Tuesday, August 25, 2009

Akhirnya

Alhamdulillah dengan sedikit umpan dan suntikan semangat akhirnya anakku Irsam Syamil berjaya juga menghabiskan puasanya pada hari semalam walaupun tidak bangun bersahur. Sebagai balasannya dihadiahkan untuk pergi memilih sendiri juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadhan. Inilah kali pertama aku ke situ semenjak memulakan puasa tempoh hari. Hari ini masih lagi meneruskan puasanya setelah bangun bersahur pada pagi tadi.


# anakku bersama sepupu dan Pak Su Lukman

Namun apa yang membanggakan ialah bagaimana anakku yang baru berusia 5 tahun bersama-sama sepupunya yang berumur 4 tahun boleh menahan makan dan minum hingga saat berbuka. Kalau diikutkan kewajipan ke atas mereka langsung tidak dikenakan namun sebagai ibubapa yang mendidik perlu memastikan agar ajaran Rasul ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan sebagai menandakan keimanan dan keikhlasan hati sebagai umat Islam. Walaupun mereka ini masih lagi kecil dan kurang berupaya untuk melakukannya. Bak kat pepatah Melayu " Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya "

Apa yang dikesalkan ialah bagaimana ada segelintir umat Islam terutama yang sudah difardhukan ke atas mereka untuk berpuasa namun masih tidak dapat melaksanakan perintah Allah ini dengan taatnya. Malah kekadang terjumpa segelintir yang tidak berpuasa melakukan perbuatan yang mengundang rasa tidak hormat bangsa dan agama lain terhadap agama Islam itu sendiri seperti makan dan minum di khalayak ramai atau juga menghisap rokok. Inilah hasil ketidakpatuhan umat Islam yang juga kurang didikan agama terhadap tanggungjawab berpuasa.

Anak kecil boleh dan sanggup menahan lapar dan dahaga tetapi golongan dewasa yang tidak berpuasa ini bagi saya sungguh memalukan. Memang ada hukuman dunia yang telah disyariat oleh setiap negeri dalam Malaysia namun ianya hanya tertumpu di sebahagian tempat sahaja. Malah kakitangan untuk menjadi pemantau bagi yang tidak berpuasa ini tidak menyeluruh. Kalau yang terkena cekup tidak berpuasa tu kira nasib dia tidak baik pada hari tersebut macam cerita Senario............. Kalau kawasan yang berjauhan dengan Pejabat Agama atau pun Penguatkuasa berjauhan nampaknya kebebasanlah sedikit bagi yang tidak berpuasa........... x pe azab dunia lepas lah korang............tapi tunggu............

Salam untuk semua.................

Monday, August 24, 2009

Bersahur

Hari masuk hari ke 3 berpuasa namun anakku yang ke 4 yang berumur 5 tahun iaitu Irsam Syamil masih belum lagi dapat menghabiskan puasanya. Cuma beransur maju dalam menahan lapar dan dahaga. Hari pertama sempat sehingga jam 2.30 petang dan hari yang kedua pula sehingga 4.00 petang. Tak tahu le hari ini............... Memang tidak terlalu memaksa untuk berpuasa dan menahan makan serta minum hanya sekadar yang termampu sahaja dulu. Kalau nak mengajar anak berpuasa biarlah daripada kecil lagi jangan tunggu dah besar nanti agak payah..............

Satu perkara yang penting di dalam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan ini ialah bersahur. Memang agak liat nak bangun bersahur kerana suasana yang baru kena dan terpaksa untuk bangun pepagi hari lagi.....memang berat. Nasib baik permulaan Ramadhan ni cuti sekolah dapatlah anak-anak menyambung tidurnya selepas solat Subuh.

Sahur bermaksud mengambil makanan ketika hampir waktu Subuh. Menurut Zamakhsyari, masa terbaik untuk bersahur adalah dua jam sebelum masuk waktu Subuh. Malah lebih hampir dengan waktu Subuh adalah lebih baik. Alangkah beruntungnya orang yang bangun bersahur. Dia mendapat dua kebaikan. Pertama, dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua, dapat ganjaran pahala dan kerberkatan.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seseorang kamu hanya minum seteguk air”

(HR Ahmad)


1. Kita akan mendapat pahala apabila bersahur kerana ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.


2. Dengan bersahur kita juga mendapat keberkatan kerana ia menguatkan jasmani orang yang berpuasa untuk beribadat dan meningkatkan rohani orang yang berpuasa dari segi keikhlasan beribadat.


3. Bersahur dapat menolong mengurang dan menghilangkan perasaan marah yang disebabkan kelaparan.


4. Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah s.w.t.


5. Pada waktu dinihari ketika bersahur, seseorang itu mendapat lebih peluang untuk mengingati Allah s.w.t. dengan cara berzikir dan berdoa.


6. Bersahur juga melatih kita menjaga kesihatan dari segi pemakanan kerana kita digalakkan bersahur dengan makanan yang mudah hadam, kurang atau tidak pedas serta di akhiri dengan susu.


7. Berkat bersahur di akhir waktu adalah supaya kita dapat mengekalkan keupayaan fizikal lebih lama sehingga waktu berbuka puasa.


