Monday, June 29, 2009

Kem Subjek UPSR SK Keratong 6

Pada hari ini SK Keratong 6 mengadakan Kem Subjek UPSR kali yang ke 2 tahun 2009 sehingga 1 Julai nanti. Kem Subjek ini adalah anjuran bersama dengan Pejabat Felda Keratong 6 yang telah menyumbangkan kewangan bagi menjayakan kem ini.

Setelah pendaftaran dan taklimat yang dilaksanakan selepas perhimpunan rasmi sekolah, murid-sekali lagi bergotong-royong bersama dengan guru untuk mendirikan khemah. Setelah selesai mendirikan khemah barulah semua murid memasuki dewan SK Keratong 6 untuk berada di dalam kumpulan yang ditetapkan bagi Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Hanya guru dari SK Keratong 6 yang mengendalikan LDK pada hari ini.


# Khemah yang telah pun didirikan






# semasa LDK di Dewan SK Keratong 6

Murid-murid dibenarkan pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum datang semula jam 2.15 petang bagi mendengar penceramah jemputan bagi Teknik enjawab Soalan Sains dan Matematik pada petang ini.

Semua guru di SK Keratong 6 diberikan tugas masing-masing untuk bersama-sama menjayakan Kem Subjek pada kali ini. Pada Kem Subjek yang pertama dulu hanya diadakan selama 2 hari tetapi kali ini ditambah 1 hari lagi memandangkan 2 hari adalah terlalu singkat untuk pekhemahan Kem Subjek ini.

Disamping belajar, berkhemah murid-murid juga akan mengikuti Pertandingan Gubahan Makanan dan Malam Jalinan Puisi. Juga tidak ketinggalan murid-murid akan bersama-sama mendengar Santapan Rohani ( Tazkirah ) yang akan disampaikan oleh ustaz-ustaz SK Keratong 6 ini. Semuanya ini adalah bekalan di masa hadapan untuk semua murid yang akan meningkat dewasa kelak.

Salam untuk semua....................

No comments:

Post a Comment