Sunday, August 16, 2009

Hebat

Setelah pulang dari UTHM sempat lagi menonton aksi hebat beregu lelaki yang menemukan pasangan dari Tembok Besar China iaitu Cai Yun dan Fu Haifeng bertemu pasangan negara Republik Korea Selatan iaitu Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung. Kemenangan berpihak kepada pasangan beregu dari Negara China dengan 21-18, 16 - 21 dan 28 - 26. Memang memukau setiap yang melihat atau menyaksikan perlawanan hebat ini terutama pada set yang ketiga yang asyik bertukar-tukar servis dan mata. Setelah beberapa kali di mata akhir bagi kedua-dua pasangan namun pasangan dari Negara China lebih bernasib baik.

Namun begitu sedikit sedih apabila apabila kedua-dua pasangan beregu negara gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir pada hari ini. Walaupun percubaan dan tentangan yang hebat telah diberikan pada perlawanan separuh akhir semalam namun ianya tidak cukup dan memadai untuk pasangan beregu ke perlawanan akhir. Mungkin dua tahun akan datang pula barulah ada pemain badminton Malaysia yang akan beraksi di perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF seperti hari ini. Harapan tetap menggunung bagi rakyat Malaysia yang inginkan satu atau beberapa kejuaraan pada Kejohanan Dunia dimiliki oleh pemain Malaysia.

Memang berpuas hati melihat perlawanan akhir tersebut walaupun bukan pemain Malaysia yang bertanding pada perlawanan akhir tersebut. Debaran tetap ada dengan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan beregu ini amat-amat teruja.

Salam untuk semua...........

No comments:

Post a Comment