8. Apabila kita bangun sahur, secara tidak langsung ia memberi kita peluang menikmati waktu terbaik menunaikan Qiamullail atau sekurang-kurangnya melatih kita bangun awal untuk terus menunaikan solat Subuh selepas bersahur.


Sesungguhnya, banyak hikmah dan kebaikan pada sahur. Jangan tinggalkan amalan bersahur kerana lebih mementingkan tidur. Bangunlah untuk mendapatkan pahala dan limpah kurnia Allah. Nikmatilah dua hidangan yang amat berkat di bulan yang penuh berkat ini, iaitu hidangan ketika berbuka dan hidangan ketika bersahur. Betapa malangnya orang yang diberi makan kemudian diberi pula pahala, lalu dia tidak mahu menerimanya.


Sedikit ilmu yang dipetik daripada tazkirah Ramadhan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Salam untuk semua.................

Friday, August 21, 2009

Solat Terawih

Petang selepas menyelesaikan beberapa urusan barulah pulang ke rumah mak mertua yang berdekatan dengan rumah kediaman. Memang mak mertua selalu menyuruh kami sekeluarga balik ke rumahnya...........itu yang dah duduk dekat.....kalau jauh terus x berapa nak bagi balik. Mungkin keriuhan di rumah menyebabkan mak mertua menginginkan kami berada selalu di rumahnya. Maklumlah di rumah tu hanya tinggal bertiga aje..........

Malamnya selepas menunaikan solat isyak diteruskan dengan solat sunat terawih dan membaca Al-Quran. Di sini memang semenjak dahulu lagi sembahyang Terawih akan dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja. Namun ia menarik ramai orang yang mahu mengikutinya.

Walaupun hari pertama solat Terawih sekiranya dilakukan sebanyak 20 rakaat sudah pasti ianya akan berkurangan saban hari makmumnya. Entahlah nak kata malas memang pun tetapi yang sedih bertelagah mengenai bilangan rakaatnya untuk dikerjakan. Memang kalau bab mengerjakan perintah Allah ni orang ramai akan berkira sedikit..............tapi kalau berhibur atau perkara yang menyedapkan hati boleh tunggu 3 - 4 jam dan mungkin lebih lagi. Itulah jenis manusia akhir zaman................

Bagi mereka yang membanyakkan amalan sunatnya di bulan Ramadhan Al-Mubarak maka akan dilipatgandakan pahala mereka. Kita bukan sahaja disuruh berpuasa semata-mata tetapi banyak lagi amalan lain yang perlu dilakukan bagi menambahkan pahala berpuasa termasuklah solat Terawikh. Jadi janganlah berkira atau bertelagah berapa banyak yang hendak kita buat tetapi menetapkan hati untuk terus melaksanakan sunnah Rasulullah tersebut.

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA KITA MENDAPAT LIMPAHAN RAHMAT DAN NIKMAT DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK INI

Klik untuk link tersebut .......

http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tarawih


Salam untuk semua............

Sambutan Kemerdekaan

Hari ini ditayangkan slaid dan juga tayangan perdana pengkisahan sejarah bagi Negara Malaysia untuk mencapai kemerdekaan. Semua murid dihimpunkan di dewan sekolah bagi menonton tayangan tersebut. Namun hanya 15 minit berlangsung murid-murid mula tidak memberi perhatian terhadap tayangan pengkisahan kemerdekaan tersebut. Maklumlah tayangan hitam putih yang tak menarik perhatian................lagi pun agaknya murid-murid pasca merdeka atau yang lahir setelah 1/2 abad ini tidak memahami erti kemerdekaan yang telah dicapai dahulu. Bagi mereka kesenangan sekarang perlu dikekalkan dan diselesakan lagi. Apa-apa pun rasanya tayangan tersebut bertujuan memupuk murid-murid mengetahui dan memahami perjuangan orang yang terdahulu bagi mencapai kemerdekaan tidak tercapai matlamatnya.

Pihak masyarakat atau sekolah perlu menyebarluaskan kisah-kisah atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta ini daripada penjajahan oleh berapa negara sebelum ini. Penceritaan kisah sebegini akan dapat memahami murid-murid tentang negara kita sebelum ini.

Walaupun pelbagai pendapat dan pandangan mengenai cara kemerdekaan Negara Malaysia ini dicapai namun apa yang penting ialah ingin melihat negara Malaysia ini tidak terjajah sekali lagi walaupun dengan bentuk apa sekali pun. Memang semua individu yang mempunyai negara tidak ingin melihat negaranya dijajah oleh orang lain di zaman bertamadun ini.

Salam untuk semua...............

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Puasa Ramadhan bagi tahun ini jatuh pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H iaitu pada hari Sabtu ini........kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan agar kita semua dapat menambahkan lagi ibadah kita kepada Allah SWT.

Sedikit perkara berkaitan dengan berpuasa di bulan Ramadhan

1. Berniat
dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2. Sahur dengan melambatkan waktunya. Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. Waktu bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). (Rujuk- Muslim, 2/770, Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim , Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).).

3. Solat berjamaah

4. Membaca Al-Quran

5. Banyakkan berdoa

6. Segera berbuka

7. Bersolat Terawih di malam hari

8. Membanyakkan perkara-perkara sunat yang lain seperti bersedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa, membanyakkan solat-solat sunat yang lain.

