Sunday, May 31, 2009

Terpaksa......

Dalam keadaan yang memaksa walaupun agak " berat hati " untuk pulang semula ke rumah di Bandar Tun Razak, Keratong ianya terpaksa juga dilakukan. Sekali lagi kami sekeluarga melalui jalan yang " gelap gelita " tanpa lampu penerang jalan di laluan pulang ke Bandar Tun Razak dari Jengka. Dah nasib......apo nok buek.....jalannya malam.........

Mengenangkan jasa dan pengorbanan guru-guru yang akan mengadakan kelas tuisyen di musim cuti sekolah ini, tatkala ramai guru mengambil peluang untuk bercuti panjang. Saya pun tidak berkesempatan jugalah untuk bercuti panjang. Biarkanlah sedikit berkorban masa untuk anak-anak yang akan mengambil UPSR pada tahun ini.............



# anak perempuan saya yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini yang baru sahaja membuat kad pengenalan pada 19 Mei yang lalu...

Kesempatan untuk pulang bercuti ke rumah ibu di Jengka tempoh hari kerana berbetulan untuk berkumpul keluarga kerana keluarga kakak sulung mengadakan kenduri aqiqah pada 30 Mei ( Sabtu ) untuk anak-anaknya yang seramai 7 orang. Walaupun dah besar panjang semuanya namun keupayaan untuk mengadakan kenduri aqiqah semasa dulu agak terbatas..... Entahlah saya dah aqiqah ke belum?????

# Sembelihan aqiqah dilakukan






# Semangat gotong-royong yang lakukan belum pudar lagi di kawasan Felda. Alhamdulillah dengan berkat kerjasama ini dilakukan dapat menyediakan makanan di waktu tengahari.


# Bergambar kenangan antara dengan " sepupu sepepeh " yang tinggal dan balik lewat. Sepupu yang paling besar dah menyamai keluarga besar saya yang seramai 5 orang anak!!

Salam untuk semua..............

Saturday, May 30, 2009

Kesempatan

Disebabkan kelas toturial 1 OUM saya ditangguhkan maka peluang saya untuk pulang ke rumah ibu saya dapat dilaksanakan. Saya bergerak pulang dari Muadzam Shah pukul 7.00 malam melalui Lebuhraya Kuantan - Segamat.

Malam ini sungguh banyak kenderaan sama ada menghala ke Kuantan atau Segamat yang menyebabkan perjalanan kami agak perlahan. Tambahan pula jalanraya yang ' gelap gelita ' kerana jarang kedapatan lampu limpah atau lampu jalan. Sudahlah melalui hutan sawit yang memanjang dari Muadzam Shah hingga ke Gambang dan jugak hutan belantara yang masih banyak di daerah Rompin dan Pekan.

Harapan dari saya agar Datuk Nan ( Adnan Yaakub ) Menteri Besar Pahang memberi sedikit perhatian khusus tentang perkara ini. Laluan ini juga merupakan jalan terpenting menghubungkan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Perbezaannya pada saya amat ketara berbanding dengan daerah Bentong yang mana Datuk Nan berasal dari daerah tersebut.

Salam untuk semua...........

Friday, May 29, 2009

HARI BAHAGIA.........


" SELAMAT PENGANTIN BARU "

diucapkan kepada Ustaz Mohd Apandi bin Abu Bakar yang akan melangsungkan perkahwinannya pada Ahad 31/05/2009 di Felda Gugusan Tun Ghafar, Jasin, Melaka dan pada Ahad 07/06/2009 di Felda Bukit Mendi, Triang, Pahang.

Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.


Salam untuk semua.........................


CUTI DAH MULA.....

Cuti persekolahan bermula pada 30/05/2009 dan berakhir pada 14/06/2009. Program apa yang dirancang sepanjang cuti semester ni?.......

Semua ini bermain di minda pemikiran anak-anak yang bersekolah dan ibubapa yang anaknya bersekolah. Rumah akan menjadi riuh dan sedikit kelam kabut kerana anak-anak tidak bersekolah. Namun begitu bagi anak-anak bersekolah, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka.

Tetapi bagi anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM mungkin terpaksa melupakan sementara segala kenikmatan cuti semester ini kerana mungkin terpaksa menghadiri kelas tuisyen yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Guru-guru pun berkorban untuk masa depan anak muridnya dengan mengorbankan masa cuti sekolah, takkan lah anak murid tidak boleh berkorban.

