Monday, June 29, 2009

Kem Subjek UPSR SK Keratong 6

Pada hari ini SK Keratong 6 mengadakan Kem Subjek UPSR kali yang ke 2 tahun 2009 sehingga 1 Julai nanti. Kem Subjek ini adalah anjuran bersama dengan Pejabat Felda Keratong 6 yang telah menyumbangkan kewangan bagi menjayakan kem ini.

Setelah pendaftaran dan taklimat yang dilaksanakan selepas perhimpunan rasmi sekolah, murid-sekali lagi bergotong-royong bersama dengan guru untuk mendirikan khemah. Setelah selesai mendirikan khemah barulah semua murid memasuki dewan SK Keratong 6 untuk berada di dalam kumpulan yang ditetapkan bagi Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Hanya guru dari SK Keratong 6 yang mengendalikan LDK pada hari ini.


# Khemah yang telah pun didirikan






# semasa LDK di Dewan SK Keratong 6

Murid-murid dibenarkan pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum datang semula jam 2.15 petang bagi mendengar penceramah jemputan bagi Teknik enjawab Soalan Sains dan Matematik pada petang ini.

Semua guru di SK Keratong 6 diberikan tugas masing-masing untuk bersama-sama menjayakan Kem Subjek pada kali ini. Pada Kem Subjek yang pertama dulu hanya diadakan selama 2 hari tetapi kali ini ditambah 1 hari lagi memandangkan 2 hari adalah terlalu singkat untuk pekhemahan Kem Subjek ini.

Disamping belajar, berkhemah murid-murid juga akan mengikuti Pertandingan Gubahan Makanan dan Malam Jalinan Puisi. Juga tidak ketinggalan murid-murid akan bersama-sama mendengar Santapan Rohani ( Tazkirah ) yang akan disampaikan oleh ustaz-ustaz SK Keratong 6 ini. Semuanya ini adalah bekalan di masa hadapan untuk semua murid yang akan meningkat dewasa kelak.

Salam untuk semua....................

Sunday, June 28, 2009

Tahniah lagi

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kemenangannya di dalam Kejohanan Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold 2009 dengan menewaskan pemain dari Negara China Chen Long dengan 21-16 dan 21-9. Memang menarik kemenangan tersebut untuk diperkatakan terutamanya di set yang kedua yang mana setelah melihat keadaan Chen Long yang tinggi menyebabkan Datuk Lee Chong Wei mengubah permainan dijaring serta tidak membenarkan Chen Long melakukan serangan 'smash' kepadanya.

Lagi satu yang menariknya smashing yang dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei benar-benar membezakan permainannya yang bertaraf elit dunia. Kemampuan yang hampir sama dengan kemenangan tempoh hari di Terbuka Indonesia dengan mengalahkan Taufik Hidayat peserta tuan rumah.

Namun begitu permainan yang ditunjukkan oleh beregu utama dunia Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui amat mengecewakan dan berbeza apabila tewas straight set kepada pasangan bukan pilihan dari Negara China Ma Jin dan Wang Xiaoli 21-9 dan 21-11. Mereka berdua tidak dapat meneruskan momentom kemenangan di Terbuka Indonesia tidak dapat diteruskan di kejohanan ini. Permainan yang memang bagus dahulu tidak dapat dijelmakan pada hari ini. Walau apa pun tahniah juga diucapkan kepadanya.

Perbezaan yang ketara jagoan beregu negara tidak dapat dibendung oleh pemain Persatuan Raket Kuala Lumpur iaitu Gan Teik Chai dan Tan Bin Shen terhadap Tan Boon Heong dan Koo Kein Keat dengan kekalahan 11-21 dan 13-21. Perbezaan yang ketara ini sebenarnya satu masalah bagi Negara Malaysia dalam mencari pelapis pemain yang sama taraf permainannya.

Walau apapun diperkatakan pada pertandingan akhir pada hari ini negara China telah memenangi 3 kejuaraan sementara Malaysia dengan 2 kejuaraan. Apa yang pasti ialah semua pemain petang tadi semuanya berbangsa Cina iaitu Cina dari Malaysia dan Cina dari Tembok Besar China.

