Sunday, August 16, 2009

Semangat patriotik dan H1N1

Hari ini saya ke UTHM, Batu Pahat bagi mengahdapi peperiksaan OUM bagi kertas pertama dan akan berakhir pada hari Khamis nanti. Apa yang ingin diperkatakan ialah semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Sepanjang perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Batu Pahat kelihat hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan masing-masing. Ianya boleh dikira dengan jari sahaja. Walaupun ada beberapa hari lagi sebelum pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52 namun ramai di antara menteri di Malaysia menyarankan pemasangan bendera pada tempat-tempat strategik dan kenderaan.

Apakah rakyat Malaysia kini sudah tiada semangat patriotik terhadap negara sendiri???? Atau apakah hanya ingin menunggu yang free sahaja barulah mahu memasangnya di kenderaan masing-masing. Saya pula mempunyai sejarah tersendiri mengenai pemasangan bendera ini. Sewaktu bertugas di Kota Tinggi dahulu seingatnya sepanjang sebualan pelancaran bulan kemerdekaan saya dengan beberapa rakan akan memasang bendera besar di atas bonet hadapan kereta. Perasaan bangga dengan pemasangan bendera tersebut kerana begitu ramai yang berbuat begitu. Sehingga hari ini bendera tersebut masih tersimpan di dalam almari sebagai tanda bangga dengannya.

Setelah berpindah tempat kerja di daerah Segamat saya masih meneruskan pemasangan bendera kecil di dalam dan di luar kereta. Malu pulak rasanya ingin memasang bendera besar seperti kebiasaan kerana tiada orang lain yang berbuat sebegitu. Apatah lagi melihatkan seorang rakan yang sentiasa berjuang bersama para pimpinan negara tidak memasang satu pun bendera pada kenderaannya. Jadi ini menyebabkan perasaan ingin bendera pada kenderaan setiap kali musim perayaan Hari Kemerdekaan sudah luntur. Kalau dapat yang free pun belum tentu ingin memasangnya lagi. Apakah ramai orang seperti saya ????? Atau semangat untuknya belum tiba lagi..............

Sewaktu perjalanan balik sempat pula singgah di beberapa buah pasaraya namun gula yang dicari tidak dapat dimilikki walaupun sekilo!!!! Gawat gula betul jadinya..................berhenti minum pun, air yang dipesan pun kurang manis. Namun apa yang mengundang mata ini untuk memerhati dan melihat khalayak ramai ialah mengenai saranan kerajaan agar pemakaian tutup mulut atau mask bagi mengelakkan penularan dan jangkitan H1N1. Ramai yang patuh tentang pemakaian mask tersebut apabila berada di tempat awam.

Namun begitu Allah s.w.t telah mengutuskan Rasulallah s.a.w bagi mengingatkan semua orang Islam dan yang mengaku beriman kepada Allah tentang pemakaian tutup kepala atau tudung bagi orang perempuan. Penutupan aurat ini telah pun diajarkan kepada umat Islam agar tidak dikenakan seksa di akhirat kelak. Mungkin balasan Allah ini tidak dilihatkan semasa di dunia ini maka ramailah antara umat Islam yang ingkar melaksanakannya. Hanya disebabkan penularan H1N1 ini ,ramai pula di kalangan umat Islam yang patuh terhadap saranan pemakaian mask ini kerana seksa di dunia ini telah diperlihatkan dengan pertambahan kematian akibat H1N1. Inilah perbezaan kesungguhan manusia terhadap saranan sesama manusia dan gesaan yang datangnya daripada Allah s.w.t.

Renung dan hayati bersama sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan menjelma.................

Salam untuk semua...................

No comments:

Post a Comment