Monday, June 8, 2009

Tiada rezeki

Setelah 2 kali mencuba dengan umpan 'tapa kemboja' di Sungai Jengka nampaknya tidak mendatangkan hasil. Walaupun ianya tidak pernah mengecewakan saya di sungai-sungai kecil yang pernah dihulurkan joran. Entah kenapa di Sungai Jengka ni ...baungnya tidak mahu menjamah umpan yang yang enak lagi wangi ini.

Mungkin juga air sungai yang semakin sedikit ekoran tidak kehujanan di sini yang menyebabkan iakan baungnya menyorok di lubang-lubangnya. Mungkin di lain kali pula akan dipastikan saya memperolehi hasil yang lumayan. Tapi musim cuti yang semakin ke penghujungnya menyebabkan peluang di musim cuti tidak dapat dilaksanakan. Esok pula mahu ke Terengganu melawat tempat yang pernah dihuni selama setahun kerana mengikuti kursus di MPKTBR dulu. Agenda setiap tahun bertandang ke Terengganu untuk mencandat sotong pasti tidak akan ditinggalkan di samping berjumpa dengan kengkawan lama di sana.

Ada kawan yang menawarkan hotel di rumahnya untuk saya bertandang ke sana. Begitulah kebaikkan yang ditawarkan walaupun tidak berjumpa selama 4 - 5 tahun. Itu belum lagi yang berada di serata pelusuk Semenanjung Malaysia yang memang jarang diketemukan kecuali SMS sebagai penghubung silaturrahim antara kami. Harapan agar perhubungan ini terus akrab dan mesra sepanjang masa.

Salam untuk semua...........

No comments:

Post a Comment