Secara keseluruhannya saya amat terhibur dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh semua pemain pada petang tadi terutamanya Datuk Lee Chong Wei. Tahniah sekali lagi.

Sekarang masih lagi melayan tv melihat Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 antara Sepanyol dengan Afrika Selatan. Gol-gol di saat akhir menyebabkan senarai utama dunia bola sepak iaitu Sepanyol hampir dikalahkan sekali lagi. Entah le pagi ni nak tengok lagi atau tidak perlawanan akhir antara Brazil dengan USA....saya belum pasti lagi.....macam dah tau aje keputusannya kecuali USA mengulangi kemenangan dramatik sekali lagi ke atas Brazil kali ini.

Salam untuk semua..............

Saturday, June 27, 2009

Kem Bestari Solat

Hari Sabtu ni kebanyakan sekolah mengadakan hari sekolah bagi mengganti cuti yang akan diambil pada hari Raya Aidil Fitri nanti. Walaupun masih jauh lagi tarikhnya...maklumlah baru masuk bulan Rejab namun kebanyakan sekolah telah pun menggantikannya. Ini adalah memberikan warga sekolah mendapat cuti istirehat yang agak panjang apabila berhari raya nanti. Memang boleh dikatakan di seluruh Malaysia kini sambutan Hari Raya Aidil Fitri lebih meriah daripada Hari Aidil Adha.........stop...bukan nak cerita yang ni...lah wei....

Hari ini di sekolah telah diadakan Kem Bestari Solat anjuran j-QAF siri 2 tahun 2009 ni. Sekolah kami tidak mengadakan sekolah berganti kerana sekolah telah menggantikannya terlebih dahulu daripada hari ini. Jadi dapatlah diadakan Kem Bestari Solat pada hari ini. Dengan bantuan dan sokongan daripada guru-guru akademik biasa ianya dapat dijalankan dengan jaya dan muafakatnya.

Kem Bestari Solat ini juga bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada semua murid yang terlibat dengan j-QAF berkenaan amali wudhuk dan amali solat. Semoga dengan kem sebegini ianya memberikan ingatan dan pengukuhan yang kuat kepada semua murid yang terlibat.


# pendaftaran sebahagian peserta Kem Bestari Solat




# sebahagian daripada kumpulan halaqah Kem Bestari Solat
# murid-murid belajar mengambil wudhuk

# murid-murid belajar amali solat

Semoga dengan Kem Bestari Solat ini memberi impak yang berguna kepada semua murid yang telah mengikutinya. Ini disebabkan sebahagian murid tidak menghadiri kem yang diadakan pada hari ini disebabkan hari ini adalah cuti sekolah. Kegagalan untuk hadir memungkin murid-murid ini memungkinkan mereka tidak berupaya untuk memahami cara yang betul berkaitan dengan amali wudhuk dan amali solat.

Salam untuk semua.............


Thursday, June 25, 2009

Pemanasan kereta

Semua orang kene baca artikel ni berkaitan dengan pemanasan kereta sebelum memulakan perjalanan harian. Memang saya pun kebiasaannya akan memanaskan enjin kereta di waktu pagi terutamanya.........

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=729

Lagu menarik untuk semua orang mengenai Mat Rempit.....nyanyian dari dialek Hulu Terengganu. Dulu masa belajar di MPKTBR dulu pernah le saya ke Hulu Terengganu berjumpa dengan bapak saudara sebelah isteri yang menginap di sana. Memang betul le.....orang ulu bercakap...saya pun kurang memahami ulas butir percakapan sekiranya mereka ni bercakap tanpa non stop. Terutama isteri bapa saudara tu yang memang bersal dari sebelah situ ( Hulu Terengganu ). Sama le jugak dengan orang Pahang yang duduk di kawasan ulu.....kalau pernah bercakap pastinya saya jugak tidak mengetahuinya.........

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=746

Salam untuk semua.............