9. Senantiasa memohon keampunan daripada Allah s.w.t

Banyak lagi amalan-amalan yang baik sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan mendatangi kita lusa nanti....ini sebahagian yang dapat diberikan.

Salam untuk semua...............

Solat Hajat

Hari ini peperiksaan terakhir OUM di UTHM......memang kalau difikirkan memang jauh nak ke sana tu berbanding ke Kuantan namun keselesaan dan ada kelebihannya untuk terus belajar dan menghadapi periksaan di sana.

Mungkin hari ini jugak dalam sejarah kerana saya merupakan orang yang pertama keluar dari dewan peperiksaan dan hanya menjawab hanya satu jam sahaja sedangkan masa yang diperuntukkan sebanyak 3 jam 10 minit.

Maklumlah soalan yang ditarget dan dibaca telah keluar. Rasanya macam boleh dapat keputusan yang baik aje..........Bila dah keluar nak balik x boleh kerana rakan yang pergi bersama belum keluar dari dewan peperiksaan lagi. Kenalah tunggu lebih dari 1 jam baru le balik.

Perjalanan balik hujan agak lebat selepas Yong Peng hingga ke Labis. Namun semuanya berada di dalam keadaan yang terkawal dan baik. Maklumlah terpaksa pula berkejaran balik ke rumah untuk menghadiri Solat Hajat Perdana di Masjid Keratong 2 bagi UPSR, PMR dan SPM. Namun keletihan menyebabkan lewat hendak ke masjid dan tidak sempat untuk bersama-sama dengan jamaah . Lain kali buat sendiri le...........

Salam untuk semua..................

Wednesday, August 19, 2009

Temujanji

Hari ini kena menunggu doktor pakar yang datang dan tiba ke Hospital Muadzam Shah bermula jam 9.40 pagi. Sudah sejam lebih menunggu belum dapat lagi berjumpa untuk perkembangan seterusnya, penyakit batu karang yang dihidapi ini. Setelah dapat bertemu doktor pakar jam 11.30 pagi barulah dipastikan apa sebenarnya terjadi.

Masyaallah ..................ingatkan 2 x 3 mm batu karang yang tersimpan di buah pinggang...rupa2 nya 2 x 3 cm....fuohhhhh dah besar tu...Doktor juga memberitahu buah pinggang telah pun bengkak akibat tekanan batu karang yang terdapat di situ.

Cara yang terbaik bagi mengeluarkan batu karang tersebut ialah dengan pembedahan......kata doktor. Ini disebabkan batu karang tersebut sudah membesar dan tidak keluar lagi melalui perkumuhan. Setuju dan akur dengan cadangan tersebut bagi membolehkan diri ini sihat seperti sediakala. Memang dalam hidup ini tidak pernah dibedah sebegitu....ngeri jugak tapi memikirkan ini adalah impian sejak dulu iaitu mahu sihat dan redha dengan apa sahaja keputusan yang diambil oleh pihakyang berwajib mengenai penyakit yang melanda ini.

14/9 pula nanti pertemuan seterusnya dengan doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. X tau le bila pula tarikh yang bersejarah dalam hidup ini akan direalisasikan. Begitulah urutan pertemuan kalau berjumpa dengan hospital kerajaan..............kalau swasta dah siap ni. Apa pun tetap redha dan pasrah dengan qadha' Allah yang menentukan penyakit dikenakan kepada diri ini.Mungkin ada kekhilafah yang kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini...dan ini adalah cara bagi menebus kekhilafan dan kesalahan tersebut.

Salam untuk semua.............

Monday, August 17, 2009

Persediaan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Selepas rehat hari ini diadakan Pertandingan Mewarna Tahap 1 sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 yang akan menjelang. Sepatutnya diadakan ujian bulanan yang ke 3 juga pada hari ini tetapi di atas sebab yang tidak dapat dielakkan ujian tersebut akan ditunda pada keesokkan hari.




Hari ini guru-guru bersama-sama pekerja sekolah telah pun menaikkan bendera-bendera untuk menghiasi kawasan persekitaran sekolah sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Manakala murid Tahap 2 pula bertungkus lumus menyiapkan dan mewarnakan bendera bersama-sama dengan guru.



Semoga program sebegini dapat menyemai kecintaan dan semangat patriotik terhadap negara Malaysia yang tercinta ini. Sejak daripada kecil inilah semangat tersebut perlu diterap dan ditanam agar semua warganegara Malaysia menghormati dan mencintai negara sendiri.

Salam untuk semua............

Sunday, August 16, 2009

Semangat patriotik dan H1N1

Hari ini saya ke UTHM, Batu Pahat bagi mengahdapi peperiksaan OUM bagi kertas pertama dan akan berakhir pada hari Khamis nanti. Apa yang ingin diperkatakan ialah semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Sepanjang perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Batu Pahat kelihat hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan masing-masing. Ianya boleh dikira dengan jari sahaja. Walaupun ada beberapa hari lagi sebelum pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52 namun ramai di antara menteri di Malaysia menyarankan pemasangan bendera pada tempat-tempat strategik dan kenderaan.

