Sunday, June 21, 2009

Tahniah

Semua peminat badminton negara pastinya berasa gembira dengan kemenangan pasangan beregu wanita negara yang juga beregu nombor satu dunia iaitu Chin Eei Hui & Wong Pei Tty serta perseorangan nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang telah memenangi kejuaraan Super Series Terbuka Indonesia dalam kategori masing-masing.

Saya juga meras terhibur melihat perlawanan akhir pada petang tadi dan ianya memang permainan kelas dunia yang ditunjukkan oleh semua pemain terutamanya perlawanan beregu lelaki. Cukup....cukup terhibur......kalau ada di Stadium Bung Karno rasanya hilang suara yang ada nih........

Memang menyeronokkan apabila melihat perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi namun ketiadaan elektrik menyebabkan keseronokan tersebut hampir tergendala. Maklumlah sebagai peminat dan juga rakyat Malaysia pastinya bangga dengan kejayaan tersebut.

Sekalung tahniah kepada mereka bertiga di atas kejayaan tersebut. Alangkah menariknya jika pasangan beregu negara Tan Bong Heong dan Koo Kein Keat yang tewas pada saingan separuh akhir semalam dapat bermain pada hari ini. namun apakan daya semuanya telah ditentukan.

Namun apa yang membimbangkan bagi peminat badminton negara ialah ketiadaan pengganti atau pelapis bagi meneruskan kelangsungan perjuangan badminton di mata dunia. Dengan hanya mengharapkan barisan yang ada sekarang ianya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja lagi. Untuk melihat Piala Thomas kembali ke bumi Malaysia nampaknya perlu kepada usaha yang lebih keras daripada pemain negara dan ianya tidak mustahil dapat dilakukan oleh pemain negara buat masa kini. Namun bagi Piala Uber pula nampaknya kena menunggu entah berapa tahun lagilah rakyat Malaysia hendak melihat kejayaan tersebut.

Tahniah untuk semua..........

No comments:

Post a Comment