Belum pasti

Hari ni pepagi lagi saya ke Hospital Muadzam Shah untuk temujanji dengan x-ray. Setelah menghantar anak ke sekolah berehat sebentar di rumah sebelum terus ke Muadzam Shah. Apabila sampai di Hospital Muadzam Shah memang agak terperanjat melihatkan ramainya pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Kelihatan ramai pelajar-pelajar sekolah berhampiran, pelatih PLKN dan juga orang-orang tua di Hospital Muadzam Shah. Sangka saya .....sayalah orang terawal sampai di hospital. Ini memandangkan Hospital Muadzam Shah bukanlah hospital yang menjadi tumpuan ramai orang...rupa-rupanya saya tersilap. Saya datang dari jauh sedangkan orang berhampiran dengan hospital boleh sampai dalam masa 2 - 3 minit sahaja.

Setelah dix-ray saya terus masuk ke bilik rawatan untuk mendapatkan penjelasan tentang x-ray tersebut. Doktor Azni yang muda tu mendapatkan pandangan rakan sejawatnya terlebih dahulu bagi mempastikan kesahihan x-ray tersebut. setelah itu barulah doktor mengesahkan kemungkinan besar apa yang kelihatan pada filem x-ray tu adalah ketulan batu karang yang terdapat di dalam pundi kencing. Namun begitu doktor belum mempastikan secara bersungguh dan menyarankan agar saya ke Kuantan pula untuk rawatan selanjutnya nanti. Pegh..........pakar pulak kali ni dan kena check saya.......... Namun begitu saya redha dengan keputusan tersebut disebabkan kebiasaannya terlalu suka meminum air manis.....taubat lada lepas nih...

Setelah mendapatkan keputusan tersebut saya terus ke kantin Hospital Muadzam Shah bagi mengisi perut yang sedari semalam tidak boleh makan untuk x-ray pada hari ini. Setelah selesai makan terus ke kereta untuk pulang ke rumah namun barulah saya teringat untuk mendapatkan ubatan terlebih dahulu. Nasib baik tak keluar dari hospital lagi....apa le nyanyuk lupa sangat nih........

Salam untuk semua.........

Tuesday, June 23, 2009

Nasib baik

Setelah bertanya dengan rakan-rakan yang agak mahir berkaitan dengan komputer saya mendapatkan dua keputusan berkenaan dengan labtop saya yang meragam di saat-saat memang memerlukannya. Pilihan pertama check n detect bahagian keypad dan control panel dan pilihan yang kedua format semula.

Setelah mencuba untuk membuat pilihan pertama dengan kepakaran yang ada ianya masih tidak dapat diselesaikan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjadi pilihan yang kedua tetapi berisiko sama ada labtop ini pulih seperti sediakala atau perlu ditongsampahkan sebahagian part-part yang rosak.


Setelah melakukan formating dan installation windows perkara pertama yang saya buka ialah notepad. Setelah berkali-kali menekan button yang telah tersilap tafsir apa yang ditekan maka jawapannya positif.....................aku berjaya akhirnya.

Kesabaran menempuh dilema ini walaupun sekejap tetapi memikirkan penggunaan labtop ini amat penting bagi saya ianya sungguh-sungguh menduka fikiran dan akal. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak akhirnya. Ada seorang kawan akan menghantar kepada saya, labtopnya yang serupa masalah yang telah saya dihadapi. "Kalau kau boleh baiki esok aku bawak aku punya pulak", kata kawan saya tu.....

Sehingga posting ini ditulis saya masih masih lagi menginstall beberapa software di dalam labtop ini. Lega......barulah boleh ...............ZZZZZZZZZZZZZZZZZ.

Salam untuk semua...................

Mujur

Semalam cadangan untuk berjaga untuk melihat perlawanan bolasepak antara Mesir dengan USA dalam Piala Konfederasi FIFA 2009 tidak menjadi kenyataan. Harapan untuk melihat Negara Mesir ke separuh akhir berkecai jua akhirnya dengan persembahan yang longlai apabila bertemu USA. Itu pun tengok sedikit daripaya ulangan perlawanan.......mujur....mujur...

