Friday, August 21, 2009

Solat Terawih

Petang selepas menyelesaikan beberapa urusan barulah pulang ke rumah mak mertua yang berdekatan dengan rumah kediaman. Memang mak mertua selalu menyuruh kami sekeluarga balik ke rumahnya...........itu yang dah duduk dekat.....kalau jauh terus x berapa nak bagi balik. Mungkin keriuhan di rumah menyebabkan mak mertua menginginkan kami berada selalu di rumahnya. Maklumlah di rumah tu hanya tinggal bertiga aje..........

Malamnya selepas menunaikan solat isyak diteruskan dengan solat sunat terawih dan membaca Al-Quran. Di sini memang semenjak dahulu lagi sembahyang Terawih akan dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja. Namun ia menarik ramai orang yang mahu mengikutinya.

Walaupun hari pertama solat Terawih sekiranya dilakukan sebanyak 20 rakaat sudah pasti ianya akan berkurangan saban hari makmumnya. Entahlah nak kata malas memang pun tetapi yang sedih bertelagah mengenai bilangan rakaatnya untuk dikerjakan. Memang kalau bab mengerjakan perintah Allah ni orang ramai akan berkira sedikit..............tapi kalau berhibur atau perkara yang menyedapkan hati boleh tunggu 3 - 4 jam dan mungkin lebih lagi. Itulah jenis manusia akhir zaman................

Bagi mereka yang membanyakkan amalan sunatnya di bulan Ramadhan Al-Mubarak maka akan dilipatgandakan pahala mereka. Kita bukan sahaja disuruh berpuasa semata-mata tetapi banyak lagi amalan lain yang perlu dilakukan bagi menambahkan pahala berpuasa termasuklah solat Terawikh. Jadi janganlah berkira atau bertelagah berapa banyak yang hendak kita buat tetapi menetapkan hati untuk terus melaksanakan sunnah Rasulullah tersebut.

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA KITA MENDAPAT LIMPAHAN RAHMAT DAN NIKMAT DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK INI

Klik untuk link tersebut .......

http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tarawih


Salam untuk semua............

No comments:

Post a Comment