Friday, July 31, 2009

Borang

Petang nanti hendak ke Segamat bagi mendapatkan borang penerimaan surat perjanjian yang dihantar ke sekolah lama. Itu mintak tolong dengan rakan sekerja lama di Chaah bagi menghantar dan berjumpa di Segamat. Di samping itu juga Guru Besar dan GPK sekolah lama yang menginginkan satu set soalan percubaan negeri Pahang yang baru selesai hari ini.

Pertukaran soalan bagi murid-murid menjawab soalan yang berbeza antara negeri supaya dapat murid-murid memahami kehendak soalan yang pelbagai. Memang ada kebaikannya kerana tumpuan bagi setiap negeri yang terhadap soalan-saolan yang dirasakan akan masuk pada UPSR sebenar nanti.

Moga semua murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR akan mendapat keputusan yang terbaik bagi masa depan yang lebih cerah lagi.

Salam untuk semua................................

Tamat percubaan

Hari ini merupakan hari terakhir Ujian Percubaan Penilaian Sekolah Rendah ( UPPSR ) seluruh Negeri Pahang. Percubaan ini penting bagi memastikan satu senarai nama untuk pencalonan ke Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ). Perlu bagi semua calon mendapatkan keputusan yang baik untuk ujian percubaan ini.

Tak tahu le anak yang sedang mengambil ujian ni......setakat ni yang dah markah dapat 2A dan 1B. Masih boleh dibaiki dengan seberapa segera pencapaian tersebut sekiranya hendak mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam UPSR sebenar nanti. Ayah dan ibu hanya menggalakkan dan mendoakan sahaja..............agar dapat menjadi contoh kepada adik-adik di hari kemudian nanti.....

Salam untuk semua......................

Tuesday, July 28, 2009

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…

Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja namun sebaliknya merangkumi semua subjek.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

i. Sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, perlu tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

ii. Pada hari peperiksaan bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

iii. Selepas peperiksaan anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Salam untuk semua.................

Percubaan

Hari ini pelajar Tahun 6 seluruh negeri Pahang menghadapi Ujian Percubaan Pencapaian Sekolah Rendah ( UPPSR ) sehingga hari Khamis nanti. Salah seorangnya ialah anak sulung saya yang bertungkus dengan lumusnya untuk menghadapi UPPSR ini.

# anakku bersama sepupunya yang menghadapi PMR tahun ini...

Semua ibubapa mengharapkan kejayaan bagi anaknya tidak mengira peperiksaan apa sahaja yang diambil oleh seorang anak. Begitu juga dengan para guru yang sentiasa mendidik dan mengajar dengan punuh dedikasi bagi pelajar mereka yang sedang di alam persekolahan. Kejayaan di sekolah juga menjadikan kejayaan bagi keluarga pelajar dan masyarakat setempat.

Semoga kejayaan bagi semua pelajar yang menghadapi peperiksaan bagi tahun ni.....tidak kira di mana jua berada. Anak-anak murid yang berada di Chaah juga diharapkan mendapatkan keputusan yang memberangsangkan setelah tahun lepas menghampiri pencapaian untuk dinobatkan sebagai "lonjakan saujana".

Salam untuk semua..................
'

Kenduri dan tahlil

Tercapai jua hasrat isteri untuk mengadakan kenduri bagi menandakan kesyukuran mendapatkan anak perempuan yang sudah hampir 4 bulan usianya. Namun begitu hanya kenduri di Jengka sahaja yang dilaksanakan tetapi kenduri di Keratong belum lagi. Kenduri Aqiqah juga belum dibuat menunggu perkongsian dengan cucu saudara terlebih dahulu.


# Irdina Zulfa yang menghampiri 4 bulan

Apa yang menariknya kenduri sebegini di kawasan felda ini mendapatkan kerjasama yang erat di kalangan masyarakat atau jiran di blok masing-masing. Alhamdulillah kerja yang banyak menjadi ringan dengan kerjasama sebegini. Sejak lepas solat Zohor lagi kaum ibu datang ke rumah untuk membantu menyiapkan makanan atau masakan yang akan disajikan pada malamnya nanti. Manakala kaum bapa pula datang bersama-sama ke rumah sebelum solat Maghrib untuk bersolat bersama. Setelah itu bacaan Yaasin dilakukan sebelum solat Isyak. Setelah solat Isyak barulah diadakan tahlil untuk kesejahteraan semua.

# gotong- royong persediaan sajian


Kebetulan pula anak saudara juga balik dari Kuala Lumpur setelah bersetuju hendak balik bersama Ayah Chu yang juga balik untuk mengadakan kenduri tersebut. Kakak yang tinggal berhampiran menolong sedari pagi untuk menjayakan kenduri dan tahlil yang diadakan ini. Alhamdulillah semua telah selesai dilakukan.

# berehat sebentar setalah bacaan Yaasin

Esok paginya pula berkesempatan untuk pergi melawat perkuburan menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahnda, abang, datuk dan nenek. Semoga roh mereka semua berada di kalangan roh-roh yang mendapat rahmatNya ...........amin.