Itulah bola....bulat, hanya ketepatan, kesungguhan dan berjaya mencipta kemenagan sahaja yang memastikan sebuah pasukan bolasepak berjaya. Persembahan menakjubkan tewas dengan Brazil di saat akhir dan menang dengan juara dunia 2006 Italy namun akhirnya......tewas juga dengan pasukan yang telah ditewaskan oleh pasukan Brazil dan Italy iaitu USA....itulah bolasepak.

Namun begitu semangat yang ditunjukkan oleh pemain Mesir harus dan wajib menjadi ikutan kepada semua pemain bolasepak khasnya pemain bolasepak negara kita Malaysia yang tercinta.

Salam untuk semua...............

Sunday, June 21, 2009

Apa ni..........

Dari semalam sebenarnya labtop telah diserang virus yang telah menukarkan bebrapa huruf kepada angka. Hendak menulis di blog dan chating semlam pun terpaksa gunakan keyboard external. Sudahlah pc yang ada tidak dapat berfungsi baru-baru ni.......labtop pulak jadi sasaran.

Nasib apa yang melanda......assingment perlu disiapkan tetapi keadaan semacam ini membuatkan aku juga rungsing memikirkannya. Walaupun aku mengetahui serba sedikit berkaitan dengan pembaikpulih komputer namun di sini alat gantinya agak mahal berbanding dengan tempat tinggal dahulu.

Esoklah punya cerita bagaimana yang sepatutnya dilakukan pada labtopku ini. Biar bertanya-tanya terlibih dahulu kepada yang lebih pakar semula kerja-kerja pembaikpulihan dilakukan.

Cadangannya nak juga melihat pertembungan klasik antara Brazil bertemu Itali pada Piala Konfederasi FIFA 2009 pada pagi nanti tapi bimbang esok bila bertugas mulalah nak...........zzzzzzzzzzzzz. Tengoklah bagaimana nanti......tapi yang pasti berasa seronok melihat pemain bolasepak Negara Mesir berjaya menewaskan Italy dengan 1 - 0 tempohari. Walaupun diserang hebat pada segenap sudut namun peman Mesir berjaya menyerap serangan yang bertali arus itu. Bila negaraku tercinta Malaysia boleh sampai ke tahap sebegitu.....?????? Harapan dan doa aje tidak mencukupi namun yang pasti bolasepak negara Malaysia semakin hari menurun rankingnya dalam senara FIFA di kalangan negara-negara Asean.

Salam untuk semua...............

Tahniah

Semua peminat badminton negara pastinya berasa gembira dengan kemenangan pasangan beregu wanita negara yang juga beregu nombor satu dunia iaitu Chin Eei Hui & Wong Pei Tty serta perseorangan nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang telah memenangi kejuaraan Super Series Terbuka Indonesia dalam kategori masing-masing.

Saya juga meras terhibur melihat perlawanan akhir pada petang tadi dan ianya memang permainan kelas dunia yang ditunjukkan oleh semua pemain terutamanya perlawanan beregu lelaki. Cukup....cukup terhibur......kalau ada di Stadium Bung Karno rasanya hilang suara yang ada nih........

Memang menyeronokkan apabila melihat perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi namun ketiadaan elektrik menyebabkan keseronokan tersebut hampir tergendala. Maklumlah sebagai peminat dan juga rakyat Malaysia pastinya bangga dengan kejayaan tersebut.

Sekalung tahniah kepada mereka bertiga di atas kejayaan tersebut. Alangkah menariknya jika pasangan beregu negara Tan Bong Heong dan Koo Kein Keat yang tewas pada saingan separuh akhir semalam dapat bermain pada hari ini. namun apakan daya semuanya telah ditentukan.

Namun apa yang membimbangkan bagi peminat badminton negara ialah ketiadaan pengganti atau pelapis bagi meneruskan kelangsungan perjuangan badminton di mata dunia. Dengan hanya mengharapkan barisan yang ada sekarang ianya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja lagi. Untuk melihat Piala Thomas kembali ke bumi Malaysia nampaknya perlu kepada usaha yang lebih keras daripada pemain negara dan ianya tidak mustahil dapat dilakukan oleh pemain negara buat masa kini. Namun bagi Piala Uber pula nampaknya kena menunggu entah berapa tahun lagilah rakyat Malaysia hendak melihat kejayaan tersebut.

