Bersahur juga melatih kita menjaga kesihatan dari segi pemakanan kerana kita digalakkan bersahur dengan makanan yang mudah hadam, kurang atau tidak pedas serta di akhiri dengan susu.


7. Berkat bersahur di akhir waktu adalah supaya kita dapat mengekalkan keupayaan fizikal lebih lama sehingga waktu berbuka puasa.


8. Apabila kita bangun sahur, secara tidak langsung ia memberi kita peluang menikmati waktu terbaik menunaikan Qiamullail atau sekurang-kurangnya melatih kita bangun awal untuk terus menunaikan solat Subuh selepas bersahur.


Sesungguhnya, banyak hikmah dan kebaikan pada sahur. Jangan tinggalkan amalan bersahur kerana lebih mementingkan tidur. Bangunlah untuk mendapatkan pahala dan limpah kurnia Allah. Nikmatilah dua hidangan yang amat berkat di bulan yang penuh berkat ini, iaitu hidangan ketika berbuka dan hidangan ketika bersahur. Betapa malangnya orang yang diberi makan kemudian diberi pula pahala, lalu dia tidak mahu menerimanya.


Sedikit ilmu yang dipetik daripada tazkirah Ramadhan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Salam untuk semua.................