Salam untuk semua................

Saturday, July 25, 2009

Kenduri

Malam ini diadakan kenduri kesyukuran dan tahlil di rumah bonda di Jengka 14. Hari semalam balik ke kampung di Jengka pulak....namun sebelum itu singgah dahulu di Hospital Muadzam Shah untuk memberikan ujian ultrasound yang telah dilakukan pada hari Khamis yang lalu. Memang puas menunggu hingga hampir 1 jam untuk mendapat giliran masuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas.

Namun apa yang hanya diberitahu bahawa " Saya pun tidak pandai sangat nak tengok gambar ultrasound tu....dan hanya yang pakar sahaja mengetahui ". Sudah le menunggu lama untuk mendapatkan giliran sedangkan jawapan hanya sebegitu.......memang tidak berpuas hati. Saya pula merasakan bagi yang mendapatkan rawatan susulan hingga kes tersebut dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ) perlulah diberikan sedikit kelonggaran dalam mendapatkan giliran untuk berjumpa dengan pegawai perubatan yang bertugas. Ini kerana ...... hanya kad temujanji yang seterusnya diberikan kepada pesakit sebegini. Kepakaran daripada doktor yang digelar pakar sahaja yang dikira layak untuk penyakit sebegini.

Setelah menunaikan solat fardhu Asar barulah bertolak ke Jengka dan melintasi Gambang Resort yang baru dibuka dengan rasminya pada Selasa yang lalu...........sambil memberitahu lokasi rumah yang telah ditempah di kawasan perumahan tersebut. Masih lagi hutan mengelilingi kawasan tersebut tetapi setelah ianya dibangunkan pasti akan menjadi satu kawasan tarikan penduduk kerana ianya agak jauh sedikit daripada kesesakan lalulintas di Bandar Kuantan. Diharapkan ianya satu pelaburan yang berbaloi dengan membeli sebuah rumah teres 'corner lot' di situ yang berharga sekitar RM 120 - RM 130 ribu.

Hampir jam 8 malam barulah sampai ke rumah bonda dan hanya kami sahaja berada di rumah kerana bonda pergi sembahyang berjemaah di surau berhampiran. Keletihan menguasai kerana sejak hari Rabu hingga semalam perjalanan berkenderaan melibatkan hampir 600km. Sedang terbaring terus dirasakan terlena ................zzzzzzzzzzzzzz

Salam untuk semua.........

Thursday, July 23, 2009

Keputusan....

Seharian suntuk berada di bandar Kuantan. Setelah selesai ujian ultrasound di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan bahawa saya mengandung batu di pundi kencing....masyaallah...... semua kehendak Illahi atas kesilapan yang lalu........ apa pun selepas ini doktor menasihati supaya pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Muadzam Shah pula. Saya terima seadanya keadaan tersebut........

Setelah semuanya selesai baru keluar dari hospital dan berjalan Hypermarket Maidin dan Giant sebelum pulang ke rumah bapa saudara di Kg. Seri Damai. Banyak juga memborong, maklumlah dah gaji........sampai rumah di Gambang pun borong sekali....

Dalam kepenatan jam 4.00 petang barulah pulang semula ke Keratong dengan menempuh cuaca yang agak panas dan kering serta perasaan mengantuk yang menyebabkan terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan sebagai langkah keselamatan diri sendiri. Memandu berseorangan hanya radio yang menemani memang agak membosankan bagi keadaan yang seperti ini. Akhirnya jam 6.30 sampai jua ke rumah itupun berhenti sekali di Muadzam Shah bagi mencari keperluan dan pesanan daripada anak.....ZZZZZ

Salam untuk semua....................

Tuesday, July 21, 2009

Gementar jua

Esok saya akan ke Kuantan untuk membuat pemeriksaan berkaitan kesihatan diri yang sudah ditarik sedikit nikmat kehidupan. Biasalah sudah agak berumur.....tapi masih muda lagi.....??? Pemeriksaan akan dilakukan pada pagi Khamis nanti jadi saya tidak tergesa-gesa dan terkejar-kejar sekiranya saya telah pun berada di Kuantan pada malam sebelumnya.

Kerana gementar tersebut juga saya menghubungi rakan yang memang tidak pernah berhubung dengan telefon selama 18 tahun yang bekerja sebagai ..................( kerja pun x pasti ape.....tadi kerjanya di hospital ). Sampai begitu sekali gementarnya. Ye le nak tahu jugak macam mana proses ultrasound yang akan dihadapi kelak.....setalah diberitahu rakan mengenai kaedah yang semacam orang perempuan mengandung, barulah lega hati ini.....gitu rupenya.

Namun begitu kerisauan dan gementar tetap apa kerana tidak mengetahui proses yang akan dilakukan selanjutnya sekiranya proses ultrasound yang dihadapi masih tidak membuahkan hasil. Hanya pasrah dengan keadaan dan ketentuan Ilahi.

