Sunday, June 7, 2009

Perjalanan

Setelah pulang ke Jengka tempoh hari saya terus ke Kuantan pula pada malamnya bersama-sama dengan ibu dan abang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Ibu menyatakan perasaan yang tidak seronok apabila menghadiri kenduri kahwin keluarga apabila hanya datang pada hari kendurinya sahaja...tak dapat menolong sikit pun. Biarlah menunjukkan muka terlebih dahulu bukan hanya hari kenduri. Walaupun sudah berusia lebih 70 tahun namun ibuku tetap atau masih mahu melakukan kerja-kerja "kendarat" ni.

Walaupun sudah agak lewat sampai namun ianya tidak menjadi masalah kerana masih ramai yang berada di rumah bapa saudara saya maklumlah kenduri kahwin. Setelah beramah mesra dan tidak ada lagi kerja-kerja yang hendak dibuat saya bersama abang saya sempat melepaskan gian untuk membalingkan joran ke sungai yang berhampiran......he he sempat....joran memang standby dalam "bonet" kereta.

# Moga kekal ke akhir hayat - pasangan pengantin Safwan & Maisarah semasa makan beradab


# Bersama ibubapa pengantin

Alhamdulillah cuaca hari kenduri ini memang baik dari semalamnya hingga selesai kenduri. Namun apa yang menariknya ialah pertemuan dengan abang kepada pengantin yang langsung saya sudah tidak mengecam wajahnya......walaupun sepupu. Ini disebabkan jarang-jarang bertemu dan badannya yang semakin di "pam-pam" yang telah sedikit mengubah wajahnya.... dan apabila sudah dikurniakan isteri yang pandai menjaga makan minum...... apa kurangnya dengan saya ni..............

Akhir kami balik semula ke Jengka dan sampai jam 7.40 malam. Ini disebabkan saya terpaksa menjadi driver kepada abang dan kakak yang juga pergi menghadiri kenduri tersebut. Abang ipar saya mengalami pening kepala yang amat sangat dan muntah-muntah apabila memandu kereta. Nasib baik kami antara yang paling lambat bertolak balik.

Memang meletihkan dan memenatkan dengan acara yang sebegini namun ianya memang berbaloi dapat berjumpa dengan sanak-saudara....tetapi ramai anak saudara sepupu yang tidak dikenali namanya kerana masing-masing duduk berselerakan di bumi Malaysia ini.

Salam untuk semua.............

No comments:

Post a Comment