Thursday, June 4, 2009

Kesihatan

Memang tidak dinafikan wang merupakan punca segalanya, namun begitu kesihatan dan nyawa tidak dapat dibeli dengan wang. Walaupun wang berjuta sekali pun...kesihatan adalah anugerah ALLAH yang tidak terhingga hebatnya.

Hari ini saya telah pergi membuat pemeriksaan lanjutan ke Hospital Muadzam Shah bagi memastikan kesihatan diri terus berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya telah diberitahu kemungkinan-kemungkinan yang berlaku setelah diperiksa. Sama ada seperti yang dijangka iaitu batu karang ataupun jangkitan kuman di saluran kencing. Saya juga dikehendaki membuat ujian x-ray pada penghujung bulan ini bagi mempastikan keadaan yang sebenar. Itulah yang saya kehendaki sejak dari dulu lagi semenjak saya menderita kesakitan pinggang 2 - 3 tahun kebelakangan ini.

Tahun ini sahaja sudah 2 kali menderita akibat penyakit tersebut. Walaupun ianya berkurangan setelah mendapatkan ubatan namun penyakit tersebut berulang lagi di lain masa. Saya juga pasrah dengan usia yang semakin meningkat walaupun muka masih " mengancam " perasan je...... salah satu nikmat ALLAH terhadap saya telah ditarik balik.....

Harapan untuk sembuh tetap ada namun biarlah usaha, doa dan tawakkal menjadi penentunya.....

Salam untuk semua........

No comments:

Post a Comment