Teringat juga peristiwa sebelum berlaku Israk dan Mikraj Nabi Junjungan Besar kita yang telah dibedah oleh Malaikat Jibril sebelum peristiwa Israk dan Mikraj..........Apakah saya juga akan merasai kenikmatan tersebut ............bagi melegakan dan menyembuhkan saya......kuss semangat..........

Tabahkan hati ini Ya Allah bagi menghadapi ujian ini....
Sihatkan tubuh badan ini Ya Allah bagi meneruskan taburan bakti kepada anak didikku Ya Allah.....
Sembuhkah diri ini Ya Allah dari penyakit ini Ya Allah...........

Ini semua ada sekelumit catatan sejarah yang perlu dihadapi oleh insan yang bergelar manusia. Mana ada manusia yang berterusan sihat hingga ke hujung nyawa.....sedangkan para nabi pun terpaksa menempuh dugaan kesihatan yang amat berat seperti Nabi Ayub a.s.....yang lebih hebat dugaan daripada yang dihadapi oleh saya ini....

Salam untuk semua.....................

Monday, July 20, 2009

Tewas lagi....

Setelah perlawanan pertama juga dimenangi oleh Manchester United dengan jaringan 3 -2, hasil jaringan Nani, Rooney dan Owen. Namun begitu semangat melawan yang ditunjukkan oleh pasukan Pilihan Malaysia boleh dibanggakan.

Namun sedikit menghairankan bagaimana stesen TV berbayar ASTRO tidak menyediakan siaran langsung untuk perlawanan hebat abad ini bagi negara Malaysia khasnya. Stadium Nasional Bukit Jalil yang hanya mampu menempatkan 100,000 tempat duduk yang telah dipenuhi oleh peminat fanatik MU yang juga memakai baju MU. Boleh dikatakan hampir keseluruhan Stadium Bukit Jalil telah ditawan oleh GELOMBANG MERAH. Apakah ini menunjukkan bahawa tiada lagi peminat Pasukan Malaysia yang sekarang dijurulatihkan oleh K.Rajagopal?

Bagi yang tinggal berjauhan dengan ibukota perlawanan hebat ini tidak dapat dinikmati dengan debarnya. Bagi yang mempunyai ASTRO pun tidak dapat melihatnya secara langsung perlawanan tersebut walaupun bayaran yang melanggan untuk channel sport di ASTRO melebihi bayaran tiket tempat terbuka di Stadium Bukit Jalil!!!!!!

Apapun tahniah kepada pasukan Pilihan Malaysia yang telah ditewaskan oleh Manchester United dengan jaringan 2-0 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Bagi pasukan Malaysia ianya boleh dibanggakan kerana tidak dibelasah teruk seperti kunjungan MU yang terdahulu. Gol United dijaringkan Federico Macheda pada minit ke-10 dan Michael Owen, dua minit kemudian.

Harapan dari pemilik dan pembayar ASTRO di seluruh negara Malaysia tercinta ini pastinya menghendaki siaran langsung pada masa-masa akan datang kerana mahukan perasaan debaran sepanjang perlawanan berlangsung bukannya siaran ulangan yang telah diketahui keputusannya.

Salam untuk semua................

Ceramah Israk Mikraj

Tanggal 27 Rejab bersamaan hari Isnin pernah berlaku peristiwa besar ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Sempena dengan itu satu ceramah dan tayangan slaid berkaitan dengan Israk dan Mikraj telah diadakan di SK Keratong 6.

Setelah permohonan untuk mengadakan ceramah dan tayangan dibenarkan oleh guru besar maka selepas waktu rehat semua murid telah dihimpunkan di Dewan SK Keratong bagi bersama-sama mendengar, melihat dan menghayati peristiwa Israk dan Mikraj yang pernah berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ditayangkan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW semasa dijalankan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa antaranya ialah :

1. Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung bagi menghalang perjalanan Nabi Muhammad SAW semasa Israk ini.

2. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

3. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

4. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

5. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

6. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

7. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

8. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

9. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

10. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

11. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

12. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

13. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

14. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Disamping itu ditayangkan juga perjalanan Nabi Muhammad SWT semasa Mikraj sehingga Nabi Muhammad SAW menerima secara langsung ibadah solat daripada ALlAH SWT. Demikian kehebatan Nabi Muhammad SAW yang juga disebut " Habibullah " atau " kekasih Allah ". Moga ceramah dan tayangan slaid itu dapat menambah ilmu dan keimanan terhadap Allah SWT....amin dan wallahu a'lam


Salam untuk semua.......................

Sunday, July 19, 2009

Israk Mikraj

Hari ini 27 Rejab, 1430 adalah tarikh satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

# Ceramah Israk Mikraj oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ( Bekas Mufti Perlis )

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana Baginda Nabi Muhammad SAW telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk Israk dan Mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Antara pengajaran penting daripadanya ialah

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Yang Maha Pencipta.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi Muhammad SAW memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi setelah Nabi Muhammad SAW menceritakan kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat dan kekuasaan Allah SWT. Allah SWT juga telah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah S. W. T. yang bermaksud : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Semoga kita bersama-sama menghayati peristiwa Israk Mikraj dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT......wallahua'lam..