Tahniah untuk semua..........

Entahlah..............

Cadangannye cuti ni mahu menyiapkan assingment namun begitu beberapa program lain pula dibuat. Tak tahu le nak kata............cuti aje penuh dengan aktiviti.........bila le nak siap assingment nih..

Memang memenatkan sekiranya menunggu di saat akhir jika mahu menyiapkannya. Namun begitu semua pesiapan k araah itu telah disedikan dan difikirkan dengan baik agar tepat pada masanya nanti...assingment tersebut siap akhirnya.

Nak menulis di blog nih pun dah agak malas disebabkan signal yang dipaparkan hanya EDGE aje...bila Celcom nih nak coverage sepenuhnya 3G. Nasib baik dapat EDGE kalau GPRS aku pulangkan simcard broadband nihhh......

Salam untuk semua............

Wednesday, June 17, 2009

Dugaan

Setelah 2 minggu bercuti panjang dan menjalankan aktiviti di masa cuti datang dugaan untuk memulakan semula sesi persekolahan. Memang agak menduga perasaan setelah lama bercuti. Masa untuk menulis pun agak terbatas dengan keadaan yang amat meletihkan. Inilah dugaan untuk semua blogger bagi meng'update' blog pada setiap masa......Ada antara blogger yang terus tidak lagi menulis kerana kesuntukan masa bercampur dengan M...........

Pada kesempatan ini posting tentang program mencandat tempohari berhampiran dengan Pulau Kapas, Terengganu. Memang mengasyikkan dan menyeronokkan...........

# Deretan bot yang mengambil pencandat di LKIM Chendering

# Rakan seperjuangan yang bersama-sama ingin mendapat mabuk percuma

# Tambahan anak buahku yang mengikuti xpdc mencandat kali ni........

# Tengah memasang peralatan untuk mencandat


# Tangkapan pertama yang memang mengujakan...besooo.....


# Terkena angin dan bayu laut yang melenakan....mabuk free

Namun pada sesi mencandat tahun ini pulangannya agak berkurangan berbanding tahun lepas. Kurang rezeki kali ni....x pe tahun depan aku datang lagi..... namun yang pasti mencandat sotong di sini akan menjadi satu agenda tetap pada setiap tahun kalau kesihatan mengizinkan....Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan.

# Sempat menyinggah di Masjid Terapung Kuala Ibai sebelum bertolak balik

Salam untuk semua.............

Saturday, June 13, 2009

Keletihan

Baru malam ni balik ke rumah setelah menghabiskan cuti bersama dengan 2 orang anak tanpa isteri mengikuti bersama. Hari ni pula ke Segamat untuk mendapatkan keperluan harian....berjalan lagi...Esok pula jam 5 pagi nak ke Batu Pahat pula untuk belajar sehingga petang....memang meletihkan. Nasib baik kesihatan masih mengizinkan.

Belum kesempatan untuk posting cerita mencandat tempohari....lain kali selepas ini nampaknya. Walaupun keletihan namun hati berasa puas dengan aktiviti yang telah dapat dilakukan. Malam ini nak beradu awal sikit dari kebiasaan..........zzzzz

Salam untuk semua..........

Wednesday, June 10, 2009

Tercapai

Setelah memulakan perjalanan selama 5 jam akhirnya kami sampai ke Terengganu pada jam 4.00 petang. Namun ada benda yang tertinggal iaitu umpan "tapa kemboja" yang telah dipesan oleh member di sini. Memang sebelum bertolak tu dah terpandang bekas mengisi umpan tersebut tapi tidak tergerak hati untuk mengambilnya....bimbang jugak habis wangi kereta.

Apabila sampai sahaja kami terus naik ke Pasar Payang iaitu antara syurga membeli belah ketika melawat Terengganu. Beberapa barangan dicapai bagi membeli hati orang yang ditinggalkan selama beberapa hari ini sekira tujuan asal kurang memberangsangkan. Politik kena ada. Setelah itu kami ke kawasan tapak ekspo berhampiran dengan perhentian bas lam......wah lebih daripada ekspo tahun lepas nampak. Ada le saudara tu mengatakan...asyik2 ekspo...pesta bagi melalikan rakyat Terengganu daripada apa yang dah berlaku iaitu kemelut politik yang hangat sekarang ni....Allahu A'lam...