Apakah rakyat Malaysia kini sudah tiada semangat patriotik terhadap negara sendiri???? Atau apakah hanya ingin menunggu yang free sahaja barulah mahu memasangnya di kenderaan masing-masing. Saya pula mempunyai sejarah tersendiri mengenai pemasangan bendera ini. Sewaktu bertugas di Kota Tinggi dahulu seingatnya sepanjang sebualan pelancaran bulan kemerdekaan saya dengan beberapa rakan akan memasang bendera besar di atas bonet hadapan kereta. Perasaan bangga dengan pemasangan bendera tersebut kerana begitu ramai yang berbuat begitu. Sehingga hari ini bendera tersebut masih tersimpan di dalam almari sebagai tanda bangga dengannya.

Setelah berpindah tempat kerja di daerah Segamat saya masih meneruskan pemasangan bendera kecil di dalam dan di luar kereta. Malu pulak rasanya ingin memasang bendera besar seperti kebiasaan kerana tiada orang lain yang berbuat sebegitu. Apatah lagi melihatkan seorang rakan yang sentiasa berjuang bersama para pimpinan negara tidak memasang satu pun bendera pada kenderaannya. Jadi ini menyebabkan perasaan ingin bendera pada kenderaan setiap kali musim perayaan Hari Kemerdekaan sudah luntur. Kalau dapat yang free pun belum tentu ingin memasangnya lagi. Apakah ramai orang seperti saya ????? Atau semangat untuknya belum tiba lagi..............

Sewaktu perjalanan balik sempat pula singgah di beberapa buah pasaraya namun gula yang dicari tidak dapat dimilikki walaupun sekilo!!!! Gawat gula betul jadinya..................berhenti minum pun, air yang dipesan pun kurang manis. Namun apa yang mengundang mata ini untuk memerhati dan melihat khalayak ramai ialah mengenai saranan kerajaan agar pemakaian tutup mulut atau mask bagi mengelakkan penularan dan jangkitan H1N1. Ramai yang patuh tentang pemakaian mask tersebut apabila berada di tempat awam.

Namun begitu Allah s.w.t telah mengutuskan Rasulallah s.a.w bagi mengingatkan semua orang Islam dan yang mengaku beriman kepada Allah tentang pemakaian tutup kepala atau tudung bagi orang perempuan. Penutupan aurat ini telah pun diajarkan kepada umat Islam agar tidak dikenakan seksa di akhirat kelak. Mungkin balasan Allah ini tidak dilihatkan semasa di dunia ini maka ramailah antara umat Islam yang ingkar melaksanakannya. Hanya disebabkan penularan H1N1 ini ,ramai pula di kalangan umat Islam yang patuh terhadap saranan pemakaian mask ini kerana seksa di dunia ini telah diperlihatkan dengan pertambahan kematian akibat H1N1. Inilah perbezaan kesungguhan manusia terhadap saranan sesama manusia dan gesaan yang datangnya daripada Allah s.w.t.

Renung dan hayati bersama sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan menjelma.................

Salam untuk semua...................

Hebat

Setelah pulang dari UTHM sempat lagi menonton aksi hebat beregu lelaki yang menemukan pasangan dari Tembok Besar China iaitu Cai Yun dan Fu Haifeng bertemu pasangan negara Republik Korea Selatan iaitu Lee Yong Dae dan Jung Jae Sung. Kemenangan berpihak kepada pasangan beregu dari Negara China dengan 21-18, 16 - 21 dan 28 - 26. Memang memukau setiap yang melihat atau menyaksikan perlawanan hebat ini terutama pada set yang ketiga yang asyik bertukar-tukar servis dan mata. Setelah beberapa kali di mata akhir bagi kedua-dua pasangan namun pasangan dari Negara China lebih bernasib baik.

Namun begitu sedikit sedih apabila apabila kedua-dua pasangan beregu negara gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir pada hari ini. Walaupun percubaan dan tentangan yang hebat telah diberikan pada perlawanan separuh akhir semalam namun ianya tidak cukup dan memadai untuk pasangan beregu ke perlawanan akhir. Mungkin dua tahun akan datang pula barulah ada pemain badminton Malaysia yang akan beraksi di perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF seperti hari ini. Harapan tetap menggunung bagi rakyat Malaysia yang inginkan satu atau beberapa kejuaraan pada Kejohanan Dunia dimiliki oleh pemain Malaysia.

Memang berpuas hati melihat perlawanan akhir tersebut walaupun bukan pemain Malaysia yang bertanding pada perlawanan akhir tersebut. Debaran tetap ada dengan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan beregu ini amat-amat teruja.

Salam untuk semua...........

Saturday, August 15, 2009

Berehat

Sambil menunggu perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2009 di Hyderabad, India sedikit masa lagi....peluang yang ada ini digunakan untuk mentelaah buku untuk peperiksaan yang akan dihadapi pada keesokan hari di UTHM, Batu Pahat. Kalau ikutkan hati memang ngeri jugak untuk keluar ke tempat tersebut disebabkan penyakit H1N1 yang begitu hebat diperkatakan kini. Apatah lagi Batu Pahat sendiri juga mempunyai senarai panjang penutupan beberapa sekolah dan terbabit dengan penyakit selsema babi H1N1 ini.