Salam untuk semua.....................

Friday, July 17, 2009

Teka-teki daripada Imam Ghazali

Pada suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya.

Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)


Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Apakah sudah bersedia menghadapiNya............??????

Salam untuk semua................

Wednesday, July 15, 2009

Keletihan

Hari ini merupakan kali pertama lewat balik daripada sekolah kerana ada mesyuarat kurikulum dan kokurikulum. Memang agak keletihan apabila sampai ke rumah jam 5.30 petang. Sekali lagi air paip tidak keluar daripada paip yang menyalurkannya di rumah. Sudah banyak kali kali kejadian ketiadaan air ini berlaku di kawasan yang diduduki ini tanpa notis!!!!!

Sangkaan sentiasa baik ....kerana mungkin pihak JBA Pahang sedang membuat baikpulih atau menaiktaraf sistem pembetungan paip di kawasan ini yang menyebabkan ketiadaan air. Memang sistem pembetungan paip yang ada di kawasan ini sudah menjangkau 20 tahun lebih......patut pun dibaikpulih dan dinaiktaraf. Semua ini bagi memastikan kepentingan pengguna dapat diberikan dengan penuh efisen dan antara yang terbaik.

Walaubagaimana pun pasti ada yang kurang berpuashati dengan keadaan ini....kerana kekerapan berlakunya ketiadaan air. Mungkin juga sebahagian tempat yang tiada air dan sebahagian lagi tidak menghadapi masalah sebegini. Semenjak jam 2 petang hingga 12 tengah malam masih lagi tidak keluar air......bagaimana orang hendak mandi esok pagi dan hendak pergi bekerja. Sekejap lagi ada le tu..............hati memujuk...walaupun agak risau dengan keadaan ini.

Rasanya perniagaan air ni memang menguntungkan kerana jarang di masa kini orang ramai menggunakan sungai atau telaga untuk kemudahan seharian. Di kampung saya kini semuanya paip telah memasukki rumah walaupun air Sungai Pahang yang kuning airnya mengalir di depan rumah. Kalu dulu itulah tempat kami mengambil air minuman, membasuh, mandi dan tempat melepaskan hajat.....................!!!!!!!

Salam untuk semua....................

Monday, July 13, 2009

Ingatlah Allah

Di waktu kaya ingatlah pada Allah
Di waktu miskin ingatlah pada Allah
Di waktu sehat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah

*
Kerjakan perintahNya
Jauhi laranganNya
Itulah orang yg diingat Allah

Banyak yg kaya lupa pada Allah
Banyak yg miskin jauh dari Allah
Banyak yg sehat lari dari Allah
Banyak yg sakit meninggalkan Allah

Itulah orang yg sombong kepada Tuhannya
tidak kenal kepada Allah

**

Ingatlah wahai manusia
Semua kan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah

Di waktu sehat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah

repeat *

repeat **

repeat **

Banyak yg kaya lupa pada Allah
Banyak yg miskin jauh dari Allah
Banyak yg sehat lari dari Allah
Banyak yg sakit meninggalkan Allah

Itulah orang yg sombong kepada Tuhannya

Tidak kenal kepada Allah

## Lagu Cerita Mutiara Hati

Salam untuk semua..................

Sunday, July 12, 2009

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA BALA

Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda:

1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.

3- Muncul golongan anti hadis (yang tidak dibendung).

4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.

5- Terlampau mewah.

6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).

7- Tipu menipu dalam perkara dunia.

8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).

9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.

10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.

11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.

12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.

13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.

14- Riba wujud di mana-mana.

15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.

16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.

17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

18- Ibu melahirkan tuannya.

19- Bangunan pencakar langit.

20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.

21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.

22- Berlaku peperangan demi peperangan.

23- Masa akan menjadi singkat.

24- Muncul galian-galian bumi.

25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.

26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.

27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.

28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.

29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.

30- Menggadai agama kerana dunia.

31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.

32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.

33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.

34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.

35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.

36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.

37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.

38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.

39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.

40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.

41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

42- Apabila minuman keras tersebar luas.

43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.

44- Artis-artis wanita diagung-agungkan.

45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).

46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.

Salam untuk semua....................

Saturday, July 11, 2009

Mencuba penangan tapa kemboja

Esok ada kelas OUM di IPTHO jadi pepagi lagi hari ini pergi ke rumah kawan bernama Mahadi yang tinggal di Labis untuk bersama-sama menyiapkan tugasan kerja ( assingment ) OUM yang telah diberikan kepada kami.

Sesampai sahaja di Labis kami terus ke Sungai Kuala Labis untuk saya pula mencuba 'tapa kemboja' yang mana semalam saya hanya kehebatan 'tapa kemboja' di situ. Setelah 2 kali menukar umpan 'tapa kemboja' barulah saya berjaya menaikkan anak baung. Selepas itu hanya usikan anak-anak ikan sahaja yang menjamah 'tapa kemboja' yang dihulurkan. Hasilnya hanya seekor sahaja yang dapat didaratkan sedangkan kami pergi memancing 3 orang!!!