Setelah berjumpa dengan rakan di tapak ekspo kami bergerak ke rumah tumpangan yang special untuk berehat sebentar. Sebelah malamnya kami keluar lagi untuk makan malam dan seterusnya bersiar-siar di Pantai Batu Buruk. Walaupun bukan malam percutian namun orang tetap ramai walaupun jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Bandarayalah katakan.................

Petang nanti ekspedisi mabuk laut akan dilancarkan namun persediaan mengatasinya telah dibuat. Tak taulah nasib kali ini...namun pada eksoedisi terdahulu tiada berlaku perkara sedemikian.

Salam untuk semua............

Monday, June 8, 2009

Tiada rezeki

Setelah 2 kali mencuba dengan umpan 'tapa kemboja' di Sungai Jengka nampaknya tidak mendatangkan hasil. Walaupun ianya tidak pernah mengecewakan saya di sungai-sungai kecil yang pernah dihulurkan joran. Entah kenapa di Sungai Jengka ni ...baungnya tidak mahu menjamah umpan yang yang enak lagi wangi ini.

Mungkin juga air sungai yang semakin sedikit ekoran tidak kehujanan di sini yang menyebabkan iakan baungnya menyorok di lubang-lubangnya. Mungkin di lain kali pula akan dipastikan saya memperolehi hasil yang lumayan. Tapi musim cuti yang semakin ke penghujungnya menyebabkan peluang di musim cuti tidak dapat dilaksanakan. Esok pula mahu ke Terengganu melawat tempat yang pernah dihuni selama setahun kerana mengikuti kursus di MPKTBR dulu. Agenda setiap tahun bertandang ke Terengganu untuk mencandat sotong pasti tidak akan ditinggalkan di samping berjumpa dengan kengkawan lama di sana.

Ada kawan yang menawarkan hotel di rumahnya untuk saya bertandang ke sana. Begitulah kebaikkan yang ditawarkan walaupun tidak berjumpa selama 4 - 5 tahun. Itu belum lagi yang berada di serata pelusuk Semenanjung Malaysia yang memang jarang diketemukan kecuali SMS sebagai penghubung silaturrahim antara kami. Harapan agar perhubungan ini terus akrab dan mesra sepanjang masa.

Salam untuk semua...........

Sunday, June 7, 2009

Perjalanan

Setelah pulang ke Jengka tempoh hari saya terus ke Kuantan pula pada malamnya bersama-sama dengan ibu dan abang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Ibu menyatakan perasaan yang tidak seronok apabila menghadiri kenduri kahwin keluarga apabila hanya datang pada hari kendurinya sahaja...tak dapat menolong sikit pun. Biarlah menunjukkan muka terlebih dahulu bukan hanya hari kenduri. Walaupun sudah berusia lebih 70 tahun namun ibuku tetap atau masih mahu melakukan kerja-kerja "kendarat" ni.

Walaupun sudah agak lewat sampai namun ianya tidak menjadi masalah kerana masih ramai yang berada di rumah bapa saudara saya maklumlah kenduri kahwin. Setelah beramah mesra dan tidak ada lagi kerja-kerja yang hendak dibuat saya bersama abang saya sempat melepaskan gian untuk membalingkan joran ke sungai yang berhampiran......he he sempat....joran memang standby dalam "bonet" kereta.

# Moga kekal ke akhir hayat - pasangan pengantin Safwan & Maisarah semasa makan beradab


# Bersama ibubapa pengantin

Alhamdulillah cuaca hari kenduri ini memang baik dari semalamnya hingga selesai kenduri. Namun apa yang menariknya ialah pertemuan dengan abang kepada pengantin yang langsung saya sudah tidak mengecam wajahnya......walaupun sepupu. Ini disebabkan jarang-jarang bertemu dan badannya yang semakin di "pam-pam" yang telah sedikit mengubah wajahnya.... dan apabila sudah dikurniakan isteri yang pandai menjaga makan minum...... apa kurangnya dengan saya ni..............

