Sunday, August 9, 2009

Cabutan bertuah

Malamnya aku ke Padang Awam Bandar Tun Razak bagi melihat dan mendengar program Ceramah Perdana yang diadakan di situ. Walaupun agak pusing kepala kerana sakit kepala yang tidak kebah lagi.

Dua ahli panel iaitu kedua-dua adalah YB Luit ( Bekas Pegawai Agama Daerah Maran ) dan Brig. Jen. KAGAT dan pengerusi majlisnya ialah sahabat saya Ustaz Adnan bin Mamat, Pegawai Agama Daerah Rompin. Memang meriah dengan kehadiran begitu ramai masyarakat Keratong berhimpun di Padang Awam Bandar Tun Razak untuk bersama-sama mendapatkan ilmu kerohanian yang dibincangkan dalam Ceramah Perdana tersebut.

Perbincangan bertajuk " Ramadhan Dinanti Pemergiannya Ditangisi ". Memang banyak input2 ilmu yang berguna sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan datang. Marhaban Ya Ramadhan.................. Arahan Pejabat Agama Negeri Pahang tahun ini mengarahkan semua masjid dan surau di dalam Negeri Pahang supaya mengadakan atau melakukan solat Terawih sebanyak 20 rakaat juga diberiatahu. Namun apa yang menarik perhatian pada salah satu kata ahli panel ialah......inilah kali pertama datang berforum atau berceramah yang terpaksa turun naik pentas utama kerana memberi lalui kepada acara lain yang juga turut diadakan.

Rupa-rupanya ada umpan bagi meramaikan program Ceramah Perdana tersebut ialah jemputan kumpulan Saujana untuk menyampaikan alunan nasyid dan juga cabutan bertuah. Sehingga Ceramah Perdana selesai pun orang ramai masih tidak berganjak lagi kerana hadiah cabutan bertuah belum habis kesemuanya. Apabila dihentikan seketika untuk cabutan bertuah orang ramai mula berkerumun di pentas astaka ......mana le tau kot2 nombor naik????!!!!! Bila ceramah disambung semula ramai yang hadir mula mengosongkan tempat duduk dan bersantai-santai di gerai2 yang terdapat di situ. Walaupun bagi kaum perempuan nampaknya masih setia untuk mendengar celoteh dan nasihat berguna daripada penceramah.

Entahlah apa yang nak jadi kalau macam ni...........kena rasuah macam tu baru ramai orang datang. Mungkin juga keadaan dah berubah dan cabutan bertuah merupakan satu cara tarikan bagi aktiviti2 keagamaan masa kini. Atau ini adalah satu hadiah daripada Ahli Parlimen Rompin iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis ( JJ ) yang dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Salam untuk semua......................

No comments:

Post a Comment