Pada petangnya saya kembali ke tempat kerja lama di Chaah berjumpa dengan dua orang kawan iaitu pemilik Zul Corner iaitu Cikgu Zul dan Baharuddin. Perjumpaan tersebut atas permintaan rakan saya Baharuddin untuk membantu menyiapkan satu brosur berkaitan dengan urusan beliau yang memerlukan penggunaan Microsoft Excel bagi menyiapkannya. Ingatkan berkaitan assingment apa yang perlu dibuat......namun antara yang agak menyedihkan Baharuddin menyatakan ramai yang sudah diminta tolong untuk brosur tersebut namun ramai juga yang tidak menyanggupinya. Bukannya free tapi nak bayar, cuma tak le sehebat syarikat yang bayar............

Bagi saya ianya agak enteng kerana saya antara orang yang bernasib baik kerana dulu Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah membenarkan saya mengikuti kursus KDP14 minggu di Maktab Perguruan Islam di dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dan kursus KSPK 1 Tahun di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit di dalam bidang Teknologi Maklumat. Banyak ilmu berkaitan komputer telah saya dapati apabila mengikuti kedua-dua kursus tersebut.....dan menjadikan saya antara yang sedikit mahir penggunaan software dan hardware komputer di sekolah.....walaupun bukan bidang saya sebenarnya.

Sepatutnya ramai di antara pegawai pendidikan terutamanya guru-guru yang mengajar PPSMI yang telah diberikan sebuah komputer dan elaun 10% atau 5% yang sepatutnya menjadi tenaga mahir perkara-perkara yang berkaitan komputer ini. Memang tidak dinafikan ramai juga yang mahir tetapi rasanya tidak sampai 50% guru-guru PPSMI di setiap sekolah yang betul-betul mahir penggunaan komputer dan software yang sepatutnya diketahui oleh guru serba sedikit. Setelah PPSMI ini telah diputuskan untuk dimansuhkan pada 2012, apakah penggunaan komputer di dalam pengajaran akan dikurangkan atau ditingkatkan lagi? Sedangkan yang sedia ada pun sudah banyak yang rosak binasa......tiada lagi perolehan baru dan baikpulih untuk labtop ....................??????

Moga semua berjalan dengan baik mengikut pandangan bijak pandai yang berada di barisan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Salam untuk semua..................

Thursday, July 9, 2009

Kokurikulum

Semalam adalah kali yang kedua bagi tahun ini saya ke sekolah untuk bersama-sama dengan dengan murid yang hadir untuk mengikuti kokurikulum. Memang sesuatu yang agak memenatkan untuk hadir semula ke sekolah yang sejauh 25km dari rumah setelah pulang dari sekolah pada tengaharinya.

Disamping menghadiri kegiatan kokurikulum dapat juga menggerakkan tubuh yang sudah lama tidak bermain atau bersukan. Memang sudah agak lama berhenti atau tidak melakukan aktiviti sukan semenjak menderita kesakitan yang belum kepastian penyakitnya. 23 Julai ini mungkin baru diketahui punca sebab musababnya kesakitan yang dideritai ini. Itu pun setelah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Setelah tamat sesi kokurikulum barulah bersama rakan lain yang selalu bermain bola tampar di sekolah pada setiap petang. Peluh bersukan yang lama tidak keluar mengalir laju petang tersebut. Ada kawan yang mengajak turun pada setiap petang untuk bermain bola tampar.....namun memikirkan 50km pergi dan balik tuh........pegh...x berbaloi rasanya. Lagipun anak-anak yang perlu dihantar dan diambil ke sekolah tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.....maklumlah sekarang ni macam-macam boleh berlaku.

Memang minat untuk bersukan tu masih ada walaupun tubuh dah semakin sihat ni..... Sejak dahulu lagi banyak aktiviti sukan dilakukan pada setiap petang dan kekadang malam pun tidak dilepaskan. Kesibukan yang dihadapi menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilakukan....terutama memancing......... Bulan Julai ini semua hujung minggu telah tersusun aktiviti........nampak gaya pancing kena gantung 2 bulan....

Salam untuk semua...................

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI tiada lagi mulai 2012

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran pada petang tadi. Pemansuhan secara berperingkat berkemungkinan memberi keselesaan dan kemuadahan kepada semua guru dan murid yang sedang mengikuti PPSMI sekarang ini mengikut kaedah yang telah dipelajari kini.

Namun apapun kenyataan tersebut pelbagai reaksi telah diberikan oleh orang ramai terhadap pemansuhan PPSMI ini. Kenyataan Tun Mahathir yang masih mempertahankan PPSMI adalah cara terbaik bagi menyediakan rakyat Malaysia yang mahir dan cekap di dalam Sains dan Matematik di masa hadapan. Bagi GAPENA pula ianya satu kejayaan bagi mereka yang pernah diberikan water canyon apabila membuat satu memo bantahan ke istana negara sedikit waktu dahulu. Begitu juga bagi pejuang bahasa Datuk A.Samad Said yang juga mendapat water canyon pada hari tersebut. Ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Pelajaran yang berani melakukan satu keputusan yang berani demi menyelamatkan bangsa Malaysia di masa hadapan.

