Thursday, August 6, 2009

Kecoh

Hari ini kecoh dengan berita H1N1 di sekolah kerana terdapat sebilangan guru yang mempunyai anak yang belajar di sekolah yang berasrama terpaksa direhatkan atau dicutikan pembelajaran serta balik ke rumah masing-masing. Memang menjadi ketakutan terhadap penularan yang begitu hebat ini. Walaupun di kawasan Felda Keratong sama ada Bandar Tun Razak, Chanis atau Perantau Damai masih lagi dikatakan aman dan damai daripada penyakit tersebut namun Bandar Muadzam Shah sudah terdapat kes penyakit tersebut. Ini menyebabkan beberapa sekolah dan tempat yang dikatakan terpaksa ditutup kerana penularan penyakit H1N1 tersebut.

Diberitakan MRSM Muadzam Shah sudah 4 hari ditutupi manakala SMKA Pahang, UNITEN dan pusat PLKN Pinggir Pelangi telah juga diarahkan tutup bagi mengelakkan pelajar lain terjejas kerana penyakit tersebut.

Setelah pulang dari sekolah kelihatan satu banner iaitu ASTRO Gempak Desa yang menganjurkan satu perjumpaan dengan masyarakat di Mukim Keratong ini. Bertempat di Padang Awam Bandar Tun Razak berhadapan dengan Balai Polis Bandar Tun Razak. Pastinya menarik kerana jarang-jarang diadakan diadakan di kawasan pedalaman seperti ini. Aku pun teruja untuk pergi bagi menanyakan beberapa soalan tentang harga yang dikatakan akan dinaikkan bagi pemilik ASTRO.

Sampai di rumah pun anak2 pun beriya-iya benar bertanyakan akan kehadiran pihak ASTRO di Bandar Tun Razak ini. Namun jawapan ringkas ialah ianya amat merbahaya bagi kanak-kanak yang lebih mudah terdedah kepada penularan H1N1 nanti. Bukan x bagi pergi tetapi kesihatan adalah amat diperlukan.

Hari ini juga anak sulungku dipaksa balik ke rumah daripada menghadiri tuisyen STF yang dijalankan di sekolah. Gurunya menasihatkan supaya dibawa ke klinik bagi memastikan demam yang dihadapi. Memang kebetulan hari ini memang mahu ke klinik kerana pemeriksaan bulanan anak kecil kami. Alhamdulillah bila diberitahu demam yang dihadapi anak sulung bukannya simptom H1N1 namun begitu pegawai perubatan menasihatkan agar membawa semula anakku sekiranya demamnya semakin teruk.

Malamnya melalui berita telah disahkan bahawa Negeri Pahang telah menerima kematian pertama akibat penyakit H1N1. Sungguh merbahaya dan mengerikan bala ini .................Ya Allah lindungilah kami semua daripada penyalit H1N1 ini.....

Salam untuk semua................

No comments:

Post a Comment