Wednesday, June 10, 2009

Tercapai

Setelah memulakan perjalanan selama 5 jam akhirnya kami sampai ke Terengganu pada jam 4.00 petang. Namun ada benda yang tertinggal iaitu umpan "tapa kemboja" yang telah dipesan oleh member di sini. Memang sebelum bertolak tu dah terpandang bekas mengisi umpan tersebut tapi tidak tergerak hati untuk mengambilnya....bimbang jugak habis wangi kereta.

Apabila sampai sahaja kami terus naik ke Pasar Payang iaitu antara syurga membeli belah ketika melawat Terengganu. Beberapa barangan dicapai bagi membeli hati orang yang ditinggalkan selama beberapa hari ini sekira tujuan asal kurang memberangsangkan. Politik kena ada. Setelah itu kami ke kawasan tapak ekspo berhampiran dengan perhentian bas lam......wah lebih daripada ekspo tahun lepas nampak. Ada le saudara tu mengatakan...asyik2 ekspo...pesta bagi melalikan rakyat Terengganu daripada apa yang dah berlaku iaitu kemelut politik yang hangat sekarang ni....Allahu A'lam...

Setelah berjumpa dengan rakan di tapak ekspo kami bergerak ke rumah tumpangan yang special untuk berehat sebentar. Sebelah malamnya kami keluar lagi untuk makan malam dan seterusnya bersiar-siar di Pantai Batu Buruk. Walaupun bukan malam percutian namun orang tetap ramai walaupun jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Bandarayalah katakan.................

Petang nanti ekspedisi mabuk laut akan dilancarkan namun persediaan mengatasinya telah dibuat. Tak taulah nasib kali ini...namun pada eksoedisi terdahulu tiada berlaku perkara sedemikian.

Salam untuk semua............

No comments:

Post a Comment