RENTETAN PELAKSANAAN PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.


Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Ia juga berita gembira buat guru-guru yang berada di dalam senarai PPSMI yang hanya mendapat Band 1, 2 dan 3 di dalam ujian Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris terhadap guru-guru yang mengajar PPSMI. Bagi guru-guru tersebut mereka tidak perlu risau lagi dengan pengajaran mereka di dalam kelas. Mungkin juga di dalam keadaan terpaksa atau " Saya Yang Menurut Perintah " semua perkara yang Kementerian Pelajaran laksanakan maka guru-guru juga akan melakukan tanpa bantahan....kalau bantah tak jadi cikgu lagi le nampaknye.................

Salam untuk semua...............

Masalah broadband

Memang menjemukan apabila line broadband menjadi slow dan kekadang langsung tiada liputan. Bagi pengguna internet inilah masa yang cukup merimaskan dan menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat dilakukan. Bayaran tetap sama tanpa dikurangkan sedikit pun............kalau pihak yang menyediakan broadband sama ada Celcom atau Digi ke mengurangkan sedikit bayaran itu pun dah berpatutan.

Nak bukak komputer pun jadi malas sejak sejak awal minggu ni kerana signal 3G tidak bagus dan hanya signal Edge sahaja dipaparkan. Memang menyampah.................... Ada kengkawan kata memang patut pun....sebab duduk kat ceruk kampung mana nak dapat liputan yang baik.....

Nasib baik juga kerja berkaitan assingment telah disiapkan pada minggu lepas kalau tidak memang menyumpah seranah kalau line broadband macam sekarang ni....maklumlah nak cari bahan di dunia maya. Tinggal sedikit kerja-kerja editing lagi untuk menyudahkan assingment tersebut ...........kira dah siap le tu..........

Salam untuk semua...............


Tuesday, July 7, 2009

Puas hati

Memang mengasyikkan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Wimbledon yang menemukan Roger Federer dengan Andy Roddick dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Roger Federer setelah beraksi selama hampir 4 1/2 jam !!! Memang memenatkan penantian melihat siapakah yang bergelar juara?

Kemenangan 5-7 7-6 (8-6) 7-6 (7-5) 3-6 16-14 di dalam 5 set hampir menyamai kejohanan yang lalu dengan ketewasan Roger Federer ditangan Rafael Nadal lalu menobatkan Rafael Nadal sebagai jagoan tenis nombor 1 dunia. Kemenangan semalam menobatkan kembali Roger Federer ke takhta pemain nombor 1 dunia memintas semula Rafael Nadal dari Sepanyol.

Kemenangan semalam juga merupakan rekod terbanyak kemenangan grand slam mengatasi pencapaian Pete Sampras iaitu 14 kemenangan. Dengan 50 servis ace yang telah dilakukan oleh Roger Federer di dalam perlawanan akhir ini menunjukkan perbezaan yang amat ketara dengan pemain lain sekarang ini. Hanya sekali sahaja Roger Federer mendapatkan mata daripada servis Andy Roddick telah mengesahkan kejuaraan bagi dirinya. Memang semuanya amat mendebarkan............ menarik dan menakjubkan.

Salam untuk semua.............


Sunday, July 5, 2009

Perlawanan hebat

Sambil menyaksikan perlawanan akhir tenis perseorangan lelaki Kejohanan Wimbeldon yang menemukan Roger Federer dengan Andy Roddick yang sedang berlangsung dengan hebatnya. Sudah 1 1/2 jam mereka bermain dan berkedudukan terikat 1 - 1. Memang hebat untuk diperkatakan servis yang laju dan menghasilkan mata bagi kedua-dua pemain.

Sebelum ini memang kurang berminat melihat dan menyaksikan permainan tenis ini kerana masa bermain bagi satu-satu perlawanan hebat mengambil masa sehingga 3 jam lebih ke 4 jam!!! Jenuh menunggu keputusan dibuatnya....... Semenjak kehadiran Rafael Nadal pemain dari Sepanyol yang menduduki pemain tenis no 1 dunia baru seronok melihat permainan tenis ini. Kalau tidak Roger Federer jarang digugat oleh mana-mana pemain yang lain hasil servis ace yang sentiasa dilakukan dan pukulan backhand serta tampanan perlahan yang sentiasa menghasilkan mata bagi Roger Federer.

Namun kejohanan kali ini Rafael Nadal yang menewaskan Roger Federer pada tahun lalu dengan kemenagan 3 - 2 yang berlarutan hingga 4 jam tidak mengambil akibat kecederaan di Kejohanan Roland Garros Peranchis baru lalu. Perlawanan akhir kali macam boleh berlarutan hingga ke 5 set kalau melihatkan gaya permainan antara Roger Federer dengan Andy Roddick pada hari ini.