Namun harapan dan doa dipanjatkan kepada Ilahi agar semuanya diselamatkan dan disejahterakan oleh Allah hendaknya........

Salam untuk semua..............

Satu Malaysia


Sekarang ini kecoh semuanya satu Malaysia...........Apa sahaja yang berkaitan dengan Malaysia semuanya nak dijadikan 1Malaysia. Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak menaiki takhta sebagai orang nombor satu negara iaitu Perdana Menteri Malaysia ke 6, beliau telah membawa satu slogan iaitu " 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan "

Apa2 pun sebagai rakyat Malaysia semua orang perlu mengambil panduan yang terbaik daripada slogan 1Malaysia yang telah dicanangkan di serata pelusuk Negara Malaysia kini. Semoga ianya benar2 slogan yang disukai oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Lirik lagu 1Malaysia

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua


Salam untuk semua....................

Thursday, August 13, 2009

Tak Mengena

Semalam selama 4 jam menunggu joran ditarik penunggu kolam namun usikan kecil sahaja yang dirasai. Memang sudah lama tidak keluar memancing namun ajakan kawan yang begitu bersungguh untuk memancing membuatkan perasaan tersebut tidak dapat ditahan juga akhirnya. Namun ianya bukan satu yang berbaloi dan menguntungkan disebabkan bekalan dan ramuan untuk memancing di kolam tidak dituntut dan dipelajari dengan bersungguh-sungguh.

Mencuba dengan umpan yang pernah mengegarkan kolam tersebut pada satu waktu ketika dulu namun kini agaknya ikan yang ada di kolam tersebut telah pun disumbat dan dihidangkan dengan umpan yang lebih menarik lagi. Sifu yang mengajarkan umpan itu juga balik dengan tangan kosong jua semalam. Tetapi yang menariknya hanya 3 orang pemancing sahaja yang asyik bertukar tarikan dan henjutan daripada ikan penghuni kolam Undertaker tersebut. Entah apa le yang dipakainya sehingga menyebabkan ikan-ikan tersebut dengan umpan yang mereka gunakan.......umpan dia POWER.

Nampaknya hanya sekali ini sahaja le untuk bulan ini...lagipun sedikit masa lagi semua umat Islam akan menyambut dan menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak. Memang tidak bercadang untuk mengusahakan dan menghabiskan masa bertenggek dan menunggu joran direntap pada waktu tersebut......... Tak pe....lepas ni cuba resepi baru pulak....he...he

Salam untuk semua.................

Wednesday, August 12, 2009

Perjumpaan Ibubapa UPSR SK Keratong 6

Hari ini satu majlis telah diadakan di SK Keratong 6 iaitu Majlis Menandatangi SLIP Percubaan dan Penerangan SBP 2009. Di samping itu juga satu motivasi untuk ibubapa akan disampaikan oleh semua guru besar atau MGB Kelompok Chanis sempena majlis tersebut.

Butiran mengenai pencapaian prestasi murid terhadap setiap kali percubaan yang diadakan telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Encik Yahaya bin Taib. Sebanyak enam kali percubaan UPSR telah diadakan sepanjang tahun ini. Manakala penerangan cara pengisian ke Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2009 ini telah disampaikan oleh Puan Salasiah binti Hassan. Ada sedikit perbezaan cara permohonan iatu menggunakan permohonan online untuk SBP 2009 ini yang mana semua murid layak memohon tanpa mengira keputusan yang bakal didapati apabila keputusan UPSR diumumkan kelak.




# Gambar semasa taklimat diadakan




Salam untuk semua...............

Tuesday, August 11, 2009

Nasib badan atau Perancangan Kapitalis

Sebagai rakyat negeri Pahang saya juga merasa sedih dan mengharapkan agar Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1) atau selsema babi sihat walafiat hendaknya. Manakala anak-anak Tengku Abdullah dan Tunku Azizah yang juga terlibat ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.

Jangkitan bermula daripada salah seorang puteranya iaitu Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas. Ini menunjukkan bahawa selsema babi boleh berjangkit dengan mudah daripada orang yang telah dijangkiti selsema babi ini terlebih dahulu.

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1838

Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya................ Harapannya ia bukanlah satu perancangan jahat daripada ummat manusia yang lain kepada setakat diketahui kebanyakkan yang telah meninggal dunia kerana penyakit H1N1 ini adalah orang-orang yang takut kepada BABIIIII............

Salam untuk semua.............

H1N1 Semakin Kritikal

Jumlah Kes di Malaysia: 2,253 dengan jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1). Seramai 11 orang telah didiscaj dari hospital semalam.

Untuk makluman, 6 kematian adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 6, 8 dan 9 Ogos 2009, dilaporkan pada 10 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Empat (4) daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko samada Diabetes, Hipertensi atau Asma. Tarikh kematian sebenar 6 kes tersebut adalah seperti berikut, 4 Ogos (1), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos(3).

Ini menunjukkan bahawa dalam masa seminggu peningkatan kematian sebanyak 30 orang. Ini belum dikira bilangan hari ini. Manakala masih ramai lagi yang berada di dalam keadaan yang tidak menyihatkan. Tambahan cuaca yang masih berjerubu menyebabkan penyakit-penyakit lain pun mudah dijangkiti. Nampaknya perlulah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah yang lebih proaktif bagi mengatasi penularan selsema babi ini. Memang memikirkannya amat mengerikan apatah lagi kepada orang2 yang sudah mempunyai simptom2 penyakit H1N1 ( selsema babi ) ini.

Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar penyakit selsema babi ini dijauhi daripada masyarakat negara Malaysia khasnya dan dunia umumnya.

Salam untuk semua.................

Sunday, August 9, 2009

Piala Perisai Komuniti

Sambil menonton tv perlawanan bola sepak antara Chelsea dengan Manchester United bagi Pila Perisai Komuniti dan kalau di Malaysia disebut Piala Sumbangsih iaitu perlawanan pembukaan bagi sesuatu liga bolasepak di kebanyakan negara. Ingin juga melihat Manchester United yang kehilangan ayam tambatan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez yang telah meninggalkan kelab tersebut bermula akhir musim 2008/2009 yang lalu.

Lagipun tayangan live ini diadakan bermula jam 10.00 malam bukannya seperti kebiasaannya di awal pagi. Kesempatan yang ada dan peminat kepada pasukan Chelsea menjadikan perlawanan ini perlu ditonton. Katanya pihak ASTRO akan menaikkan harga kepada pengguna ASTRO yang melanggan saluran sukan sebanyak RM12. ASTRO menyatakan ini menyediakan perlawanan yang lebih menarik lagi serta tajaan penyiarannnya yang semakin meningkat. X tahu le mana yang betul tetapi nampak gayanya mungkin aku jua terpaksa mengeluarkan saluran sukan ini bagi menjimatkan kos dan kekerapan perlawanan yang ditontoni juga memang jarang sekali. Jadinya saluran sukan ini juga bukan satu keperluan mendesak. Mungkin kali ini potong dulu kemudian ada Piala Dunia atau Pila Eropah sambung balik...he...he...he

Perlawanan Piala Erisai Komuniti hampir habis dengan Chelsea dan Manchester Uniter terikat dengan jaringan 2 berbalas 2. Mungkin jua ini adalah keputusannya sehingga tamat perlawanan..........Chelsea memenangi Piala Perisai Komuniti dengan sepakan penalti yang memihak kepadanya dengan jaringan 4 - 2 walaupun berkongi mata.

Salam untuk semua...........................

Cabutan bertuah

Malamnya aku ke Padang Awam Bandar Tun Razak bagi melihat dan mendengar program Ceramah Perdana yang diadakan di situ. Walaupun agak pusing kepala kerana sakit kepala yang tidak kebah lagi.

Dua ahli panel iaitu kedua-dua adalah YB Luit ( Bekas Pegawai Agama Daerah Maran ) dan Brig. Jen. KAGAT dan pengerusi majlisnya ialah sahabat saya Ustaz Adnan bin Mamat, Pegawai Agama Daerah Rompin. Memang meriah dengan kehadiran begitu ramai masyarakat Keratong berhimpun di Padang Awam Bandar Tun Razak untuk bersama-sama mendapatkan ilmu kerohanian yang dibincangkan dalam Ceramah Perdana tersebut.

Perbincangan bertajuk " Ramadhan Dinanti Pemergiannya Ditangisi ". Memang banyak input2 ilmu yang berguna sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan datang. Marhaban Ya Ramadhan.................. Arahan Pejabat Agama Negeri Pahang tahun ini mengarahkan semua masjid dan surau di dalam Negeri Pahang supaya mengadakan atau melakukan solat Terawih sebanyak 20 rakaat juga diberiatahu. Namun apa yang menarik perhatian pada salah satu kata ahli panel ialah......inilah kali pertama datang berforum atau berceramah yang terpaksa turun naik pentas utama kerana memberi lalui kepada acara lain yang juga turut diadakan.

Rupa-rupanya ada umpan bagi meramaikan program Ceramah Perdana tersebut ialah jemputan kumpulan Saujana untuk menyampaikan alunan nasyid dan juga cabutan bertuah. Sehingga Ceramah Perdana selesai pun orang ramai masih tidak berganjak lagi kerana hadiah cabutan bertuah belum habis kesemuanya. Apabila dihentikan seketika untuk cabutan bertuah orang ramai mula berkerumun di pentas astaka ......mana le tau kot2 nombor naik????!!!!! Bila ceramah disambung semula ramai yang hadir mula mengosongkan tempat duduk dan bersantai-santai di gerai2 yang terdapat di situ. Walaupun bagi kaum perempuan nampaknya masih setia untuk mendengar celoteh dan nasihat berguna daripada penceramah.

Entahlah apa yang nak jadi kalau macam ni...........kena rasuah macam tu baru ramai orang datang. Mungkin juga keadaan dah berubah dan cabutan bertuah merupakan satu cara tarikan bagi aktiviti2 keagamaan masa kini. Atau ini adalah satu hadiah daripada Ahli Parlimen Rompin iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis ( JJ ) yang dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Salam untuk semua......................

