Sunday, June 28, 2009

Tahniah lagi

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kemenangannya di dalam Kejohanan Yonex Sunrise Malaysia Open Grand Prix Gold 2009 dengan menewaskan pemain dari Negara China Chen Long dengan 21-16 dan 21-9. Memang menarik kemenangan tersebut untuk diperkatakan terutamanya di set yang kedua yang mana setelah melihat keadaan Chen Long yang tinggi menyebabkan Datuk Lee Chong Wei mengubah permainan dijaring serta tidak membenarkan Chen Long melakukan serangan 'smash' kepadanya.

Lagi satu yang menariknya smashing yang dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei benar-benar membezakan permainannya yang bertaraf elit dunia. Kemampuan yang hampir sama dengan kemenangan tempoh hari di Terbuka Indonesia dengan mengalahkan Taufik Hidayat peserta tuan rumah.

Namun begitu permainan yang ditunjukkan oleh beregu utama dunia Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui amat mengecewakan dan berbeza apabila tewas straight set kepada pasangan bukan pilihan dari Negara China Ma Jin dan Wang Xiaoli 21-9 dan 21-11. Mereka berdua tidak dapat meneruskan momentom kemenangan di Terbuka Indonesia tidak dapat diteruskan di kejohanan ini. Permainan yang memang bagus dahulu tidak dapat dijelmakan pada hari ini. Walau apa pun tahniah juga diucapkan kepadanya.

Perbezaan yang ketara jagoan beregu negara tidak dapat dibendung oleh pemain Persatuan Raket Kuala Lumpur iaitu Gan Teik Chai dan Tan Bin Shen terhadap Tan Boon Heong dan Koo Kein Keat dengan kekalahan 11-21 dan 13-21. Perbezaan yang ketara ini sebenarnya satu masalah bagi Negara Malaysia dalam mencari pelapis pemain yang sama taraf permainannya.

Walau apapun diperkatakan pada pertandingan akhir pada hari ini negara China telah memenangi 3 kejuaraan sementara Malaysia dengan 2 kejuaraan. Apa yang pasti ialah semua pemain petang tadi semuanya berbangsa Cina iaitu Cina dari Malaysia dan Cina dari Tembok Besar China.

Secara keseluruhannya saya amat terhibur dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh semua pemain pada petang tadi terutamanya Datuk Lee Chong Wei. Tahniah sekali lagi.

Sekarang masih lagi melayan tv melihat Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 antara Sepanyol dengan Afrika Selatan. Gol-gol di saat akhir menyebabkan senarai utama dunia bola sepak iaitu Sepanyol hampir dikalahkan sekali lagi. Entah le pagi ni nak tengok lagi atau tidak perlawanan akhir antara Brazil dengan USA....saya belum pasti lagi.....macam dah tau aje keputusannya kecuali USA mengulangi kemenangan dramatik sekali lagi ke atas Brazil kali ini.

Salam untuk semua..............

No comments:

Post a Comment