Apa pun yang sebenarnya ingin melihat pemain tenis dari Malaysia boleh dan dapat bermain tenis di pentas dunia kerana terdapat pemain dari negara jiran Thailand sudah melakukannya. Bilalah agaknya..........................???? Sejak Adam Malek yang agak hebat di Asia Tenggara sekitar awal 90an yang lalu sekarang tidak kelihatan lagi jagoan tenis negara di persada tenis antarabangsa. Apakah kekurangan tempat latihan dan pemain yang berkelayakan sedangkan di dalam permainan badminton yang hampir menyerupai permainan tenis negara Malaysia menghasilkan beberapa jagoan dunia. Entahlah..........................

Sekadar ingin berkongsi pandangan dan pendapat..........

Salam untuk semua........................

Hari Keluarga SKK6

Sebelum program Hari Keluarga SK Keratong 6 dimulakan jam 5 petang (Sabtu ) barulah saya memberitahu isteri bahawa pemergian kami ke Sempurna Resort di Kuantan adalah untuk Hari Keluarga Kelab Guru dan Kakitangan ( KGGK )SK Keratong 6. Inilah suprise yang saya berikan kepada isteri saya. Maka barulah isteri saya mengetahui kedatangan kami semua ke Sempurna Resort ini. Memang mengejutkan kerana sebelum ini saya hanya menyatakan ingin bercuti sahaja.

# bersama isteri yang menerima suprise

Anak-anak semuanya yang sudah tidak sabar telah pun turun untuk mandi di kolam renang yang ada disediakan di Sempurna Resort. Setelah melakukan suprise tersebut barulah saya turun ke lobi bersama-sama dengan rakan2 yang lain untuk acara yang telah disediakan pada petang tersebut. Namun apa yang memeranjatkan pengerusi KGGK dan beberapa rakan yang lain tidak mendapatkan bilik yang sepatutnya telah disediakan. Ramai juga yang merungut akibat kelewatan pihak resort menyediakan bilik yang telah pun ditempahkan sebelum ini. Difahamkan pihak resort kekurangan servis room yang menyebabkan kelewatan untuk bilik-bilik yang sepatutnya diberikan kepada kumpulan kami. Sempurna Resort ini adalah baru mungkin pengalaman pun agak sedikit berbanding dengan resort yang telah lama dan terkenal. Satu pengalaman bagi pihak resort dan penjaga kaunter yang sering dipersoalkan................ Memang kecoh kerana menunggu dari jam 2 petang hingga 7 malam barulah semuanya selesai. Orang lain bergembira sedangkan akan kawan-kawan lain yang terpaksa menunggu hingga 5 jam.................Sempurna ke......resort ni???????

# penantian di lobi yang memang menyusahkan

# anak yang yang sudah lama berkubang


# kolam yang disediakan memang manarik

Setelah acara petang tersebut dibatalkan kerana masalah yang tidak sepatutnya berlaku saya mengambil keputusan untuk bersama rakan lain berenang di kolam sambil memerhatikan anak-anak. Kami naik semula semula kolam dipasang lampu di dalamnya dan merupakan antara orang yang terakhir naik ke bilik dari kolam tersebut. Anak yang keletihan telah pun tertidur akibat terlalu lama mandi di kolam.

# merendamkan anak yang baru 3 bulan

Jam 8 malam kumpulan kami bergerak ke Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur untuk makan malam. Memang jauh dari penginapan namun berbaloi dengan masakan yang ditempah dan disediakan. Setelah makan malam ada rakan-rakan yang pulang semula ke resort sementara ada kumpulan yang lain meneruskan perjalanan ke Kuantan Plaza untuk bermain bowling. Pada mulanya saya bercadang membawa semua ahli keluarga ke Kuantan Plaza untuk menyertai permainan bowling namun disebabkan tidak mengetahui arah tempat tersebut lalu saya mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Sebelum pulang ke resort saya ke rumah sepupu terlebih iaitu Abang Chor yang tinggal di Inderasempurna untuk meminjam tilam toto sebagai tambahan tilam yang sedia ada. balik sahaja ke resort semua terpukang keletihan dan kekenyangan ....................ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Pagi Ahad barulah diadakan acara sukaneka yang sepatutnya diadakan pada hari semalam. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan Hari Keluarga SKK 6 dan kelihatan semuanya melupakan masalah yang dihadapi pada semalamnya. Setelah semua acara diadakan dan penyampaian hadiah telah diadakan maka sekali lagi acara mandi-mandi dilakukan. Jam 12 tengahari barulah masuk semula ke bilik bagi mengemaskan barang-barang untuk balik. Jam 1.30 petang setelah menyerahkan kunci bilik maka berakhirlah Hari Keluarga SKK 6 bagi tahun 2009 ini di Sempurna Resort.


# acara sukaneka diadakan


# acara paling menarik iaitu sabung belon


# penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.....memang asyik draw aje x lucky langsung saya ni

# kenangan di dalam kolam dan di bilik penginapan



# Antara yang terbising dan terkepoh kerana tidak dapat bilik namun akhirnya ceria apabila pulang

Kenangan terindah di tahun 2009 yang kesemuanya gembira dengan suprise yang telah dirancangkan ini.........