Saturday, August 8, 2009

Kesulitan amat dikesali

Pepagi lagi setelah menghantar anak sulung ke kelas tuisyen aku terus pergi ke Padang Awam Bandar Tun Razak bagi melihat persiapan program Gempak Desa ASTRO. Namun terihat satu banner yang menyatakan program tersebut ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah, agaknya pihak pengurusan ASTRO telahpun membatalkan program Gempak Desa ASTRO mungkin disebabkan penularan penyakit H1N1 atau Selsema Babi yang begitu merbahayakan semua orang.

Lagi pun Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 telah mengeluarkan satu pandangan bahawa penyakit Selsema Babi merupakan ancaman serius kepada negara serta menasihatkan orang ramai supaya berada di tempat awam dan ramai orang kerana takut dijangkiti Selsema Babi ( H1N1 ) ini. Cuma hanya terpaksa sahaja itu perlu mengikuti nasihat seperti pemakaian pelindung muka ( mask ) dan menjaga kebersihan diri.

X kisah le sebab ASTRO x jadi datang ke sini. Mungkin juga sekiranya kehadiran ASTRO ke sini akan menambahkan dan menyuburkan lagi penularan ini...............mana tau.... Di Kuala Lumpur lagi le teruknya penularan Selsema Babi ni kerana Kuala Lumpur adalah transit pertama merebaknya Selsema Babi ( H1N1 ) ini.

Sempena dengan kehadiran ASTRO itu juga satu Program Ceramah Perdana akan diadakan pada malamnya. Setelah meneliti senarai ahli panel dan terhenti seketika apabila membaca nama Al-Fadhil Ustaz Adnan bin Mamat ( Pegawai Agama Daerah Rompin ) berada dalam senarai banner tesebut. Siapa dia????? Al-Fadhil Ustaz Adnan bin Mamat adalah sahabat saya yang sama-sama bersekolah menengah dan sekolah tinggi di Pekan dulu. Bialiau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke Indonesia dan saya pula hanya Maktab Perguruan ketika itu. Sahabat yang bersma-sama hampir 8 tahun belajar bersama akhirnya menjadi Tuan Kadhi Daerah Rompin. Alhamdulillah............syukur rasanya dan antara matlamat balik atau pindah ke Negeri Pahang ini adalah untuk menghubung silaturrahim yang telah lama terputus dengan teman-teman sekolah dahulu. X pe....... malam nanti nak pergi jugak walaupun agak risau dengan H1N1 dan sakit kepala ni.............

Salam untuk semua...................

Thursday, August 6, 2009

Kecoh

Hari ini kecoh dengan berita H1N1 di sekolah kerana terdapat sebilangan guru yang mempunyai anak yang belajar di sekolah yang berasrama terpaksa direhatkan atau dicutikan pembelajaran serta balik ke rumah masing-masing. Memang menjadi ketakutan terhadap penularan yang begitu hebat ini. Walaupun di kawasan Felda Keratong sama ada Bandar Tun Razak, Chanis atau Perantau Damai masih lagi dikatakan aman dan damai daripada penyakit tersebut namun Bandar Muadzam Shah sudah terdapat kes penyakit tersebut. Ini menyebabkan beberapa sekolah dan tempat yang dikatakan terpaksa ditutup kerana penularan penyakit H1N1 tersebut.

Diberitakan MRSM Muadzam Shah sudah 4 hari ditutupi manakala SMKA Pahang, UNITEN dan pusat PLKN Pinggir Pelangi telah juga diarahkan tutup bagi mengelakkan pelajar lain terjejas kerana penyakit tersebut.

Setelah pulang dari sekolah kelihatan satu banner iaitu ASTRO Gempak Desa yang menganjurkan satu perjumpaan dengan masyarakat di Mukim Keratong ini. Bertempat di Padang Awam Bandar Tun Razak berhadapan dengan Balai Polis Bandar Tun Razak. Pastinya menarik kerana jarang-jarang diadakan diadakan di kawasan pedalaman seperti ini. Aku pun teruja untuk pergi bagi menanyakan beberapa soalan tentang harga yang dikatakan akan dinaikkan bagi pemilik ASTRO.

Sampai di rumah pun anak2 pun beriya-iya benar bertanyakan akan kehadiran pihak ASTRO di Bandar Tun Razak ini. Namun jawapan ringkas ialah ianya amat merbahaya bagi kanak-kanak yang lebih mudah terdedah kepada penularan H1N1 nanti. Bukan x bagi pergi tetapi kesihatan adalah amat diperlukan.

Hari ini juga anak sulungku dipaksa balik ke rumah daripada menghadiri tuisyen STF yang dijalankan di sekolah. Gurunya menasihatkan supaya dibawa ke klinik bagi memastikan demam yang dihadapi. Memang kebetulan hari ini memang mahu ke klinik kerana pemeriksaan bulanan anak kecil kami. Alhamdulillah bila diberitahu demam yang dihadapi anak sulung bukannya simptom H1N1 namun begitu pegawai perubatan menasihatkan agar membawa semula anakku sekiranya demamnya semakin teruk.

Malamnya melalui berita telah disahkan bahawa Negeri Pahang telah menerima kematian pertama akibat penyakit H1N1. Sungguh merbahaya dan mengerikan bala ini .................Ya Allah lindungilah kami semua daripada penyalit H1N1 ini.....

Salam untuk semua................