Ada guru-guru yang mengadakan kelas tambahan di musim cuti sekolah sebegini tidak dibayar atau lain perkataan 'free' sahaja. Cuma harapan guru-guru hanya ingin melihat anak didiknya berjaya di dalam peperiksaan yang dihadapi nanti. TAHNIAH kepada semua guru.................. " Guru Pembina Negara Bangsa ".


Thursday, May 28, 2009

PUTERIKU..........

# Anakku yang montel Irdina Zulfa berusia hampir 2 bulan bersama sepupunya Shahrul Hazim Hakimi berusia 2 minggu

BARCELONA AKHIRNYA.........



Barcelona menang bergaya 2-0 pada final Liga Juara-Juara mengatasi Manchester United. Samuel Eto dan Lionel Messi memastikan kemenangan tersebut. Keputusan sudah dilakar namun apa yang membosankan bagi saya yang " bangun malam " adalah mutu permainannya yang agak hambar. Barcelona menggunakan hampir keseluruhan pemain apabila diserang yang menyebabkan sukar bagi pemain MU untuk menunjukkan skil permainan yang menarik. MU pula bukan berada atau bermain seperti yang pernah dilihat dalam kancah EPL ataupun Barcelona lebih hebat daripada MU.

Tahniah kepada Barcelona dan dengan harapan yang tinggi juga pasukan negeriku Pahang akan meningkatkan mutu permainan seperti yang pernah dijelmakan tahun-tahun sebelum ini. Begitu pasukan Malaysia yang diharapkan dapat menyusun strategi yang ampuh untuk terus berjaya.

Salam untuk semua.............


Wednesday, May 27, 2009

PERCUTIAN

# Sewaktu percutian ke KLCC cuti tahun lepas....skrg ni dah nak cuti sekolah pulak tak tahu lagi nak ke mana.....cuma untuk sekeluarga tentunya pulang ke rumah ibu tercinta.....

Kebiasaan

Sudah menjadi kebiasaan agaknya....kalau tengok bola pagi-pagi buta 2-3 pagi boleh tetapi nak bangkit daripada tidur untuk mengerjakan amal ibadat atau solat tahajjud bukan main susahnya.

Saya pun tidak terkecuali pasal ini. Pertembungan hebat abad ini iaitu perlawanan akhir UEFA di Rome, Italy pasti tidak akan dilepaskan untuk menontonnya. Kelibat pertembungan Ronaldo dan Messi yang menjadi kegilaan peminat fanatik dari seluruh dunia akan menjelma kehebatannya pagi nanti.

Semoga semua peminat tidak melepaskan peluang untuk menyaksi perlawanan terhebat ini dan selepasnya terus bekerja pada keesokan harinya dengan tenaga yang dah kekurangan kerana tidak cukup tidur. Cumanya jangan sampai ' boss ' tertangkap kerana tertidur.

Salam untuk semua.....

KEHADIRAN

Setelah berpindah tempat mengajar dari Negeri Johor ke Negeri Pahang iaitu negeri kelahiranku....inilah first time di usia mengajar yang melebihi 10 tahun.....saya berulang-alik dari rumah ke tempat mengajar sejauh 50km setiap hari. Nasib baik minyak dah turun harganya...kalau tidak......

Entah le bertahan setakat mana sebab sebelum ini hanya sekitar 3 km saja dari rumah dengan tempat mengajar. Sudahlah terpaksa bergegas pagi-pagi supaya tidak kelewatan sampai...faktor kesihatan yang kebelakangan ini semakin kurang baik....asyik2 sakit ...pinggang.

Pemeriksaan pembantu kesihatan yang lalu mengesan air kencing yang kotor dan boleh melibatkan komplikasi batu karang.................he he....seram jugak tu.

Setakat ni redha dengan apa yang telah ada .... seperti kata isteri yang tersayang..." tu le pindah sangat ke Pahang....tempatnya jauh-jauh " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.....

Salam untuk semua....

Buat Permulaan

Assalamualaikum.............

Salam pertemuan di blog sebagai percubaan dan harapan kawan-kawan untuk menghasilkan satu paparan di alam maya untuk tatapan bersama....

Moga cabaran pada hari-hari mendatang sebagai permulaan blogger akan lebih ceria dan menghiburkan. Walaupun ianya hanya digunakan untuk peribadi....

Salam.