Salam untuk semua.....................

Saturday, July 4, 2009

Kesempatan

Setelah berada di Kuantan ni kami berkesempatan ke rumah kawan isteri di Taman Seri Mahkota untuk berjumpa dengannya dan melawat anaknya yang juga berusia hampir sama dengan anak kami. Memang sesuatu yang menggembirakan bagi isteriku dapat berjumpa dengan kawan lama yang sebelum ini asyik ber'sms' aje.

# Irdina Zulfa anakku bersama Fariha Najla

Setelah berada selama lebih 2 jam kami pun bertolak ke tempat percutian Cuti-cuti Malaysia kami di Sempurna Resort di Jalan Pekan. Puas jugak menunggu di lobi resort untuk mendapatkan bilik kerana bilik yang sepatutnya digunakan masih belum siap dikemaskan. Namun begitu anak-anak sudah tidak sabar untuk bermain air di kolam yang ada di resort tersebut. Sehingga ada yang tarik muka kurang berpuashati dengan keadaan tersebut.

# muka yang kurang berpuashati setelah masuk ke bilik penginapan kerana tidak sabar untuk mandi kolam

# kegirangan yang terpancar bagi yang ponteng kelas tuisyen dan motivasi

Salam untuk semua............


Bercuti

Kesempatan yang tiada kerana mahu menyiapkan assingment terlebih dahulu membuatkan blog tidak dapat diupdate. Itulah masalah kebanyakkan blog atau laman web sekiranya blogger atau penulis laman web mempunyai komitmen yang lain. Sekadar hanya melihat dan kekadang tiada idea untuk ditulis.

Dari semalam juga kami sekeluarga ke Kuantan untuk cuti-cuti Malaysia. Bagi anak saya yang Tahun 5 & 6 terpaksa tidak menghadiri kelas dan motivasi yang diadakan pada hari ini. Inilah peluang bagi saya untuk membawa keluarga saya sekadar berjalan pada minggu ini. Ini disebabkan tiga minggu selepas ini saya mempunyai kelas OUM di Batu Pahat. Kiranya dah habislah cuti Sabtu & Ahad pada bulan Julai ini!

Sebelum ke Kuantan kami singgah di Hospital Muadzam Shah untuk mengambil surat temujanji saya di situ. Saya dipaksa berpuasa sementara menunggu untuk diperiksa sekali lagi pada 23 Julai nanti. Walaupun menempuh kesusahan akibat berada di hujung negeri namun akan digaghi jua bagi kesihatan diri ini.

Selepas itu kami melalui dan mengikuti Jalan Pekan - Kuantan yang sudah agak lama tidak dilalui. Setelah meninggalkan Pekan sewaktu belajar di Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar tahun 1990 - 1992 yang lalu memang Jalan Pekan Kuantan jarang-jarang dilalui. Banyak perubahan fizikal yang dialami di Bandar Pekan sendiri dan jalanrayanya dah semakin baik. Sekiranya dahulu jalanrayanya banyak yang berombak dan sempit sementara bangunan usang dan lama di Bandar Pekan namun sekarang jalanraya sudah semakin lebar dan sedang di dalam pembinaan bagi lebuhraya sehala pula. Bangunan di Bandar Pekan semakin bertambah dengan pesatnya. Itulah tuah tempat kelahiran dan asal Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Moga Pekan dan Pahang khasnya semakin berkembang dan berdaya saing...........

Sebenarnya masih ada lagi kejutan pada hari yang akan diberikan kepada ahli keluarga yang belum diberitahu tentang Cuti-Cuti Malaysia ini......biarlah dulu barulah suprise..............

Salam untuk semua........................

Wednesday, July 1, 2009

Kem Subjek UPSR SK Keratong 6 berakhir

Hari ini maka berakhirlah Kem Subjek yang telah diadakan mulai hari Isnin yang lalu. Semoga semua murid mendapat manfaat daripada kem yang telah diadakan ini. Malam sebelumnya diadakan pelbagai acara bagi menambahkan kemahiran ilmu pengetahuan selain daripada belajar di dalam kelas.



# sembahyang waktu berjamaah dan mendengar tazkirah



Alhamdulillah kali ini murid dapat tidur di dalam khemah namun malam sebelum....sejak dari petang lagi hujan telah turun dengan lebatnya dan mengakibatkan murid-murid terpaksa tidur di dalam dewan sahaja. Sebilangan murid perempuan kurang berpuashati kerana mereka hanya tidur di dalam kelas tetapi murid lelaki boleh tidur di dalam khemahnya. Namun demi keselamatan yang memang dititikberatkan di dalam perkhemahan ini maka murid perempuan terpaksa mengalah akhirnya.








# di malam kesenian dan persembahan kumpulan




# jamuan sate yang menyelerakan....sampai tak abis-abis

Salam untuk semua.................