Wednesday, August 5, 2009

Tunda lagi

Pagi hari ini aku ke Hospital Muadzam Shah untuk berjumpa dengan doktor pakar yang didatangi khas dari UIA. Namun apabila sampai aku diberitahu bahawa doktor pakar tersebut tidak dapat datang kerana kemalangan jalanraya dan mengakibatkan patah kakinya. Doktor pun sakit ..........nak wat camne????....Manusia bukannya sempurna dan tidak akan sakit kecualilah ALLAH s.w.t yang Maha Sempurna.

Jadi perjumpaan dengan doktor pakar terpaksa ditunda ke satu tarikh yang lain pula iaitu 19/8 nanti. Memang pada tarikh dan waktu itu sedikit sibuk kerana peperiksaan OUM ayang akan aku hadapi. Namun begitu aku terpaksa jua menerima tarikh temujanji tersebut.....kalau tidak bulan September pula nanti tarikh yang lain...lambat lagi tuh..........sakit pun dah macam-macam nih...............

Apabila berada di hospital yang memang tempat orang sakit sahaja yang mahu ke situ tetapi hari ini kekecohan disebalik penyakit dan penularan H1N1 menyebabkan hospital hari ini menerima kunjungan ramai pesakit. Ramai pelajar sekolah yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana demam dan batuk2. Ngeri jugak melihat keadaan ini sehingga terpaksa menyuruh isteri dan anakku yang masih kecil keluar dan duduk di dalam kereta sahaja. Hari ini semua kakitangan Hospital Muadzam Shah sudah mula memakai topeng pelindung ( mask ) bagi merawat dan berjumpa dengan pesakit.

Setelah semuanya selesai sekitar jam 12.30 terpaksa kami berkejar balik ke rumah kerana tidak mahu lagi berada di tempat penularan yang semakin merbahaya tersebut. Harapan dan doa agak kami sekeluarga dilindungi penyakit tersebut.

Salam untuk semua..............

Penyakit atau bala dari Allah???

H1N1 atau senang dikatakan selsema babi yang begitu meresahkan ramai penduduk dunia akibat jangkitan dan penularannya yang begitu cepat dan juga merbahaya kepada semua orang.

Situasi di dalam negara di ambil melalui http://h1n1.moh.gov.my/

Jumlah Kes di Malaysia: 1,460 termasuk 8 kematian.

574 (39.4%) merupakan kes import dan 886 (60.6%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,410 kes (96.5%) telah sembuh, hanya 27 kes atau 1.8% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 10 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Dua puluh tiga (23) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2).

Bagi 14 kes tersebut, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar.

Manakala luar negara pula :

Merujuk kepada situasi global, sehingga 4 Ogos 2009, sejumlah 189,155 kes dengan 1319 kematian telah dilaporkan daripada 168 negara. Peningkatan sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Negara baru adalah Pakistan yang telah melaporkan kes pertama.

Ada yang mengatakan selsema babi lebih dahsyat jangkitannya daripada penyakit AIDS. Ini kerana AIDS yang tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja yang terlibat secara langsung dengan perkongsian darah dengan pesakit AIDS. Namun begitu H1N1 atau selsema babi ini merebak tanpa memilih sasaran orang-orang yang memakan, menjual, menternak dan sebagainya yang berkaitan dengan babiiiiiiiiiiiiiiiii. Cara merebak yang begitu pantas dan tidak disedari oleh mangsa menyebabkan kita semua berasa agak khuatir untuk berada di kawasan orang ramai. Lebih-lebih lagi kawasan yang telah disahkan terlibat dengan penularan ini.

" Ya Allah, Engkau lindungilah hambaMu ini Ya Allah daripada bencana penyakit H1N1 yang Engkau datangkan ini Ya Allah. Ya Allah, Engkau lindungilah jua ahli keluargaku daripada penyakit ini Ya Allah. Moga kami semua diselematkan oleh Mu Ya Allah "

Salam untuk semua.....................

Monday, August 3, 2009

Balik kampung

Cuti Sabtu dan Ahad yang lalu ramai ahli keluarga yang balik ke kampung. Kebetulan ada kenduri kahwin yang berdekatan dengan rumah mertua. Jadinya bisinglah sekejap rumah mertua............ kalau tidak hanya tinggal bertiga di rumah tu. Semenjak kami sekeluarga berpindah ke rumah guru kehidupan mertuaku sentiasa sunyi dengan hal masing-masing. Sudah tinggal bertiga sahaja.... x tahu le.....kalau dah tinggal pasangan pengantin baru nanti...

Keriuhan dan kemeriahan apabila dapat berkumpul ramai sebegini. Biasanya hanya cuti perayaan atau cuti rehat yang panjang sahaja dapat berkumpul begini. Apalagi malam pun lambat masuk tidur kerana berborak panjang. Aku mengambil peluang keluar ke kolam pancing Undertaker di Keratong 4.

Keesokannya kecoh kerana ramai di antara ahli keluarga yang berulang kali masuk ke tandas kerana sakit perut yang berulang kali. Cuma kali ni perut aku tak meragam seperti biasa. Mungkin semua ini akibat memakan gulai lembu yang nampak sungguh menyelerakan tetapi..............awas.....

Salam untuk semua.......................