Akhir kami balik semula ke Jengka dan sampai jam 7.40 malam. Ini disebabkan saya terpaksa menjadi driver kepada abang dan kakak yang juga pergi menghadiri kenduri tersebut. Abang ipar saya mengalami pening kepala yang amat sangat dan muntah-muntah apabila memandu kereta. Nasib baik kami antara yang paling lambat bertolak balik.

Memang meletihkan dan memenatkan dengan acara yang sebegini namun ianya memang berbaloi dapat berjumpa dengan sanak-saudara....tetapi ramai anak saudara sepupu yang tidak dikenali namanya kerana masing-masing duduk berselerakan di bumi Malaysia ini.

Salam untuk semua.............

Thursday, June 4, 2009

Balik Kampung

Setelah berpindah rumah yang berdekatan dengan keluarga mertua ni.....sering kali kami balik kampung...he he.....sempena cuti sekolah ni. Tak kisah lah apa orang nak kata...tetapi kalau ada orang bertanya cuti tak balik kampung ke? Pastinya setiap masa kami balik kampung...

Line Celcom Broadband yang digunakan semenjak 3 bulan yang lalu telah dimanfaatkan dengan baiknya. Walaupun line hanya memaparkan signal EDGE sahaja ianya sudah memadai daripada GPRS. Tetapi sejak 2 minggu ni sekali-sekala line kat sini telah menunjukkan peningkatan iatu 3G dan kekadang HSDPA. Kalau betul line ini telah dipertingkatkan, makanya saya dengan sayugianya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Celcom dan mengharapkan semua tempat disediakan line yang sebegitu.

Masa balik ke Jengka tempoh hari, signalnya EDGE tetapi langsung tak boleh buka internet yang menyebabkan labtop hanya ditutup. Nasib baik balik hanya seketika, kalau lama....rugi wooiii...bayar saje kat Celcom ni.

Minggu depan sekali lagi balik ke Jengka kerana hujung minggu ni ada sepupu mengadakan majlis Walimatul Urusnya di Kuantan pada 6 Jun ini. Lepas tu ada projek mencandat sotong pula di Terengganu. Harapannya semoga cuaca membenarkan trip mencandat tahun ini dan juga semoga tahun lebih banyak dapat hasilnya daripada tahun lepas. Trip ini akan menjadi satu aktiviti tahunan bagi saya disamping boleh bertemu dan berjumpa dengan kengkawan lama di sana. Semoga persahabatan semasa dipertemukan di MPKTBR tetap utuh dan kukuh sepanjang masa.

Salam untuk semua..........

Kesihatan

Memang tidak dinafikan wang merupakan punca segalanya, namun begitu kesihatan dan nyawa tidak dapat dibeli dengan wang. Walaupun wang berjuta sekali pun...kesihatan adalah anugerah ALLAH yang tidak terhingga hebatnya.

Hari ini saya telah pergi membuat pemeriksaan lanjutan ke Hospital Muadzam Shah bagi memastikan kesihatan diri terus berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya telah diberitahu kemungkinan-kemungkinan yang berlaku setelah diperiksa. Sama ada seperti yang dijangka iaitu batu karang ataupun jangkitan kuman di saluran kencing. Saya juga dikehendaki membuat ujian x-ray pada penghujung bulan ini bagi mempastikan keadaan yang sebenar. Itulah yang saya kehendaki sejak dari dulu lagi semenjak saya menderita kesakitan pinggang 2 - 3 tahun kebelakangan ini.

Tahun ini sahaja sudah 2 kali menderita akibat penyakit tersebut. Walaupun ianya berkurangan setelah mendapatkan ubatan namun penyakit tersebut berulang lagi di lain masa. Saya juga pasrah dengan usia yang semakin meningkat walaupun muka masih " mengancam " perasan je...... salah satu nikmat ALLAH terhadap saya telah ditarik balik.....

Harapan untuk sembuh tetap ada namun biarlah usaha, doa dan tawakkal menjadi penentunya.....

Salam untuk semua........